yUsAnGgErIk
yUsAnGgErIk
23 years
1483 views

menangani stress

setiap orang punyer cara yang berbeza untuk mendepani tekanan.... .... ader yang mendekatkan diri dengan Tuhan... ader plak yang ikut perangai setan... ....

izinkan saya untuk menjalankan kajian selidik bagaimana anda meredakan stress untuk dimuatkan dalam tugasan yang terbaru...

kak tzer.... abang haikal.....dendam tu kemaafan yang terindah.... yus dah tak marah.. tapi.. merajuk tu tetap ader...

"....not alone but lonely...."

34 comments
Share this post

Comments (34)
sam
orang dah tua cam paksik ni bila stress kat umah.. suka sendirian..fikir jejauh.. chatting dgn stranger tu ada gak lega nya..
23 years
Administrator
hilangkan stress??

lapangkan hati..makmn ler coklat..mmmmmm....

sebaiknya renung ler kelemahan diri dan beramal seperti membaca al-quran.
23 years
apiz
stress biasanya bila terlalu berfikir sanggat tu yang jadi cam tu ....biasanya kalau terlalu stress..berwuduk pastu bersolat dan beristifar insyaAllah hilang ....atau sesekali duduk bersendirian ditepi pantai sambil tenangkan fikiran.....kalau perokok tu hisap gudang garam khihi lambat habis sesambil relex dan fikirkan apa tindakkan kita menghilangkan streess gi memancing ker,bersukan dan lain-lain

Kumencari ku menanti
Penawar gusar hati
Agar bisa ku berlari
Mengejar realiti ('_')
23 years
ida
bagi saya... kenkadang perlu relax kan diri.. layan diri sendiri.. dan kemudian ... mengadu ada yang Esa

nobody drowns by falling into the water, they drown because they stay there..
23 years
mAtA haRi
stress sokmo

I'm only a man in a funny red sheet ... I'm only a man looking for a dream...

errrrr..... sapa nak order tupperware???
23 years
yUsAnGgErIk
cam tu ler pakcik yang sporting...

"....Siapalah kita di sisi-Nya...."
23 years
Mami Ros
ok yus... ini pengelaman mami sendiri...

mami tak tahu apa itu stress... sehingga satu hari mami gi jumpa doktor...sebab penyakit kulit mami tak hilang... ada asma kulit... doktor pun heran.. dah macam macam ubat dia bagi tapi lagi banyak jadinya sampai specilist ambik gambar buat experiment .. dah macam kurap... lalu dia pun berbual sambil bertanya hal ... lantas katanya.. mami stress sangat... cuba ilangkan stress tu... terperanjat mami.....

Mami pun buat apa yang patut,.. dan duduk berfikir balik.. apa yang membuat mami stress... adakah kerana anak anak , financial, atau enviromental.... tiap tiap hari gitu... so bila dikenang balik.. mami kata pada diri mami... I have to make the changes.... hampir dua tahun..... membaiki keadaan diri... alhamdullilah.. sekarang nie.. dah mula kurang penyakit kulit tu.. tapi bila mami stress dia akan naik... jadi .. bila anak anak tengok kaki mami.. dia orang pun pujuk mami... suruh relaks dan jangan susah hati pada mereka... tapikan yus.. sapa tak susah hati pada anak anak yang sedang membesar hidup di rantauan macam kamu nie yus..... bolehkah?????...

"Ikhlas sesaat saja, merupakan keselamatan sepanjang masa. Tiadalah hamba itu merendahkan diri, sebelum ia mengenal dirinya sendiri"
23 years
Rule.Net ®
Ass'kum ..

Atas permintaan, ni hah idea zionis ..

Sebenarnya kita harus faham dengan erti kata tekanan sebelum kita menggelar diri kita tertekan. Tekanan wujud kerana beban yang tidak dapat ditanggung oleh minda kita.

Sebagai contoh pekerja yang tidak tahan dimarah, dah tentu akan merasa tertekan apabila beliau melakukan kesilapan, walaupun masih belum diketahui oleh majikan.

Semua orang tak suka tersesak dalam sesakan lalu lintas, tapi bukan semua orang boleh kelihatan tersenyum bila tersangkut dalam situasi itu.

Bergantung kepada jenis tekanan dan suasana untuk kita mengeluarkan diri dari rasa tertekan. Riadah dan kehidupan malam mungkin menjadi pilihan para pekerja untuk lari dari kesibukkan kerja.

Berchating, sebagai contohnya untuk menghilangkan tekanan semasa bekerja. Menelefon kawan-kawan untuk bersembang mungkin boleh meringankan bebanan hafalan untuk para pelajar.

Tapi cara yang terbaik untuk menghadapi suasana tertekan adalah dengan mengamal surah al-Insyiraah (.."alam nasyrah laka sadrak ..). Kerana ternyata istilah al-Insyiraah sendiri bermaksud "lapang dada".

Malah pada ayat ke-5 dan ke-6 pada surah itu Allah swt berfirman "sesungguhnya bersama kesusahan itu akan datang kesenangan".

Sebagai mana manusia kita tidak akan lari dari suasana tertekan. Sebagai umat islam kita harus percaya ada hikmah disebalik tekanan.

Jangan lari, tetapi hadapi dengan tenang dan senyuman.



Pendapat yang baik dari Allah swt. dan yang sebaliknya adalah dari kelemahan diri ini.[uhuk .. uhuk ..]
23 years
yUsAnGgErIk
ader pon... ingat nyuruk kat mana tadik... patah dah jemari yang bulat2 nih mendail... pompuan tak elok isap rokok...... tambahkan stress... duit abis....stress tak ilang

"....Siapalah kita di sisi-Nya...."
23 years
-imm-
ermmm (sambil garu kepala ni )..kalau kak imm lak bila rasa tension kak imm selalunya nangis..tekup muka kat bantal jerit kuat kuat...hehe...

~yg hitam harus dijauhi...jgn disimpan dalam hati..putihkan jiwamu dgn kasih suci~
23 years
Post a Comment
Add photos or video
Be respectful and constructive.