Hasil dari ketegasan didikan Abah dan kelembutan belaian Mak, dua
kombinasi
ini menjadikan kami,warisan yang tegas namun mampu bertoleransi dalam
mengendalikan apa jua keadaan. Tak mudah melatah dan naik angin tak tentu
pasal. Tapi itu sifat Abang dan adik-adik jek,aku tak serupa mereka.
Sedari
kecil sifat aku memang berlainan,mungkin kerana 11bulan dalam kandungan
mak
dan lahir dengan selaput seperti kulit bawang membaluti aku dari pinggang
hingga ke kaki.
Aku banyak mewarisi sifat-sifat Abah, panas baran,garang dan mudah naik
kaki
tangan kalau amat marah. Namun begitu aku juga memiliki separuh dari sifat
Mak, pemaaf,mudah menangis,mudah mengalah,pandai memujuk tapi aku tak
tunjuk
sifat itu semua kerana sifat Abah lebih menguasai diri aku,mungkin kerana
Aku tidak mahu orang menilai aku sebagai perempuan yang lemah dan
mudahdibuli.
Apabila umur aku telah menjangkau suku abad ini,sifat-sifat Abah yang ada
pada diri aku telah banyak telah aku kikis,terutamanya sifat panas
baran,garang dan mudah naik kaki tangan. Aku mahu menjadi seperti Mak,
lemah lembut,penyayang dan sentiasa tersenyum.
Sepanjang penghidupan kami jarang sekali aku lihat mak bermasam muka,
walau
payah sekalipun mak akan sentiasa tersenyum,namun kekadang bila aku renung
matanya ada kesedihan di situ, tapi mak tak pernah tunjuk kat
anak-anak,terutamanya kat aku kerana mak tau aku ni pendendam,dan paling
teruk sekali mak juga tau, aku akan laksanakan dendam aku bukan dengan
cara
kasar tapi dengan cara reverse psychology,aku mampu menganalisa dan aku
akan
jadi pemangsa bukan lagi sebagai mangsa.
Tapi cerita dulu,kisah suku abad yang dulu,apabila melihat wajah mak yang
semakin dimamah ketuaan,namun masih berseri hasil dari wudhu' yang tak
pernah kering dan selawat yang tak pernah putus,dengan sendirinya aku
mendidik diri aku untuk menjadi seperti mak, supaya apabila Allah ambil
mak
dari aku,......
Aku mampu mendidik dan menjaga adik-adik aku,teramat penting sekali mereka
hormat kepada aku dan menjadikan sebagai pelindung sebagaimana mereka
berlindung kepada mak,meletakkan segunung kepercayaan kepada aku seperti
aku
menyerahkan nyawa aku pada mak.
Garis-garis ketuaan mak semakin hari semakin terserlah,sakit kakinya
semakin
menjadi-jadi,hampir saban minggu aku menghantar dia pergi berurut,namun
sakitnya terkadang surut kekadang pasang. Kalau boleh aku nak bagi mak
kaki
aku,tapi apakan daya.
Kadang-kadang tu,jantung mak pun memberi masalah kepadanya,pernafasan mak
tersangkut-sangkut macam orang semput.Aku selalu diundang rasa takut,takut
kehilangan mak dalam waktu terdekat ni. Aku tak mampu
mengharunginyasendirian.
Aku juga takut,tanpa mak kami adik-beradik akan hidup berpecah dan membawa
haluan masing-masing. Abah pula dah semakin akrab dengan kami,sifat
lamanya
masih ada tapi telah dibendung,terserlah kasih sayang Abah sekarang ni.
Namun begitu Abah masih tak mampu mengapai kasih sayang kami sebagaimana
kukuhnya kasih kami pada mak
Suka melihat Abah melayan kerenah cucu-cucunya,dipeluk,dicium,bergurau dan
menyuap cucunya makan. Mungkin Abah mahu menebus ketegasan didikan masa
lalunya kepada kami dengan mencurahkan kemesraan pada cucu-cucunya.
Kekadang mengalir air mata aku melihat kemesraan Abah dengan cucu-cucunya,
rasa cemburu campur rasa terharu,mengapa aku tak dapat merasai itu semua
dahulu.Mengapa Abah tidak begitu dahulu.
"Abaaaahhhhhhh!" lantang jeritanku memanggil Abah, sambil memangku tubuh
Mak yang terkulai di pangkuan Aku. Takungan air mata aku pecah bercucuran.
