Dalam kesuraman ultra lembayung tika tujuh bulan menumpahkan cahaya dibawah
kaki langit khirmizi, tiba-tiba aku terkenangkan eurika nostalgia cinta lama
yang kita palitkan berdua.Kehadiranmu bersama molekul-molekul hidrogen menerjang
segala kekusutan yang membelit tali perutku. Dan kehadiranmu itu mengajar aku
erti rindu gelora dan syahdu. Kau juga mengajarku erti cinta, singa laut,beruang
kutub, penguin,kambing salji, mee rebus, cendol, koridor, kotak pensil, tali
kasut dan pasu bunga....
Dalam kesuraman ultra lembayung tika tujuh bulan menumpahkan cahaya dibawah
kaki langit khirmizi, tiba-tiba aku terkenangkan eurika nostalgia cinta lama
yang kita palitkan berdua.Kehadiranmu bersama molekul-molekul hidrogen menerjang
segala kekusutan yang membelit tali perutku. Dan kehadiranmu itu mengajar aku
erti rindu gelora dan syahdu. Kau juga mengajarku erti cinta, singa laut,beruang
kutub, penguin,kambing salji, mee rebus, cendol, koridor, kotak pensil, tali
kasut dan pasu bunga.Kala itu, kita bagaikan Nobita dan Sizuka.Kau dan aku
umpama Kurt Cobain dan Rafeah Buang yang tidak dapat dipisahkan.
Malangnya percintaan yang mendapat liputan meluas hingga ke planet Ziku itu
telah mengundang perpisahan yang akhirnya telah mengecewakan seluruh penternak
lipan di Burma. Kau pergi jua ketika Kuala Lumpur sedang bersiap sedia menjadi
tuan rumah Sukan Komanwel 1998.Sesungguhnya perpisahan itu berpunca daripada
penebangan pokok getah secara besar-besaran di Lembah Klang. Pemergianmu
menyebabkan aku menghidap penyakit resdung dan hepatitis-Q secara mengejut.
Ketiadaanmu memaksa aku memakai topi keledar setiap masa sebagai langkah
keselamatan.Aku seperti tidak percaya dengan apa yang telah terjadi.
Aku bagaikan tergelincir dari orbit bumi dan terpelanting ke ruang angkasa,
apabila daya tarikan graviti terhadapku tiada lagi berfungsi setelah aku
tersungkur dalam percintaan yang berlarutan hingga ke rubber-set.
Seluruh perjalanan hidupku menjadi gelita bagaikan terperangkap di dalam gua
yang gelap dan ditemani stlagit dan stlagmit yang bagai sembilu. Kondominium
cinta yang kita bina dari makgat basikal dan kipas helikopter akhirnya musnah
setelah kau berpaling tadah. Ternyata sikapmu mulai berubah bila Malaysia mula
melancarkan satelit MEASAT-1 ke ruang angkasa raya. Sejak itu kau sering
melarikan diri bila terserempak dengan abang iparku. Akhirnya aku menyedari
bahawa diri ini tidak diperlukan lagi. Sejak kau tiada, aku sering menyendiri
berbual-bual dengan pokok betik untuk mengisi masa lapang. Kadang-kadang aku
mengikat botol oren pada tiang rumah agar nampak lebih cantik. Saban hari
aku termenung di dalam peti sejuk mengenangkan dirimu yang entah ke mana
menghilang. Aku cuba bermain badminton sambil makan mi hailam untuk melupakanmu,
tetapi aku tak berdaya. Lalu aku membakar mesin basuh dan membelasah empat ekor
itik serati jiran sebelah sebagai tanda aku tidak bersalah.
Mengapa? Mengapa sayang? Mengapa ini semua bisa terjadi?
Mengapa setelah kau curi hatiku, kau rompak cintaku lantas kau bunuh
cintaku sehingga kau terbunuh dalam kemalangan cinta yang ngeri. Aku bagaikan
terhimpit dan dihimpit oleh guni-guni batu yang kau timpakan diatas belakangku.
Derita yang kautimpakan itu adalah bebanan yang terlalu berat untuk ku tanggung
bagaikan mendukung 75 ekor biawak dan 386 ekor anak beruk. Dan kini segala
harapanku hancur berkecai bagaikan aku terjatuh dari Menara Kuala Lumpur dan
dihempap oleh Menara Berkembar Petronas lalu tersangkut di celah landasan LRT
dan kemudiannya digilis pula keretapi Komuter hingga aku hancur berkecai. Oh!
terlalu berat dugaan yang kutempuhi kini. Kini segalanya telah pun berakhir. Aku
sedar siapa aku. Aku hanya insan biasa yang suka makan mi segera. Aku bukan
McGyver, McDonald's, Superman atau Kesatria Baja Hitam. Aku juga bukanlah
Ultraman seperti yang kau idam-idamkan. Aku menyedari kekurangan diri dan
kekurangan kemudahan awam di tempat sendiri. Tak perlu dikesali lagi kerana nasi
telah menjadi capati dan tin sardin yang kugenggam ini telah pun luput tarikhnya
Segalanya sungguh mengharukan dan semua hadiah pemberianmu termasuk enjin kapal
selam telah pun aku cincang untuk dibuat makanan lembu. Walaupun segalanya telah
pun berakhir, disini, diatas pokok getah ini aku tetap menunggu kau akan kembali
Selagi ada ini, selagi ada kompleks membeli-belah SOGO, selagi ada kedai kasut
selipar disekitar Argentina, selagi kumpulan Metallica tidak berpecah, aku tetap
menunggumu sehinggalah mentari terbelah lapan. Namun aku menyedari bahawa
penantianku hanyalah sia-sia belaka. Akhirnya aku mengambil keputusan muktamad
untuk menunggu tiang elektrik dihadapan rumahku berbuah. kalau tiang elektrik
berbuah nanti, aku poskan buahnya kepadamu.
Nak tak?... :)
Kumencari ku menanti
Penawar gusar hati
Agar bisa ku berlari
Mengejar realiti ('_')