Peperangan Bawat
Sebaik sahaja Rasulullah s.a.w berhijrah ke Madinah, baginda mula mengasaskan Kerajaan Islam di sana. Sebaik sahaja baginda mengetahui bahawa kafilah perniagaan Quraisy kembali dari Syam, baginda terasa ingin mengembalikan semula hak milik dan harta umat Islam yang telah dirampas oleh orang-orang Quraisy.
Lalu Rasulullah s.a.w keluar pada bulan Rabiulakhir tahun kedua Hijrah bersama-sama dengan dua ratus orang Muhajirin menghala ke bukit Radhwa supaya orang-orang Muha...
Peperangan Bawat
Sebaik sahaja Rasulullah s.a.w berhijrah ke Madinah, baginda mula mengasaskan Kerajaan Islam di sana. Sebaik sahaja baginda mengetahui bahawa kafilah perniagaan Quraisy kembali dari Syam, baginda terasa ingin mengembalikan semula hak milik dan harta umat Islam yang telah dirampas oleh orang-orang Quraisy.
Lalu Rasulullah s.a.w keluar pada bulan Rabiulakhir tahun kedua Hijrah bersama-sama dengan dua ratus orang Muhajirin menghala ke bukit Radhwa supaya orang-orang Muhajirin dapat mengembalikan semula sebahagian dari harta mereka yang telah dirampas oleh orang-orang Quraisy dan juga usaha-usaha untuk menjalankan seruan dakwah yang baru, ia memerlukan kepada harta benda. Apabila tiba di kawasan Bawat, baginda dapati bahawa kafilah telah terlepas daripada mereka, lalu Nabi s.a.w pulang tanpa memerangi mereka pada ketika itu.