12132
12132
23 years
1623 views

Remaja melayu semangkin liar.........

Maaf kpd semua terutamanya WEBMASTER...kalau isu aku nie hangat dan membara...tapi bukan berniat berunsurkan lucah...ianya timbul semasa aku akses internet di CC kat BANDAR SUNWAY...

Ada seorang gadis remaja MELAYU dgn bangganya masuk CC memeluk balak bangsa MELAYU juga tanpa segan silu... pompuan tu dah lah berpakaian ketat hingga menjolok mata... sampai tak terkata apa-apa bila terpandang tingkah laku mereka...kononya merekalah ANAK BANGSA MELAYU MENGIKUT FESYEN TERKINI.... dari conversat...

1 comments
Share this post

Comments (1)
arkus
Ya. Itulah dia melayuboleh! Amat malang, dan mengecewakan, melayu-melayu ini adalah melayu muslim! Lebih malang lagi, kita hanya mampu melihat, marah dlm hati,kecewa, sedih, tanpa berusaha atau mampu melakukan sesuatu.Sedangkan mereka yg berkedudukan lebih baik, mempunyai kuasa untuk mencegah dengan tangan , bukan sahaja gagal melaksanakan amanah bahkan turut sama menyumbang.Seolah-olah inilah pengorbanan yg kita semua perlu berikan kalau benar-benar inginkan kemajuan. Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dgn negara-negara di atas angin! Pejamkanlah mata andai remaja kita ingin menghayati erti kebebasan. Biarkanlah kalau anak kita ingin ke disko, mencuba nikmatnya arak,berpeleseran di kompleks-kompleks, berpakaian tidak senonoh, terkinja-kinja di konsert,bergaul bebas hingga tidur sebantal, asalkan tercapai impian yg satu itu, a modern Malaysia. persetankan nilai agama yg terlalu mengongkong itu!Mungkin ada yg mengatakan, ahh kita tidak ingin terlalu kebaratan,ttp sebenarnya ingin maju dengan acuan kita sendiri! Walhal tanpa sedar, acuan tersebut tidak lari jauh dari acuan mereka! Benarlah ingatan bahawa akhirnya kita akan mengikut non muslims (dlm ayat disebut yahudi dan kristian)selangkah demi selangkah, hingga kalau mereka masuk ke lubang biawak pun, kita turutkan.(nauzubillah)

Malang sekali,cukup malang, ketika ramai di barat sedang mula mencari diri. kembali kepada nilai agama, kesan drp kucar-kacir sosial yg telah bertahun-tahun mereka alami, kita pula yg makin jauh dari agama, yg menjanjikan keamanan, ketenteraman jiwa.

Malaysia makin tidak selamat sebenarnya.Lihatlah dlm akhbar mana pun, tontonlah dlm chanel manapun, yg banyak adalah kes rogol, sumbang mahram, khalwat,pembunuhan. Tiap-tiap hari. Cukup sensasi sehinggakan seperti tiada hari tanpa kes sebegitu.Kadang-kadang satu mukasurat penuh! Penumpang teksi tidak selamat lagi, kanak kanak sekolah bahkan nenek-nenek pun tidak terkecuali. Ironinya, kisah-kisah tsbt lebih memberikan keseronokan kepada pembaca, bukan pengajaran! Once again, kita hanya mampu bersedih utk mangsa, sedangkan kalau ada pun kaedah pencegahan, hanya bersifat sementara.

Berbau politikkah ini? Tidak kalau anda semua berfikir dan menilai secara jujur, tanpa emosi melulu.
23 years
Post a Comment
Add photos or video
Be respectful and constructive.