"Abah, Mak jatuh,Mak tak bangun-bangun"
"Mak, bangun Mak. Jangan buat Akak macam ni Mak. Mak,Akak sayang Mak. Mak
bangun". Aku usap tubuh Mak lembut, Aku kejutkan Mak suruh Mak bangun.
Tapi
Mak tak jugak bangun, Mak masih diam di pangkuan Aku. Nafas Mak beralun
lemah.
Wajah emak seperti orang tidur nyaman dan tersenyum. Waktu itu aku tahu
yang Mak dah tak ada,tapi aku tak mahu terima kenyataan ini. Aku tetap
usap
wajah Mak, aku lurut jari-jemari tangan Mak, Aku cium kaki Mak. "Mak kalau
Akak buat salah,Akak sakitkan hati Mak,Mak hukumlah Akak,tapi jangan buat
Akak macam ni. Mak bangun, Akak masih nak manja dengan Mak." Tapi Mak tak
bangun-bangun. Mak terus tidur selamanya.
Jiran tetangga datang dan Aku masih erat memeluk tubuh Mak, mereka
pisahkan
Aku dari Mak, Aku meraung, Aku nak bersama dengan Mak tapi mereka tetap
menghalang Aku dari mendekati Mak. Mereka kata "redhakanlah Mak pergi
Akak,
kalau Akak sayangkan Mak, pegi ambik air sembahyang,bacakan yasin untuk
Mak"
Aku bangun dan aku sempat mengerling ke arah Abah, sayunya wajah Abah.
Abah
yang pada aku adalah seorang yang kuat, gagah dan perkasa, malah tiada ada
apa yang mampu mengoyahkan kekuatan dan kelelakian Abah, tapi hari ini,
tika
dan saat ini Abah kelihatannya terlalu lemah, terlalu tua dan terlalu
dihimpit perasaan sebak. Kali pertama dalam sejarah kehidupan Aku, aku
melihat air mata Abah mengalir kontras. Serta mertanya segala ketakutan
dan
kesakitan aku dulu terhadap Abah hilang, diganti oleh rasa terharu dan
amat
sayang pada Abah.
Bukan setakat Abah, aku dan adik-adik sahaja di landa rasa ketidak
percayaan
atas kehilangan Mak, malah semua orang seolah tak percaya. Mak tak sakit,
Mak sihat dan pagi itu pula aku dan Mak masih sempat berbual dan bergelak
ketawa, malah kami merancang nak bersiar-siar ke bandar JB sambil melawat
Mak Long kat Hospital Tun Aminah. Waktu itu pukul 10pagi, "aku kata mak
cepatlah siap mak, pukul 11pagi kita nak bertolak" dan "mak kata nantilah
kejap, pukul 10.30pagi nanti mak mandilah siap-siap". Aku borak lagi dan
sempat makan lagi dengan mak, kemudian mak kata dia nak buang air besar
dan
sempat bergurau lagi "perut-perut kau nak buang air ke tidak", aku
gelakkan
mak. Mak bangun dan aku bangun sama dengan mak untuk temankan Mak ke bilik
air sebab lutut dia lemah, aku takut dia terjatuh kalau aku tak paut dia.
Tiba-tiba mak rebah dan aku paut kuat tubuh mak sambil melaung memanggil
Abah. Waktu itu pukul 10.30 pagi.
Waktu mak pergi, Abang aku yang sulung ada kat JB, Abang aku yang kedua
ada
kat Kota Tinggi, Adik aku yang keempat sedang bekerja di Hotel(chef)JB,
Adik
aku yang kelima sedang bekerja di Perak(polis),Adik aku yang keenam berada
di IPTA Melaka dan yang bongsu sedang berada di sekolah ko-kurikulum.
Hanya
ada aku dan Abah di rumah. Abah pula waktu itu sedang mesin rumput di
laman
rumah. Tinggal aku dengan Mak, dan aku adalah orang yang berada di samping
mak di saat-saat akhirnya.
Abang dan adik-adik aku semua meraung seolah-olah tak terima kenyataan
yang
mak dah tak ada. Abah tak mampu berkata apa-apa, cuma menyuruh kami ambil
air sembahyang dan bacan yasin untuk mak. Aku cuba menjadi seorang manusia
yang kuat untuk hari itu, aku pujuk adik-adik aku dan aku dapat membaca
yasin 7kali di hadapan arwah mak sebelum dibawa pergi.
