PESANAN ROH KEPADA MANUSIA.
Buat tatapan dan peringatan kepada semua ....
Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata
dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan
mendengarnya kecuali jin dan manusia.
Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai
orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah
untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab
pada saat ini aku beristirahat daripada seretan
malaikat maut".
Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu :"Wahai
orang yang memandikan, janganlah engkau menuang- kan
airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan
menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku
terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".
Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu : "Demi
Allah,wahai orang yang memandikan jangan engkau
menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka
dengan keluarnya roh".
Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat
diikatkan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi
supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani
kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri,
anak-anak,isteri atau suami buat kali terakhir kerana
tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.
Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : "Demi
Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku
menjadi janda. Maka janganlah kamu menyakitinya.
Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian
menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah
keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali
kepada mereka buat selama-lamanya".
Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi
diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepat- kan
mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara
anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.
Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah
dari rumah,
Roh pula berpesan: "Wahai Kekasihku, wahai saudaraku
dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia
sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu
lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku".
"Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku
kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak
mahu menanggung kesalahanku". "Adapun didunia, Allah
menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan
keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".
Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau
yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar
dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun
tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di
Muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat
melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu
dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan
nur
itu. Maka mayat itu menjawab: "Sesungguh- nya bagi
mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk
drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku
mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah
mendoakan aku".
Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun
terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak
jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam
mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan
itu,anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi
Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya.
Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali
lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini
jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih
terang daripada matahari.
Assala'mualaikum Baginda Rasullullah S.A.W berkata:
Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan
masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang
kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya
melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai
kelutut.
Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain
masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut
dan kemudiannya mereka keluar.Datang lagi satu
kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya
dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya
mereka keluar.Dan
Akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk
dan menarik roh dari dadanya hingga sampai
kekerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak
orang itu."
Sambung Rasullullah S.A.W. lagi: "Kalau orang yang
nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail
A.S. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan
sehingga orang yang nazak itu dapat melihat
kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu
melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang
berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat
rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya
kepada sayap Jibrail A.S." Kalau orang yang nazak itu
orang munafik, maka Jibrail A.S.akan menebarkan sayap
di sebelahkiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat
Kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu
tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah
kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang
akan menjadi tempat tinggalnya. Dari sebuah hadis
bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin
itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut.
Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin
itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut
orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak ada jalan
bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana
orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berziki kepada
Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar
penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah
S.W.T. dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah
orang mukmin itu. Lalu Allah S.W.T. berfirman yang
bermaksud: "Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya
dari arah lain."
Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah
S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang
mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari
arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala
anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka
berkata tangan:
Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin
dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah,
tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan
ini menulis ilmu pengetahuan." Oleh kerana malaikat
maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah
tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki.
Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab
kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini
kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik
mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga
berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu." Apabila gagal
malaikat maut,mencabut roh orang mukmin dari arah
kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga.
Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka
telinga pun berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah
ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan
Al-Quran
Dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut
orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak
menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan
bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat
beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa
menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka
malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian
Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai
malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan
tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu."
Sebaik saja mendapat perintah Allah S.W.T. maka
malaikat maut menghampiri roh orang itu dan
menunjukkan Asma Allah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma
Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah
roh tersebut dari arah mulut dengan tenang. Abu Bakar
R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia
keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A:"Roh itu
menuju ketujuh tempat:-
-
Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
-
Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
-
Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga
Illiyyina.
- Roh para shuhada berterbangan seperti burung di
syurga mengikut kehendak mereka.
- Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di
udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari
kiamat.
- Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di
gunung dari minyak misik.
- Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka
Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai
hari Kiamat."
Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok
manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat
pada hari mereka keluar dari kuburnya:-
-
Orang-orang yang mati syahid.
-
Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam
bulan Ramadhan.
- Orang berpuasa di hari Arafah.
Sekian untuk ingatan kita bersama.
HaRi Ini EsOk dAn SeLaMaNyA.....
lebat buahnya serta daunnya..
walaupun hidup seribu tahun...
kalau tak sembahyang apa gunanya...
emmmm... dengar nasyid nie lagi kal takut...
semoga hari ni lebih baik dari hari semalam....
Subhanallah.....
HaRi Ini EsOk dAn SeLaMaNyA.....