lee
lee
23 years
1871 views

Bolehke Bersanding..????

Ape komen kawan2 semua...

33 comments
Share this post

Comments (33)
nuhann
Islam galak kenduri kahwin secara sederhana

Oleh Wan Marzuki Wan Ramli

MENGADAKAN walimah atau kenduri kahwin penting dalam Islam bagi

menghebahkan ikatan pernikahan dua insan.

Anas bin Malik dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhori dan

Muslim menyatakan Rasulullah saw melaksanakan majlis kenduri kahwin

dengan seekor kambing untuk isteri-isterinya dan juga untuk Zainab.

Jelas daripada mafhum hadis itu, hukum mengadakan kenduri perkahwinan

diharuskan oleh agama. Ia sebagai mengumumkan suatu ikatan

pernikahan, tetapi hendaklah mengikut batas ditetapkan oleh syariat.

Syed Sabaq dalam kitabnya menerangkan kenduri kahwin boleh diadakan

ketika berlangsungnya akad nikah atau selepasnya. Ia juga boleh

dilangsungkan pada hari perkahwinan (mencampuri isterinya) atau

selepasnya.

Satu lagi hadis yang diriwayatkan oleh Bukhori menyatakan Rasulullah

saw mengundang sahabat untuk menghadiri majlis walimah baginda

selepas mencampuri isterinya, Zainab.

Dalam kisah Abi Usaid, Rasulullah saw turut hadir pada majlis

walimahnya. Baginda menghidangkan kurma kepada tetamu yang datang.

Ini bermakna, walau apa jenis makanan yang ingin dihidangkan,

terpulang kepada kemampuan keluarga yang mengadakan walimah.

Tetapi yang ingin dijelaskan daripada kisah itu, Islam memberi

perhatian istimewa terhadap majlis kenduri kahwin. Ia sebagai tanda

penghebahan kepada masyarakat suatu ikatan pernikahan berlangsung

dalam keluarga itu.

Pun begitu, dalam majlis kenduri kahwin ini, janganlah pula ada

keluarga Islam yang mengadakannya dengan melampau batas syariat.

Antaranya menyerlah sikap ingin menunjuk-nunjuk dengan mengadakan

kenduri besar-besaran, boros berbelanja hingga memberi kesan kepada

keadaan kewangan, pembaziran wang ringgit dan harta benda, membuat

pinjaman bank serta berhutang dalam jumlah besar semata-mata menurut

nafsu dan keinginan melampau.

Firman Allah dalam surah al-Isra bermaksud: "Sesungguhnya orang yang

boros itulah saudara syaitan. Dan syaitan itu sangat ingkar kepada

Tuhannya."

Menjadi budaya masyarakat, apabila golongan kaya mengadakan kenduri

kahwin, jarang sekali mendulukan orang miskin dan kurang berada

sebagai tetamu untuk meraikan majlis itu.

Hal ini dijelaskan oleh Rasulullah saw dalam sebuah hadis baginda

yang diriwayatkan oleh Bukhori, maksudnya: "Sejelik-jelik makanan

ialah makanan dari majlis kenduri kahwin yang hanya dijemput orang

kaya, orang fakir dan miskin tidak pula diundang untuk makan bersama."

Sesuai dengan matlamat kenduri kahwin, iaitu selain untuk

menghebahkan kepada masyarakat, ia bagi merapatkan hubungan ahli

keluarga dan sahabat handai.

Dari aspek memenuhi tuntutan sebagai orang dijemput untuk menghadiri

majlis kenduri kahwin pula, Rasulullah saw menyatakan dalam hadis

baginda yang diriwayatkan oleh Bukhori bermaksud: "Jika seorang

antara kamu dijemput ke majlis perkahwinan, maka hendaklah menghadiri

majlis itu."

Dalam budaya masyarakat kampung sejak zaman-berzaman, menjemput sanak

saudara dan rakan menghadiri majlis kenduri, lazimnya akan dimulakan

dengan ziarah dari rumah ke rumah dengan menjemputnya secara lisan.

Kemudian budaya memberi dan menghantar kad jemputan mula dikembangkan

menyebabkan kelaziman yang asal itu mula pudar.

Walau apapun, jika diteliti hadis di atas, menghadiri jemputan ke

majlis kenduri kahwin adalah dituntut Islam sebagai sunat muaakad.

Dalam sebuah kitab yang ditulis oleh Syed al-Bari ada menyatakan

syarat undangan yang wajib dipenuhi antara lain hendaklah meliputi

perkara berikut:

* Orang yang mengundang adalah mukallaf (berakal dan cukup umur),

merdeka serta sihat pemikirannya.

* Tidak dikhususkan kepada orang kaya saja.

* Orang yang mengundang beragama Islam.

* Tidak ada kemungkaran pada majlis itu.

* Orang yang diundang tidak mengalami keuzuran syarie.