Mak dikembumikan selepas Asar, dan alhamdulillah, majlis pengembumian Mak
berjalan dengan lancar dan berlangsung dengan mulia sekali. Awalnya
sewaktu
mak dimandikan dan aku turut memandikan mak, tubuh mak lembut,tak berbau
dan
tiada najis. Sewaktu mak dikafankan, kain kafan mak banyak lebih dan Abah
jahitkannya menjadi "saprah" dan sedekahkan di surau buat sejadah
sembahyang.
Sewaktu dikebumi pula, cuma perlu 3 orang untuk mengangkat tubuh mak masuk
ke liang lahat. Mereka kata tubuh Mak amat ringan dan tanah buat menambak
kubur mak, terlalu banyak lebihannya. Semua orang memuji-muji dan
memperkatakan keajaiban pada hari itu.
Aku mengambil cuti satu minggu dan hari-hari itu aku habiskan dengan
setiap
pagi membawa Abah dan adik-adik melawat mak dan membaca tahlil dan yasin
untuk mak. Sehingga hari ke 9,kuburan mak masih lagi basah sedangkan tanah
lebihan dari kuburan Mak sudah lama kering.
Dan Abah sejak hari itu telah benar-benar menjadi seorang Abah, dia tidak
lagi pemarah dan setiap masa dan ketika Abah akan bercerita tentang mak
pada
aku, segala kebaikan mak dan kemuliaan sifat mak. Abah kata mak
benar-benar
seorang isteri yang solehah. Selama mak masih ada hayat, Abah tak pernah
memuji mak, selalu marah mak adalah, tetapi setelah kehilangan mak,
barulah
Abah berbicara segalanya kebaikan dan kesolehan mak.
Segala wajah kegarangan yang ada pada muka Abah, telah diganti dengan
wajah
sayu dan kasih sayang. Hari Rabu keenam balik semula ke IPTA Melaka, aku
dan Abah hantarnya ke bus station Larkin, sebelum adik menaiki bas, Abah
peluk dan cium dahi dia. Selama ni Abah tak pernah cium kami hatta
sekalipun. Begitu berubahnya Abah, Abah menjadi lembut dan amat
penyayang.
Dengan adik-adik aku yang lain dan aku pun begitu juga, sebelum kami semua
kembali ke bekerja, Abah akan peluk dan cium dahi kami. Kasih sayang aku
yang dulunya terlalu sedikit untuk Abah, namun sekarang ini kasih aku
terlalu melimpah untuk Abah walau ianya tak mampu menyamai kasihku yang
melimpah ruah untuk arwah mak. Tapi segalanya kemungkinan apabila waktu
mengizinkan.
Al-Fatihah untuk arwah Mak yang kembali rahmatullah pada 15hb Jun 2002 jam
10.45pagi. Wassalam.
Pemergian Mak memberi tamparan yang amat hebat pada aku, kehidupan aku
waktu ini aku rasakan cukup hambar. Jika dulu, aku 'looking forward' ke
hari minggu untuk balik kampung jumpa mak.
Selalunya mak akan ajak aku jejalan naik kereta, yelah mak tak boleh
aktif
sangat nanti lutut dia 'cramp', kalau jalan pun mak guna tongkat dan
aku
akan paut dia.
Tapi kini, semua kenangan tu tak akan berulang lagi. Selama ini segala
apa yang aku lakukan, semuanya untuk mak. Aku belajar pepandai dan
menjadi seorang yang cukup sempurna, supaya dapat bagi kesenangan pada
mak, tapi mak hanya mampu mengecapi itu semua hanya seketika. Impian
aku
untuk mak belum tercapai tapi mak dah pergi.
Apabila mak pergi, mak telah membawa keseluruh jiwa dan raga aku, ianya
seolah-olah turut mati bersama bersemadinya jasad mak. Aku memang amat
manja dengan mak, dulu mak zaman mudanya mak dan remajanya aku,mak akan
korekkan telinga aku,potongkan kuku aku dan urut badan aku kalau aku
kelihatannya letih.
Dan apabila tuanya mak dan dewasanya aku, aku pula akan ketipkan kuku
mak,urut kaki mak dan masak untuk mak jika aku pulang ke kampung. Tapi
selalunya mak akan masak untuk aku jika aku beritahunya aku akan
pulang.
Bila sampai kat rumah jek, makanan telah terhidang untuk aku. Mak
memang
seorang ibu yang amat-amat prihatin dan penyayang. Dan aku benar-benar
terasa kehilangan yang amat besar dan tidak dapat digambarkan oleh
perkataan.
Airmata ini pula,terlalu murah sekarang ini,acapkali teringat
memori-memori pahit dan manis bersama mak,mudahnya air mata mengalir.
