jebatadil
jebatadil
22 years
1474 views

yang haram boleh menjadi halal.

cuba kita kumpulkan pekara yang harah boleh menjadi halal

i'm back!!!

9 comments
Share this post

Comments (9)
Azrul ISkandar
"Daripada Abdullah bin An-Nukman bin Basyir r.anhuma katanya: "Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: ((Sesungguhnya yang halal itu telah nyata (jelas hukumnya) dan yang haram itu juga telah nyata (jelas hukumnya) dan di antara kedua-duanya (halal dan haram itu) terdapat perkara perkara syubhah (yang tidak jelas akan kehalalan dan keharamannya) yang tidak diketahui oleh ramai manusia, maka barangsiapa yang berjaga-jaga dari perkara-perkara yang syubhah sesungguhnya ia telah membebaskan dirinya dengan agama dan kehormatannya dan barangsiapa yang terjatuh ke dalam perkara-perkara yang syubhah maka sesungguhnya ia telah terjatuh ke dalam perkara-perkara yang haram, seumpama penggembala yang menggembala di sekitar padang rumput yang berpagar hampir-hampir binatang gembalaannya masuk dan memakan rumput-rampai yang berpagar ini. Maka ketahuilah sesungguhnya bagi setiap raja itu ada padanya kawasan larangan dan ketahuilah bahawa sesungguhnya kawasan larangan Allah adalah perkara-perkara yang telah diharamkanNya. Dan ketahuilah sesungguhnya di dalam tubuh itu terdapat satu ketul daging, jika ia baik maka baiklah keseluruhan tubuh dan sekiranya ia rosak maka rosak pulalah keseluruhan jasad, sesungguhnya ia adalah hati." (Diriwayatkan oleh AI-Bukhari dan Muslim)



Hadith ini telah diriwayatkan oleh Al-Bukhari di dalam kitab Al-Iman (Bab barangsiapa membebaskan dirinya dengan agamanya.... ) hadith no 52 dan di dalam kitab Al­Buyu'. Diriwayatkan oleh Muslim di dalam kitab Al-Buyu' (Bab mengambil yang halal dan meninggalkan yang syubhah) hadith no. 1599, Abu Daud di dalam kitab Al­Buyu' (Bab meninggalkan perkara-perkara yang syubhah) hadith no 1205, An-Nisaai di dalam kitab Al-Bai' (Bab menjauhkan perkara-perkara syubhah) hadith no. 241/7, dan Ibnu Majah di dalam Al-Fitan (Bab Berhenti pada perkara­perkara syubhah) hadith no. 3984.

A. KEPENTINGAN-KEPENTINGAN HADITH

Terkumpul pada hadith ini kedudukannya yang besar dalam agama dan banyaknya manfaat-manfaatnya yang boleh diperolehi dari hadith ini. Hadith ini adalah salah satu hadith di mana hukum-hakam agama Islam dikeluarkan darinya. Berkata jemaah: "la adalah sepertiga dari agama." Abu Daud berkata: "Ianya adalah seperempat agama." Justeru itu barangsiapa menajamkan pemerhatiannya terhadap hadith ini maka ia akan mendapati bahawa hadith ini meliputi banyak perkara lantaran keluasan manfaatnya dan ruang lingkupnya. Kerana sesungguhnya hadith ini mencakupi penjelasan tentang yang halal clan haram dan perkara-perkara yang syubhah (kabur clan tidak jelas tentang kehalalan clan keharamannya). la juga meliputi barangapa yang boleh memperbaiki hati dan apa pula yang mampu merosakkannya. Hadith ini melazimkan akan makrifat tentang hukum hakam syariat; segala usul dan cabangnya (usul dan furu'nya). Ia adalah usul bagi sifat warak iaitu dengan meninggalkan perkara-perkara yang syubhah.

B. BAHASA HADITH

Yang dimaksudkan yang halal dan yang haram telah jelas ialah ianya telah dinaskan oleh Allah SWT dan RasulNya clan kaum muslimin telah bersepakat akan kehalalan pada zat ( `ainnya) atau keharaman pada zatnya.