Dalam membicarakan soal maksiat dan kemungkaran dalam majlis

perkahwinan, isu inilah yang sering tidak diambil perhatian berat

oleh masyarakat Islam. Oleh kerana majlis itu untuk mendapat keredaan

Allah, maka usahlah dicemarinya dengan perkara bercanggah dengan

syariah.

Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan; pertuturan keji dan

lucah; nyanyian dan tarian melalaikan dan senda gurau melampau adalah

antara perkara yang perlu dielakkan pada majlis kenduri kahwin.

Hiburan dalam majlis perkahwinan pada asasnya dibenarkan agama,

asalkan tidak melalaikan. Contohnya, persembahan yang mengingatkan

kita kepada Allah seperti nasyid dan qasidah.

Tetapi kini banyak pula kenduri kahwin dipenuhi dengan persembahan

muzik dan nyanyian yang lebih membawa kelalaian kepada semua hadirin

dalam majlis itu.

Ada tuan rumah yang menyediakan joget lambak, inang dan zapin dengan

menampilkan gadis jelita untuk mempersembahkan tarian kepada tetamu.

At-Tirmizi meriwayatkan dalam sebuah hadis Rasulullah saw

bermaksud: "Perbezaan antara majlis perkahwinan yang halal dan haram

ialah adanya nyanyian dan pukul rebana."

Daripada mafhum hadis itu, maka hendaknya sama-samalah kita menepati

kehendak sebenar syariat apabila ingin memeriahkan kenduri kahwin

dengan persembahan hiburan agar tidak tercemar dengan unsur yang

ditegah agama dan melanggar tata susila budaya Melayu.

Abu Hurairah meriwayatkan dalam satu hadis, Rasulullah saw menyatakan

mengenai tempoh mengadakan kenduri kahwin, maksudnya :"Walimah

pada

hari pertama adalah suatu hal benar. Pada hari kedua adalah suatu

perkenalan, sedangkan hari ketiga adalah pamer dan mencari

kemasyhuran."

Dalam hadis di atas Rasulullah saw menyatakan pula keharusan

mengadakan kenduri kahwin dalam tempoh masa tertentu.

Sesuatu yang tersirat yang ingin disampaikan oleh Rasulullah saw

dalam hadis di atas ialah sikap bersederhana apabila mengadakan

sesuatu majlis kenduri kahwin agar tidak dipandang serong oleh orang

lain.

Cukuplah jika ia diadakan sehari dua bagi memenuhi tuntutan kehadiran

tetamu yang mungkin tidak sempat hadir pada hari ditetapkan.

Namun begitu, jika berlarutan sehingga beberapa hari, ia melambangkan

sikap ingin mencari nama dan kemegahan. Ini seolah-olah untuk

menunjukkan keluarga yang mengadakannya mempunyai kewangan mencukupi

hingga mampu mengadakannya sehingga berhari-hari.

Jika begitulah yang berlaku, dibimbangi pula, ia tidak akan memenuhi

syarat mengadakan kenduri kahwin mengikut syariat.

Apa pun bersederhanalah dalam melakukan apa juga perkara dalam

kehidupan ini kerana ia dituntut oleh Islam.

sumber: fwded email

“sesuatu yang disampaikan melalui hati..akan sampai ke hati jua..."
23 years
lee
Tak ade la Rana...lee cuma nak tahu aje..,rasanya

lambat lagi kot..
23 years
Mami Ros
...nuhann... dan sewaktu denganyer....

"Ikhlas sesaat saja, merupakan keselamatan sepanjang masa. Tiadalah hamba itu merendahkan diri, sebelum ia mengenal dirinya sendiri"
23 years
nuhann
mental tak sihatler ahba..tu psller pakai rayban ni..okep..permisi dulu..

pada en.lee...slamat pengantin baru...

“sesuatu yang disampaikan melalui hati..akan sampai ke hati jua..."
23 years
ahba
kenapa si nuhann ni!

ku sedari siapa diri ku ini...insan yg serba kekurangan...!
23 years
nuhann
“sesuatu yang disampaikan melalui hati..akan sampai ke hati jua..."
23 years
 kelkatu
kak ros...saper tauke ikan keli ni..banyak ker ikan keli yg dijualnyaa,..??udang galah ada takk..heheh

encik lee..kan ker pakusu udah terangkan tadi..rasanya sudah jelas en.lee...dah dekatt ker majlisnya..
23 years
Mami Ros
wah... tokey ikan keli... buat promotion ker dua tiga hari nie... atau tenggelam bersama kelinya....

tzer.... moderator dah sampai....

"Ikhlas sesaat saja, merupakan keselamatan sepanjang masa. Tiadalah hamba itu merendahkan diri, sebelum ia mengenal dirinya sendiri"
23 years
lee
T.kasih..semua yg bagi pendapat,tapi kalau ngan

saudara mara shj boleh tak....
23 years
ahba
Letihnya dua tiga hari ini....!

ku sedari siapa diri ku ini...insan yg serba kekurangan...!
23 years
Post a Comment
Add photos or video
Be respectful and constructive.