Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah berkhutbah kepada kami dengan bersabda:
Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya Allah s.w.t telah mewajibkan Haji ke atas kamu, oleh yang demikian tunaikanlah ibadat Haji. Seorang sahabat bertanya: Adakah ia diwajibkan pada setiap tahun wahai Rasulullah?. Baginda terdiam, sehingga lelaki itu mengulangi pertanyaannya sehingga kali ketiga. Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda: Sekiranya aku mengatakan: Ya, nescaya ia menjadi wajib...
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah berkhutbah kepada kami dengan bersabda:
Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya Allah s.w.t telah mewajibkan Haji ke atas kamu, oleh yang demikian tunaikanlah ibadat Haji. Seorang sahabat bertanya: Adakah ia diwajibkan pada setiap tahun wahai Rasulullah?. Baginda terdiam, sehingga lelaki itu mengulangi pertanyaannya sehingga kali ketiga. Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda: Sekiranya aku mengatakan: Ya, nescaya ia menjadi wajib ke atas kamu, sedangkan kamu tidak mampu untuk mengerjakannya.
(Hadis disepakati bersama oleh Imam Bukhari dan Muslim).
Kesimpulan Hadis:
1- Ibadat Haji merupakan salah satu dari lima rukun Islam.
2- Menjelaskan bahawa ibadat Haji hanya wajib dilakukan sebanyak sekali sahaja seumur hidup bagi orang yang telah mukalaf dan berkemampuan.
3- Kesenangan dan toleransi agama Islam di dalam memberikan tugas kewajipan.
'the truth is out there'