Adapun "mutasahabihah (syubhah) " ia adalah kemusykilan justeru tiada yang jelas tentang kehalalan dan keharamannya.

"Tidak diketahui oleh ramai manusia" iaitu ramai manusia tidak mengetahui akan hukum perkara-perkara syubhah ini lantaran wujudnya pertelingkahan dalam dalil-dalil; kadang-kadang perkara syubhah ini menyerupai yang halal clan kadang-kadang menyerupai yang haram.

"..........berjaga jaga dari perkara perkara syubhah" adalah dengan menjauhkan diri darinya dan hendaklah seseorang itu meletakkan pelindung antara dirinya dengan perkara-perkara yang syubhah ini.

"...sesungguhnya ia telah membebaskan dirinya dengan agama dari kehormatannya...", Iaitu membebaskan -dirinya dari terjadinya celaan dan cercaan ke atas kehormatan dan kemuliaan dirinya serta terjadinya kekurangan dalam agamanya. Justeru ia mempunyai kaitan yang rapat dengan manusia dan Allah SWT.

"...barangsiapa yang terjatuh ke dalam perkara-perkara yang syubahah...." iaitu terjatuh ke dalam perkara­perkara yang syubhah atau melakukan perkara-perkara yang mcngandungi unsur-unsur syubhah di mana ianya seakan-akan halal atau menyerupai yang halal di suatu sudut dan menyerupai yang haram pada sudut yang lain.

"...kawasan larangan..." la terlarang terhadap sesiapa selain dari pemiliknya. Dikatakan juga, ianya suatu kawasan yang dilindungi oleh khalifah atau naibnya yang hanya dibenarkan ke atas tunggangan-tunggangan para mujahidin untuk memasukinya dan menghalang kemasukan orang lain selain mereka.

"hampir-hampir..." Iaitu mendekati atau mula mengerjakannya.

C. PEMAHAMAN HADITH DAN PERTUNJUKNYA

Halal telahpun jelas dan haram juga telah jelas. Namun terdapat perkara-perkara yang tidak jelas akan kehalalan dan keharamannya, seolah-olah ianya terletak di antara kedua-dua yang halal dan haram ini.

A1-Imam An-Nawawi rahimullah telah berkata: "Maknanya; bahawa bagi semua perkara itu ia mengandungi tiga bahagian iaitu:

a. Halal itu jelas dan nyata, tidak tersembunyi akan kehalalannya seperti kehalalan memakan roti, berkata­kata, berjalan-jalan dan selainnya.

b. Haram itu juga jelas dan nyata seperti meminum arak dan berzina dan seumpama dengannya.

c. Adapun syubhah (mushtabihah), maknanya ialah ianya tidak jelas, iaitu tidak jelas akan kehalalan dan keharamannya. Oleh sebab itu (tidak kejelasannya) maka ramai orang tidak mengetahuinya. Adapun sebaliknya, alim ulama mengetahui akan hukumnya berlandaskan nas dan qiyas. Jika sesuatu perkara itu tidak diketahui akan hukumnya atau terjadi keraguan pada hukumnya sama ada ia halal atau haram justeru tidak ada nas menetapkannya dan tidak ada juga ijmak, maka para mujtahid telah berijtihad untuknya. Dengan ijtihad, mereka menaskan atau mengeluarkan hukum untuk salah satu dari keduanya dengan menyatakan dalil-dalil yang berkaitan dengannya.

Dari sifat-sifat kewarakan, hendaklah ia meninggalkan semua perkara yang mengandungi unsur-unsur syubhah seumpama mu' amalah seseorang insan itu dengan hartanya yang mengandungi unsur-unsur syubhah atau hartanya bercampur dengan riba atau memperbanyakkan perkara-perkara yang mubah (diharuskan) namun meninggalkannya adalah lebih utama.

