12132
12132
23 years
1339 views

Isu hangat....

Ustaz nak tanya kat kawan2,Sebab apekah zaman sekarang ni ader segelintiran orang melayu islam,terutamanya wanita?yang berpakaian kurang sopan? Contohnya pakai tudung serta berbaju fitttt...pakaian tak cukup kain.....Cuber beri comen...aper sebabnya tu....

1 comments
Share this post

Comments (1)
sam
Ustaz,sam tak pandai nak komen sangat,cuba kita lapangkan dada dan berbaik sangka diantara satu sama lain. Allah telah menjadikan kita dan telah menetukan hukum hukumNYA ke atas kita,semua hukum hukum telah putus dan wajib kita patuhi,contohnya hukum menutup aurat hendaklah dilaksanakan dengan sempurna dan berpakaian sopan agar tidak menimbulkan fitnah pada yang memandangnya, kita juga diwajibkan bersolat fardhu lima waktu sehari,dan juga kita dilarang bercakap dusta dan sebagainya. Setiap umat muslimin dan muslimat yang mukalaf terjatuh hukum hukum ini di atasnya.

Cuba kita perhatikan begini.

Si A - menutup aurat,cukup solatnya,tidak berdusta, maka si A telah melaksanakan ketiga tiga hukum tadi dan berolih pahala di atas perlaksanaannya.

Si B - menutup aurat,cukup solatnya,tetapi sering berkata dusta, maka si B berolih pahala kerana telah melaksanakan hukum menutup aurat dan bersolat tetapi berdosa kerana berdusta.

Si C - tidak menutup aurat, cukup solatnya, dan tidak berdusta dengan kata katanya maka si C berdosa kerana tidak menutup aurat tetapi berolih pahala kerana melaksanakan solat dan tidak berdusta.

Sebagaimana yang kita tahu, bila kita tidak mematuhi hukum hukum Allah dengan sempurna,yang pasti kita akan dibalas dengan azabNYA di akhirat nanti. Sama samalah kita berdoa agar kita sentiasa dirahmatNYA, untuk terus berada didalam melaksanakan perintahNYA, amin.
23 years
Post a Comment
Add photos or video
Be respectful and constructive.