Kalau semua orang dapat rasa belaian dan kemanjaan dari seorang Ayah, aku
tak macam tu, Abah aku memang teramat garang, dari kecil sampailah usia
aku
18tahun masih lagi merasa penangan dari Abah.
Aku ni anak perempuan sulung dari adik beradik seramai 7orang, yang
pertama
dan kedua lelaki, ketiga akulah, keempat dan kelima lelaki jugak,keenam
dan
ketujuh perempuan.
Dulu aku tak ada rasa hormat dengan Abah, yang ada cuma rasa takut, tak
pernah langsung berbua...
Kalau semua orang dapat rasa belaian dan kemanjaan dari seorang Ayah, aku
tak macam tu, Abah aku memang teramat garang, dari kecil sampailah usia
aku
18tahun masih lagi merasa penangan dari Abah.
Aku ni anak perempuan sulung dari adik beradik seramai 7orang, yang
pertama
dan kedua lelaki, ketiga akulah, keempat dan kelima lelaki jugak,keenam
dan
ketujuh perempuan.
Dulu aku tak ada rasa hormat dengan Abah, yang ada cuma rasa takut, tak
pernah langsung berbual dengan Abah, waktu makan pun asing-asing kecuali
bulan puasa jek, itupun waktu berbuka, cukup dengan 3 bijik kurma(wajib
makan, kalau tak abah luku kepala) dan air, tak boleh makan dulu, solat
maghrib jemaah, barulah boleh makan malam, itupun Abah biasanya makan kat
atas meja, kitaorang depan TV. bukan tak nak makan ngan Abah tapi takut,
salah tertib makan nanti pinggan singgah kat kepala pulak.Abah punyalah
tertib makan, ambik lauk ngan tangan kanan, yelah makan kan pakai tangan,
jadi ambik lauk tangan kiri ler,Abah kata sudu boleh basuh,tangan kiri tu
tangan setan.Tak boleh makan sambil minum air, dah abis makan baru boleh
minum,ambik lauk yang dekat jek,yang jejauh suruh orang hulurkan,jangan
nak
menjangkau tangan.
Aku ni hantu buku, tak kiralah masa makan ke,tengok tv ke mesti ada buku
terlekat kat tangan, Abah selalu tegur 'Akak nak makan buku tu letak,
karang
Abah koyak buku'. Aku ni memang degil, satu hari tu, waktu makan tengahari
sebelum nak gi sejolah agama petang, aku bacalah buku cerita, baru pinjam
dari library, tak perasan Abah ada, tetiba jek buku aku tu melayang keluar
rumah dan landing atas tempayan yang penuh air.
Biasalah perempuan mestilah menangis,bukannya Abah pujuk, Abah hadiahkan
aku
satu luku kat kepala 'Abah dah kata banyak kali,kepala ni keras sangat'.
Mak
aku kutip dan ironkan buku aku yang basah tu dan aku pegi sekolah agama
dengan mata bengkak dan perut separuh lapar.
Aku ni pendendam, aku pasang semangat untuk belajar pandai-pandai supaya
dapat masuk asrama dan Abah tak boleh pukul aku lagi dan bila aku dah
berjaya dapat gaji besar aku bagi mak jek duit,Abah aku buat tak layan.
Aku berjaya masuk ke sekolah asrama penuh dan balik rumah pun, sebulan
sekali jek, itupun time nak mintak duit, tapi jaranglah balik sebab aku
dapat biasiswa,anak orang felda,kira susah jugaklah.cuti sekolah jek balik
rumah Abah,itupun kekadang lepak rumah member ambik part time kat McD'
atau
KFC.Tapi bagitau Abah ada aktiviti sekolah.
Tapi Abang aku yang nombor 2 tu dan adik aku no 4,puas kena belasah ngan
Abah, Abangku yang sulung nenek bela,aku pun tak tau kenapa mak aku bagi
kat
nenek.Untung tak kena belasah ngan Abah. Pernah sekali tu Abang aku balik
lambat dari bermain,Abah rantai Abang kat tiang seri rumah dan rotan
berkali-kali,aku dan adik aku cuba halang Abah, aku sayang kat abang aku
tu,
dia baik, kitaorang pun kena rotan sekali, kitaorang boleh lari, tapi
Abang
aku sampai lembik kena belasah.
Mak pun selalu jugak kena pukul ngan Abah,kadang-kadang tu sampai
lebam-lebam.Abah memang panas baran orangnya.Mak terlalu banyak bersabar
ngan Abah.Mak memang seorang ibu mitahli,pada akulah,tak pernah dengar mak
meninggi suara ngan Abah,waktu Abah pukul mak,tak pernah dengar mak
melawan
atau menangis teresak-esak.Cuma aku nampak airmata mak jek mengalir.
Mak akulah sapu minyak kat birat-birat kitaorang,birat kat badan dan hati
mak sapa yang rawat?itu semua menjadikan aku jadi benci pada Abah.Tapi mak
selalu nasihat,satu hari nanti Abah mesti berubah.'Doa untuk Abah,Akak'
mak
selalu pesan bila aku mendirikan solat
Ternyata doa kami tak sesia bila mak dapat adik aku yang kelima (jarak
7tahun ngan adik aku yg keempat) dan seterusnya,Abah dah slow,masih
marah-marah tapi tak pukul lagi,kekadang jek,mungkin sebab dah tua atau
tau
yang kami tak suka sikap panas baran dia tu.
Tapi oleh kerana asuhan yang keras macam tu, menjadikan kami manusia yang
berguna dan ingat pada ibu bapa.
Abang sekarang ni dah berkeluarga dan memperolehi 4 org anak,dia
seorangyang
baik dan ayah yang amat penyayang.
Aku pulak,masih single,pengalaman lalu membuat aku takut nak
berumahtangga,takut dapat suami macam Abah,tapi Alhamdulillah Aku dapat
kerja yang boleh tahan jugak dan mampu memiliki sebuah Wira 1.5 dan mampu
jugak setiap bulan memberi sedikit wang kepada mak.Abah tak nak duit Aku,
cukuplah bagi kat mak sorang jek,Abah pesan kat mak.
Adik aku menjadi Chef di salah seorang hotel 5bintang di Johor Bahru dan
telahpun memiliki sebuah rumah sendiri,Adik aku yang keempat pulak menjadi
seorang polis,mereliasikan impian mak aku, adik aku yang kelima sekarang
tahun akhir di salah sebuah Pusat Pengajian Tinggi dan yang bongsu pulak
baru Tingkatan 2.
Walau dulu aku terasa yang cara Abah terlalu zalim dan mendera,tapi
sekarang
ini aku rasa berterima kasih pada Abah.
'Abah,you make us a better Man and Woman'
Selamat Hari Bapa Abah....
apa erti sebuah kehidupan kalau tidak ada kebahagiaan
ayah,andai kau tidak sudi menjadi ayahku,aku tak mungkin menjadi anakmu...terima kasih ayah
rendahkanlah hati bak mutiara di dasar lautan,tinggikanlah budi ibarat bintang di langit biru