Lemah-lembut Sifat Terpuji
Sabda Rasullallah yang bermaksud:
"Manusia yang terlalu ganas terhadap sesama manusia di dunia, itulah manusia yang paling seksa disisi Allah pada hari Qiamat kelak"
(Diriwayatkan oelh Ahmad dari Khalid Al walid)
Huraian
Hadis ini secara amat lantang mengumumkan prinsip Islam yang mengutuk setiap perbuatan kejam kezaliman dan ganas terhadap sesama manusia baik dalam bentuk apa pun. Dalam sebuah hadis yang lain Rasulullah saw.
Yang bermaksud:
"Orang y...
Lemah-lembut Sifat Terpuji
Sabda Rasullallah yang bermaksud:
"Manusia yang terlalu ganas terhadap sesama manusia di dunia, itulah manusia yang paling seksa disisi Allah pada hari Qiamat kelak"
(Diriwayatkan oelh Ahmad dari Khalid Al walid)
Huraian
Hadis ini secara amat lantang mengumumkan prinsip Islam yang mengutuk setiap perbuatan kejam kezaliman dan ganas terhadap sesama manusia baik dalam bentuk apa pun. Dalam sebuah hadis yang lain Rasulullah saw.
Yang bermaksud:
"Orang yang bersifat belas kasihan itu akan dikasihi Allah yang Rahman, kasihanilah meraka yang di bumi, nescaya kamu akan dikasihi Allah di
langit."
Allah swt. menurunkan agama Nya untuk mengatur hubungan dua hala yang harmonis.
Pertama: Hubungan dengan Allah
Kedua : Hubungan dengan sesama manusia
Hubungan harmonis dengan Allah adalah dicapai melalui aqidah tauhid yang murni, ibadah yang ikhlas dan kepatuhan yang tidak berbelah bagi kepada
undang-undang dan syariat Allah. Semantara hubungan hormonis sesama manusia adalah dicapai melalui perasaan rahmat, timbang-rasa, tolong-menolong, setiakawan persaudaraan insaniah, sikap yang adil,
akhlak-akhlak yang baik dan sopan santun yang baik.
Hubungan sedemikian perlu dibina setiap orang, kerana kebahagiaan hidup manusia di dunia dan di akhirat adalah bergantung kepada sejauh mana
harmonisnya dua hubungan yang baik. Dalam aspek balasan di hari Akhirat, seseorang itu akan menerima balasan yang seteruk-teruknya apabila salah satu atau kedua-dua hubungan itu diputuskan olehnya, sedangkan dalam aspek balasan dunia, menusia yang memutuskan hubungan dengan Allah bererti ia telah menyiksakan diri sendiri iaitu membunuh rohnya atau
meruntuhkan nilai insaniahnya yang sebenar, kerana manusia yang tidak beriman ialah "manusia haiwaniah" yang hidup sama seperti binatang, sementara manusia yang memetuskan hubungan kasih-mesranya dengan manusia dan bertindak ganas dan kejam lambat-laun akan ditumbang atau mendapat balasan setimpal di tangan menusia sendiri.
Golongan manusia yang utama harus menerima belasan-kasihan, timbang-rasa dan kasih-sayang ialah golongan wanita, golongan yang lemah dan miskin.
Dari permulaan dak'wah lagi Rasulullah saw. menyeru manusia memberi layanan-layanan penuh timbang rasa kepada golongan-golongan itu. Di dalam surah-surah awal yang diturunkan di Mekah terdapat berbagai-bagai
anjuran mengajak dan memperjuanglan hak-hak mereka.
Sifat ganas dan kejam itu biasanya lahir dari jiwa yang diserangi perasaan dendam kesumat, perasaan takut kehilangan kedudukan dan perasaan angkuh dan lupa daratan, atau lahir dari jiwa yang diserangi
penyakit sadisme iaitu sejenis penyakit mencari keseronokan dengan meneyiksakan orang lain.
Manusia yang banyak terdedah kepada akhlak ganas ialah golongan yang berkuasa, ketua-ketua, ibu bapa, penghasut, pendengki dan manusia-manusia gagal yang mencari kedudukan dan pangkat tapi ia tiada kelayakan dan pengaruh.
Islam bukan sahaja menganjurkan bersikap rahmat dan timbang rasa untuk sesama manusia sahaja, malah terhadap makhluk yang tidak berakal juga. Di sana terdapat hadis-hadis yang melarang memperlagakan binatang. Hadis yang mengutuk manusia yang menjadikan makhluk-makhluk yang bernyawa
sebagai sasaran panahnya, hadis yang mengutuk manusia yang menandakan muka-muka binatang dengan menggunakan sesuatu yang menyeksakannya, hadis yang menerangkan seksaan orang yang membunuh burung dengan sia-sia, hadis yang melarang menusia membiarkan binatang ternakan kurus kerana
lapar, hadis yang melarang manusia menceraikan anak-anak burung yang kecil dari ibunya, hadis yang melarang tukang sembelih menarik binatang
yang akan disembelihnya itu dengan lemah lembut seperti sabda Rasul saw.
yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah mewajibkan berbuat baik di atas segala sesuatu,jika engkau membunuh, membunuhlah dengan baik, dan jika engkau menyembelih binatang maka sembelihlah dengan baik, setiap orang dari kamu hendaklah menajamkan pisaunya dan merehatkan binatang itu"
~Sesungguhnya Hidupku, Matiku, Amalanku, Ibadahku adalah semata-mata kerana Allah SWT~