Adapun perbuatan yang sampai ke peringkat was-was, seumpama meninggalkan pernikahan dengan wanita-wanita yang berasal dari sebuah negara yang besar takut-takut sekiranya wanita-wanita itu mempunyai mahramnya, lalu di samping menikahi wanita tersebut, dinikahi juga akan mahramnya. Begitu juga meninggalkan pengunaan air di bumi yang tandus justeru terdapat kemungkinan air itu terkena najis, sedangkan wujud kesukaran mendapati air yang lain, maka meninggalkan perkara-perkara yang seumpama ini bukanlah sifat warak, namun sebaliknya ia merupakan was-was yang dibisikkan oleh syaitan.

2. Perkara-perkara syubhah ini terbahagi kepada beberapa jenis: Ibnu Al-Mundzir telah membahagi-bahagikannya kepada tiga bahagian iaitu:

a. Sesuatu yang memangnya diketahui akan keharamannya oleh seseorang, kemudian beliau ragu-ragu (syak) tentangnya; Adakah ia tetap kekal dengan kehalalan­nya atau tidak? Justeru itu tidak halal baginya melakukan atau mengambil tindakan atas sesuatu itu melainkan ia benar-benar yakin akan kehalalannya. Seperti dua ekor kambing salah seekor dari kedua­dua ekor kambing itu telah disembelih oleh penyembah berhala lalu kita ragu-ragu kambing yang mana satukah telah disembelih oleh penyembah berhala tersebut.

b. Dan sebaliknya, sesuatu perkara itu halal tetapi ragu­ragu (syak) akan keharamannya: Seumpama seorang isteri yang ragu-ragu sama ada ia telah ditalak (telah gugur talak ke atasnya) atau belum. Begitu juga dengan hadas, ragu-ragu tentang selepas yakin akan wujudnya atau terhasil thaharah, maka tiada kesan keraguan padanya selepas yakin. Iaitu orang yang telah berwudhuk kemudian ragu-ragu sama ada ia masih berwuduk atau telah terbatal wuduknya, jika ia yakin masih ada wuduk, maka hukum ke atasnya bahawa ia masih berwuduk, justeru yakin tidak boleh dihilangkan oleh syak.

c. Dan sesuatu yang sama-sama diragui akan keharaman­nya atau kehalalannya, maka yang lebih utama meninggalkan yang diragui itu. Sebagaimana yang telah dilakukan oleh Rasulullah SAW terhadap sebiji tamar yang terjatuh dari pokoknya. Telah diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim daripada Rasulullah SAW yang telah bersabda (maksudnya):

"Sesungguhnya aku telah pulang menemui isteriku lalu aku mendapati sebiji tamar di atas tempat tidurku ,kemudian aku mengambilnya untuk memakannya, namun aku takut seandainya ia dari sedekah lantas aku mencampaknya."

3. Kata-kata Sahabat Mengenai Meninggalkan Syubhah

Abu Ad-Darda' r.a. telah berkata: "Ketakwaan yang sesempurnanya ialah di mana seorang hamba itu takut kepada Allah hinggakan ia takutkanNya dalam perkara­perkara yang sebesar zarah sekalipun, ketika ia rmeninggalkan sebahagian perkara yang pada pendapatnya ianya halal takut-takut sekiranya benda itu menjadi haram dan sebagai hijab antaranya dengan benda-benda yang haram."

Al-Hasan Al-Basri rahimullah berkata: "Ketakwaan itu akan terus berkekalan pada orang-orang yang muttaqin sehingga mereka meninggalkan banyak benda-benda yang halal takut-takut ianya haram:"

Al-Tsauri berkata: "Adapun sesungguhnya ketinggian orang-orang yang muttaqin ini adalah mereka meninggalkan barangapa yang tidak ditakuti (akan keha­ramannya)."

Telah diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.anhuma di mana beliau telah berkata: "Biarkan sehelai kain tabir dari yang halal di antaraku dengan benda yang haram, aku pasti tidak akan mengoyakkannya."

Berkata Sufyan bin Uyainah: "Seorang hamba itu tidak berjaya memperolehi hakikat iman hinggalah beliau meletakkan di antaranya dengan benda yang haram suatu dinding dari benda yang halal dan sehinggalah beliau meninggalkan dosa dan barangapa yang menyerupainya."

