hanya untuk tatapan dan ingatan
dear friends..
just to share with you all...this incident was happend to one of BNM
staff....anak dia meninggal sebab brain tumor. dah buat operation dan
succes. tapi Allah lebih sayangkan dia., dia meninggal dunia selepas
operation tuh...Sedihnya bila tengok anak sekecil itu yang tak
mengerti
apa2 pun menderita penyakit cronic. Tak dapat kita bayangkan jika itu
berlaku pada anak kita yang kita sayangi sepenuh hati, sudah tentu
kita...
hanya untuk tatapan dan ingatan
dear friends..
just to share with you all...this incident was happend to one of BNM
staff....anak dia meninggal sebab brain tumor. dah buat operation dan
succes. tapi Allah lebih sayangkan dia., dia meninggal dunia selepas
operation tuh...Sedihnya bila tengok anak sekecil itu yang tak
mengerti
apa2 pun menderita penyakit cronic. Tak dapat kita bayangkan jika itu
berlaku pada anak kita yang kita sayangi sepenuh hati, sudah tentu
kita
umpama kehilangan segala-galanya..sesungguhnya itu adalah dugaan
Allah
kepada hambaNya. Ingatlah setiap kegembiraan kita adalah salah satu
rezeki
daripada Allah s.w.t
Bersyukurlah dengan apa yang Allah kurniakan pada kita selama ini.
semoga Allah sentiasa melindungi keluarga kita. amin
- Terima kasih dengan sokongan, simpati dan doa dari semua
sahabat-sahabat terhadap anak kami SOFIA ADILA yang telah meninggal
dunia pada 23 Mei, 2002 yang lalu. Kepiluan kerana kehilangan anak
yang tercinta terubat jua dengan kunjungan dan titipan salam dari anda
semua.
- Walaupun masih ramai anak yang boleh dibelai, tetapi kehilangan
yang seorang ini benar-benar memedihkan tangkai hati, seumpama
kehilangan segala-galanya.
- Ramai orang berkata “beruntunglah bagi ibubapa yang melahir,
memelihara dan membesarkan anak yang telah menjadi ahli syurgaâ€. Ya,
selama 2 tahun 2 bulan kami memelihara “ahli syurga†ini dan kami
meyakini kata-kata itu. SOFIA seorang anak yang baik. Sering menegur
ibu-bapanya dengan caranya tersendiri. Tidak pernah gagal
menghulurkan al-Qur’an kepada ibunya selepas setiap solat waktu.
Disayangi setiap orang yang pernah bersamanya. Sehinggalah kesaat
akhir kehidupannya, tidak terasa kami dibebani oleh SOFIA. Jika
dinilai kesengsaraan yang sepatutnya “ahli syurga†ini deritai, SOFIA
sepatutnya sudah terlantar koma di katil hospital atau
sekurang-kurangnya menjerit-jerit kesakitan dengan penyakit yang
membebaninya. Jika dilihat dari gambar biasan MRI, sahabat kami
seorang doktor berkata “no way SOFIA can surviveâ€.
- Tetapi, sehingga sehari sebelum SOFIA meninggalkan kami, SOFIA
masih boleh menyanyi lagu Ayam oh Ayam McD. Masih terdengar lagi
kata-kata SOFIA ketika bermain-main dengan ibunya “Ini hidung dia, ini
mata dia, ini mulut dia†ketika menunjukkan hidung, mata dan mulutâ€
patung mainan pemberian sepupu SOFIA.
- Oleh kerana siBapa begitu berkeyakinan tinggi yang SOFIA akan
berjaya melepasi derita penyakitnya berdasarkan keceriaan yang SOFIA
tunjukkan, siBapa gagal mengiring dan mendakap anaknya ke Operation
Teater. Selepas dibedah, siBapa gagal terus mendampingi anak yang
tercinta kerana sibuk menghebahkan berita yang SOFIA berjaya di dalam
pembedahan. SiIbu, sungguh beruntung, dapat melihat panggilan “mamaâ€
di bibir SOFIA di saat akhir pemergian SOFIA dan bacaan al-Qur’an
siIbu mengiringi roh SOFIA ke alam yang kekal abadi.
- SiBapa yang malang hanya diberi peluang mendukung jenazah SOFIA.
- Jasad SOFIA disemadikan di perkuburan Kg. Sg. Sekamat, Kajang
Selangor bersebelahan kubur datuknya.
- Kami yang tinggal mengharapkan SOFIA senantiasa dirahmati Allah dan
menanti kami yang akan menyusul entah bila?
- TERIMA KASIH dengan sokongan anda.
apa erti sebuah kehidupan kalau tidak ada kebahagiaan
apakah aku akan menjadi hamba ALLAH yang dinanti
kunohon padaMU agar kau matikan diri ini dalam sebaik-baik kematian,insya-ALLAH..amin. terasa betapa beratnya dosa yang kupikul.. bila lagi diri ini ingin insaf