Jika dulu bila teringat kat mak, aku akan telefon dia dan bagitau "Mak,
Akak rindu kat Mak" dan mak akan ketawa "Macam budak kecik jek",.
Kemudian
aku akan minta mak doakan aku supaya selamat dunia dan akhirat.
Kalau dulu ada orang buli aku atau selalu sakitkan hati kat ofis, aku
akan
ngadu kat mak dan mak akan kata "biarlah Akak, biar dia buat kita,kita
bersabar dan sembahyang jangan lupa, Allah tu amat memahami dan
pengasih".
Hati aku amat tenang mendengar jawapan dari mak, bukan sahaja kerana
jawapan dari mak tapi alunan suara mak yang mersik dan penuh kasih.
Aku akan telefon mak setiap hari, untuk tanya yang mak sihat atau tidak
dan melepaskan rindu, jika tak dengar suara mak satu hari aku akan jadi
tak tenteram. Kadang-kadang tu bila aku sibuk sesangat aku lupa nak
telefon mak dan mak pula yang telefon aku "Anak mak sihat?,nape tak
telefon?", sayu suara mak di hujung talian.
Tapi kini, aku kehilangan semua itu dengan sekelip mata, tiada lagi
gemersik suara mak dan deringan telefon dari mak untuk aku. Rasa macam
mimpi. Airmata ini tanpa segan-segan mengalir tak kira waktu dan tak
kira
ketika.
Abah adalah lelaki sejati, maksud aku lelaki sejati adalah lelaki yang
tak
pernah ke dapur menolong mak masak dan tak pernah menukar lampin kami
adik
beradik apatah lagi bangun malam membancuh susu untuk kami adik
beradik.
Pada Abah itu semua kerja perempuan. Kerja Abah adalah mengerah tulang
empat kerat untuk rezeki keluarganya. Apabila mak balik kampung
B.Pahat,waktu nak melahirkan adik-adik aku. Abah akan makan di kedai.
Sehingga habis pantang barulah mak balik semula ke sisi Abah. Namun
untuk
Abah menjenguk dapur sekadar memasak, gigit jarilah gamaknya.
Pagi Sabtu aku pulang ke kampung seperti biasa. Tiada lagi suara mak
yang
menyambut salam aku, tapi suara Abah. Garau tapi sayu, aku capai
tangan
Abah dan aku cium. Lesunya aku lihat Abah, mungkin masih 'trauma' atas
kepergian mak.
Hari ini, aku rasa amat terharu melihat Abah terkial-kial di dapur
sedang
menyiang ikan, kemudian Abah memarut kelapa dan memotong bawang dan
lada.
Selepas memotong bawang dan lada, aku lihat Abah termenung merenung
lada
dan bawang yang berenang-renang kat dalam mangkuk berisi air. Aku
kerling
dengan ekor mata aku melihat apa yang ditenung dek Abah, Rupanya
melihat-lihat resepi yang disalin kat secebis kertas. Terbit kasihan di
hati aku, Aku tanya Abah, nak masak apa. Nak masak ikan lemak pedas
rupanya. Abah segan nak tanya aku,betul ke resepi nih.
Aku kata kat Abah, tak pelah biar jek Akak buat, Abah duduk jelah.
Kemudian aku rendamkan lada dan kupaskan bawang bebanyak dan 'blend'kan
sekali untuk Abah, supaya lain kali dia tak perlu nak buat tu semua
apabila nak masak. Cuma perlu siang ikan dan tumis sahaja. Abah teliti
cara aku masak satu persatu dan bertanya itu dan ini. Syahdu perasaan
ini.
Petang itu aku kembali ke Johor, setiap detik perjalanan pulang aku,
air
mata ini gugur disahut dengan hujan yang turun dengan lebatnya.
Teringat
arwah Mak, terkenang dakapan lesu Abah dan mengenang hari-hari yang
bakal
aku lalui tanpa Mak. Sebelum berangkat aku sempat menziarah
'persemadian
mak', ingin aku laungkan "Mak, Akak rindukan Mak, Mak kembalilah" tapi
kata-kata itu tak boleh aku laungkan kerana itu akan menyeksa Mak. Itu
bermakna aku tak redha dengan kepergian Mak. Aku redha dengan qada' dan
qadarNya, tapi aku memang masih rindu dan perlukan mak, hari ini, esok
dan
selamanya.
apa erti sebuah kehidupan kalau tidak ada kebahagiaan
papa,you are the best father,in my heart...forever and ever
rendahkanlah hati bak mutiara di dasar lautan,tinggikanlah budi ibarat bintang di langit biru