Telah sabit daripada Abu Bakar r.a. bahawa beliau telah makan makanan yang mengandungi syubhah tanpa pengetahuan mengenainya, apabila beliau mengetahuinya, beliaupun memasukkan jarinya ke dalam mulutnya lalu memuntahkan apa yang telah dimakan olehnya itu.

Dikatakan kepada Ibrahim bin Adham: "Adakah kamu minum air zam-zam?" Jawab beliau: "Jika aku mempunyai sebuah baldi kepunyaanku akan meminumnya:" Satu isyarat bahawa sesungguhnya baldi itu adalah dari harta sultan.

Allah SWT redha ke atas sahabat-sahabat Rasulullah SAW dan para pengikut mereka dari orang-orang yang terdahulu (salafus soleh), sesungguhnya mereka telah menjauhkan diri dari perkara-perkara yang syubhah dan membebaskan diri mereka untuk agama mereka dengan kebebasan yang sebenar-benarnya.

4. Bagi setiap raja itu ada kawasan larangannya. Sesungguhnya kawasan larangan Allah SWT di atas muka bumiNya ini ialah semua perkara-perkara yang telah diharamkanNya. Adapun maksud penyebutan perumpamaan ini ialah sebagai satu peringatan (Tanbih) oleh seorang yang hadir ke atas orang yang tidak hadir clan oleh sesuatu yang dapat dirasa ke atas sesuatu yang di sebaliknya.

Kerana sesungguhnya raja-raja Arab memelihara binatang-binatang gembalaannya di satu padang rumput yang dijadikan sebagai suatu kawasan larangan dan mengeluarkan amaran terhadap orang yang berani mendekati atau menghampirinya. Jadi orang yang takutkan hukuman raja ini akan menjauhkan binatang­binatang ternakannya takutkan kira-kiranya binatang­binatang peliharaannya akan memasuki kawasan larangan raja tersebut.

Sebaliknya, orang yang tidak takut terhadap larangan raja itu atau meringan-ringankan amaran tersebut tetap menghampirinya dan mengembalai binatang-binatang peliharaannya di sempadan kawasan larangan itu. Namun, tanpa waktu yang lama dan tanpa disedarinya atau tanpa pilihannya ia tetap akan termasuk ke dalam kawasan larangan itu, lalu ia dihukum akan kelalaiannya itu.

Sesungguhnya Allah SWT mempunyai kawasan laranganNya di atas muka bumi ini. la adalah segala bentuk dan jenis kemaksiatan clan perkara-perkara yang haram. Justeru itu, barangsiapa melakukan sesuatu dari perkara-perkara yang diharamkan dan maksiat itu, maka ia berhak untuk menerima hukuman Allah SWT di dunia dan di akhirat. Barangsiapa yang menghampiri larangan­larangan itu dengan memasuki (melakukan) perkara­perkara yang syubhah, maka hampir-hampir ia akan terjatuh ke dalam perkara-perkara yang telah diharamkan.

5. Kebaikan hati

Kebaikan jasad bergantung kepada kebaikan hati. Justeru hati itu adalah anggota yang terpenting di dalam tubuh manusia. Tidak terdapat perselisihan mengenainya dari sudut perubatan dan penjelasan. Kenyataannya bahawa hati itu adalah sumber kehidupan manusia yang boleh disaksikan. Selagimana hati ini baik dan sejahtera maka ia mencernakan darah dalam satu sistem ke seluruh anggota tubuh badan manusia, justeru itu manusia ini sentiasa dalam keadaan sihat dan baik.

Alim ulama mazhab Syafie telah berhujah dengan hadith ini bahawa asal akal itu ialah dalam hati dan apa yang ada di dalam kepala adalah berasal darinya. Mereka berdalil dengan firman Allah S WT yang bermaksud: "Mereka mempunyai hati-hati yang tidak dapat memahaminya dengannya." Diriwayatkan juga seumpama ini dari ahli falsafah dan ahli ilmu kalam.

Adapun mazhab Abu Hanifah r.a. yang dikatakan akal itu ialah di dalam otak. Diriwayatkan juga seumpama ini dari para doktor perubatan. Mereka berdalil bahawa sekiranya otak itu rosak maka akal juga akan turut rosak. Apa yang lahir dari ilmu perubatan clan penjelasan hadith bahawa sumber pemikiran spontan adalah di dalam otak justeru pancaindera berfungsi dengan perintah-perintah yang keluar dari otak.

Dengan yang demikian itu, bahawa hati kekal sebagai sumber asal bagi kehidupan keseluruhan anggota dan otak adalah sebahagian dari anggota badan itu. Jika hadith ini dikaitkan dan diikatkan kepada kesejahteraan jasad dan pemikiran dengan hati maka sesungguhnya ia dikaitkan kepada sumbernya yang asal. Ayat A1-Quran itu menyandarkan akal kepada hati-hati. Kerana hati-hati adalah sumber yang jauh dan adapun otak adalah sumber yang dekat yang spontan kepada pemikiran.



Apa yang dikehendaki oleh hadith ini adalah kesejahteraan hati dari segi maknawi. Adapun maksud hadith ini ialah kesejahteraan nafsu adalah dari bahagian dalamnya sekira-kiranya hati tidak ada sesuatu pun yang mempengaruhi nafsu itu melainkan Allah SWT. la adalah rahsia yang tersembunyi. Di dalam kitab "Al-Mu' in `ala tafhimil arba'in" karangan Ibnu Al-Mulqin As-Syafie dinyatakan seperti ini: "Sesungguhnya kesahjeteraan hati adalah dalam lima perkara iaitu:



a. Bacaan Al-Quran dengan tadabbur,

b. Perut yang kosong,

c. Ibadat di waktu malam,

d. Merendahkan diri di hadapan Allah SWT pada waktu sahur (dinihari),

6. Duduk di dalam majlis orang-orang soleh.

Aku berkata: "Makan makanan yang halal adalah kepalanya (puncanya)."

Alangkah bagus siapa yang berkata: "Makanan adalah biji benih segala perbuatan, sekira apa yang masuk (ke dalam perut) makanan yang halal maka keluarlah dari tubuh badan perbuatan yang halal. Jika masuk ke dalam perut makanan yang haram maka keluarlah darinya perbuatan yang haram, jika yang masuk adalah makanan yang mengandungi syubhah maka keluarlah dari tubuh badan perbuatan yang syubhah:"

Had yang sejahtera adalah tanda kejayaan di sisi Allah SWT sebagaimana firmanNya yang bermaksud:

"Hari yang mana harta dan anak pinak tidak akan memberi manfaat melainkan mereka yang datang menemui Allah dengan hati yang sejahtera." (As-Syu'ara: 88)

Nabi SAW telah berkata dalam doanya:

Ertinya:

"Wahai Allah sesungguhnya aku meminta dariMu hati yang sejahtera."

Al-Imam An-Nawawi telah berkata: "Adapun hati yang sejahtera terhasil dari keselamatannya dari penyakit­penyakit batin, seperti hasad, dengki, khianat, tamak, bakhil, takabbur, suka memperleceh-lecehkan orang lain, tamak terhadap harta orang lain, riya', sum' ah, tipu helah, tidak redha terhadap apa yang telah diqadarkan."

Ibnu Rejab berkata: "Hati yang sejahtera adalah hati yang bebas dari cela dan segala sifat-sifat yang tidak disukai kesemuanya, ianya adalah sebuah hati yang tiada padanya melainkan kecintaan kepada Allah SWT dan ketakutan terhadapNya dan ketakutan terhadap barangapa yang menjauhkan dariNya. "



Al-Hasan Al-Basri berkata kepada seorang lelaki: "Ubatilah hatimu kerana sesungguhnya kehendak Allah SWT terhadap hamba-hambaNya ialah kebaikan hati mereka."

Gerakan hati yang baik melahirkan kebaikan dalam pergerakan anggota tubuh badan. Apabila hati itu baik dan tiada padanya melainkan menepati kehendak Allah dan kehendak terhadap barangapa yang diinginkanNya maka tiada lahirlah dari anggota tubuh badan itu melainkan apa sahaja amalan yang dikehendaki oleh Allah SWT. Lalu hati itu bersegera terhadap barangapa yang boleh menarik redha Allah SWT dan menahan dari barangapa yang tidak disukaiNya serta takutkan perkara­perkara yang berkemungkinan menjadi sesuatu yang tidak disukai oleh Allah SWT walaupun ia tidak berkeyakinan bahawa perkara-perkara itu bukanlah dari perkara-perkara yang tidak disukaiNya.

7. Hadith ini menampilkan gesaan supaya melakukan perbuatan yang halal dan menjauhkan yang haram dan meninggalkan perkara-perkara syubhah dan berjaga jaga demi untuk agama dan maruah serta tidak melakukan perkara-perkara yang menyebabkan terhasilnya sangkaan buruk dan terjatuh ke dalam perkara-perkara yang telah diberi amaran akan bahayanya.

8. Dakwah kepada pembaikan kekuatan akal dan pembaikan diri dari bahagian dalamnya dan ianya adalah pembaikan - hati.

9. Menutup pintu-pintu yang menuju kepada perkara­perkara yang haram dan mengharamkan segala bentuk perantara yang menuju kepadanya.



"sentiasa berusaha untuk mendekatkan diri pada Allah SWT."
22 years
yB PuTeRi
yup tapi sekarang ni mungkin benda cam,tu takkan berlaku lagi kan

"DuNiaKu Tak kaN BeRakHiR TaNpa DiRiMu..HiDuP mEsTi CeRiA BarU AdA pOwEr!"
22 years
monopoly
jebatadil..tak gotong royong keer?? pegi jugak kee??
22 years
monopoly
Dalam Islam seorang Muslim dikehendaki berpegang teguh dengan pendirian. Dia mesti menetapkan iman. Tidak boleh berdolak dalik. Berdolak dalik itu sikap orang munafik.

Dalam aqidah, ia mesti dijaga. Kerana itu hukum kena jaga. Tetapi pendirian dan hukum juga berubah mengikut keterangan dan keadaan.

Misalnya khinzir adalah haram. Bila-bila masa pun khinzir itu haram dan tidak boleh dimakan. Tetapi dalam keadaan sudah tidak ada makanan, jika khinzir tidak dimakan juga akan menyebabkan mati, maka ketika itu makanlah khinzir. Masa itu dinamakan darurat.

Bagaimana pun hukum haram atas khinzir tidak berubah. Cuma makan khinzir dalam keadaan itu tidak berdosa. Tetapi janganlah memakannya hingga pecah perut. Makan sekadar mengelakkan mati.

** Dipetik dari Harakah >>MIN AINA ILA AINA Oleh TUAN HAJI SUBKY ABDUL LATIF***
22 years
monopoly
yekee aahh??

Ingredient VANILLA EXTRACT

A flavouring extract made from the vanilla bean and used in candy, ice cream, and perfumes.

Source: World Book Dictionary Millennium 2000 Edition



The flavour extracted from vanilla beans is most commonly dissolved in alcohol. Documentation from a distributor of vanilla extract showed that the ingredient contained 50% alcohol.
22 years
puterarindu
kalau kita terlalu lapar dalam satu perjalan yang jauh... sementara itu makanan yang ada hanya khinzir maka kita dihalalkan memakanya TETAPI bukan untuk kenyang , hanya sekadar untuk menhalang dari mati kelaparan.

sekeliling kita adalah kehidupan yang mewarnai kita
22 years
jebatadil
i'm back!!!
22 years
jebatadil
mana ada yang haram boleh jadi halal.

termasuk ubat yang di ambik dari khinzir untuk jemmah haji dulu.

satu²nya haram boleh jadi halal ialah pasangan lelaki & wanita, haram bersentuhan jika belum nikah, tapi kalau dah nikah ikut suka nak buat apa dengan jalan yang betul.

i'm back!!!
22 years
puterarindu
semua benda halal kalau salah guna jadi haram

&

semua benda haram kalau betul guna mungkin boleh jadi halal

sekeliling kita adalah kehidupan yang mewarnai kita
22 years
Post a Comment
Add photos or video
Be respectful and constructive.