Perkahwinan-Antara yang Benar dan Batil
Kepada semua netters yang dihormati.
Tujuan saya menulis ini bukanlah untuk berdebat atau menyanggah mana-mana pendapat cerdik-pandai tetapi sekadar untuk direnungkan bersama
dan memberi/mewujudkan satu ruang baru didalam kotak pemikiran serta cara berfikir bagi makhluk yang ditakhtakan sempurna ciptaannya iaitu AKAL.
Malah, kalau disemak kembali didalam akhbar-akhbar tempatan, cerita-cerita begini bertindak sebagai 'catalyst' yang mana i...
Perkahwinan-Antara yang Benar dan Batil
Kepada semua netters yang dihormati.
Tujuan saya menulis ini bukanlah untuk berdebat atau menyanggah mana-mana pendapat cerdik-pandai tetapi sekadar untuk direnungkan bersama
dan memberi/mewujudkan satu ruang baru didalam kotak pemikiran serta cara berfikir bagi makhluk yang ditakhtakan sempurna ciptaannya iaitu AKAL.
Malah, kalau disemak kembali didalam akhbar-akhbar tempatan, cerita-cerita begini bertindak sebagai 'catalyst' yang mana ia mempunyai
ramai pembaca setia.
Isu yang saya hendak dikupaskan disini ialah;
- Pernahkah kita yang atas kertas dikelaskan sebagai orang-orang yang percaya serta tunduk dan patuh (lebih tepat lagi umat Islam) terfikir untuk mencari asas kebenaran yang telah dikaburkan oleh pihak tertentu setelah sekian lamanya menceritakan dan mewujudkan
satu pembohongan/penipuan yang nyata terhadap sebuah institusi keluarga yang berlandaskan pada satu perkahwinan?
- Pernahkah kita bertanya dan cuba bertanya, adakah betul apa yang kita pelajari dan amalkan didalam kehidupan itu benar-benar mengikut
atau menuruti apa yang termaktub didalam Buku Panduan Utama iaitu Al Quran?
- Atau kita menerima 100% secara membuta tuli menidakkan kewujudan AKAL yang membezakan kita sebagai manusia atau haiwan ternakan?
PERKAHWINAN terbentuk dari satu ikatan suci secara rohani dan jasmani bagi setiap makhluk yang bersifat maskulin dan feminin serta disulami
oleh berbagai jenis anugerah Ilahi iaitu kebahagian, keinginan, kepuasan, keperluan dsbgnya.
Feminisme yang ada pada setiap wanita menjadi pelengkap formulasi hukum karma kehidupan iaitu kewujudan dan kesinambungan ciptaan Allah. Tanpa mereka, maka tiadalah kehidupan. Terlalu banyak sekali kebaikan yang dianugerahkan oleh Ilahi pada mereka untuk dikongsi bersama-sama lelaki. (Buat insan bergelar ibu..)
Persoalannya, mengapa ia rapuh? Mengapa perlu penceraian?
Kenapa?
Semasa didalam arena percintaan sampailah ke jinjang pelamin hatta sewaktu menyambut kelahiran anak hasil dari perasaan kasih sayang
suami/isteri, kita mudah lupa dan hilang pertimbangan.
Perasaan marah, tidakpuas hati malah kecurangan mewujudkan percikan api yang akan membawa kepada penceraian dan akhirnya merosakkan
sistem yang kita sebelum itu bina atas nama cinta dan kasih sayang.
Paling bodoh punya alasan yang selalu kita dengar..TIADA JODOH; kononnya ataupun bagi yang tidak berakal dia akan menyatakan TAKDIR.
Menyalahkan takdir, menyalahkan Ilahi yang kononnya telah menuliskan dalam diari kehidupan kita sehinggalah kita mati.
(Sori la.., Intro gempak abiss..idea datang mencurah-curah ni..)
OK..SABAR..SABAR...
Saya nak membawa netters sekelian kepada satu budaya asas manusia yang bertamadun sejak dulu-kala lagi (Nabi kita sewaktu di dalam Gua
Hira); yang pertama sekali ditekankan dan diwajibkan oleh Allah ialah
MEMBACA. MEMAHAMI. MENGAMALKAN.
Apa yang nak dibaca, difahami dan diamalkan itu?
Jawapannya ialah AL QURAN.
Berapa ramaikah yang mahu membaca, memahami dan mengamalkannya? Atau
setakat buat hantaran/mas kahwin, simpan dalam kereta, gantung pada dinding atau tangkal pengusir hantu syaitan? Mmm.. setakat itulah
kreativiti kita agaknya?
Apa kaitannya dengan topik perbincangan saya hari ini, iaitu
PERKAHWINAN-ANTARA YANG BENAR DAN BATIL.
KES 1.
AKU CERAIKAN KAU DENGAN TALAK 3!!
Satu mimpi ngeri bagi setiap wanita.
Inilah ayat 'power' dan kuasa veto lelaki yang seringkali kita dengar dalam kehidupan kita.
Bagi wanita ia adalah satu petanda berakhirnya perkahwinan dan jalan kesusahan yang bakal ditempuhinya yang mana ia telah bina dan impikan
sepanjang hidupnya telah ranap sama sekali.
Bolehkan atau betulkah ia semudah itu?
Adakah dengan lafaz ayat power itu sistem keluarga yang dibina telah dimusnahkan dalam sekelip mata sahaja?
Adakah ini sebenarnya sebahagian dari sistem ciptaan Allah yang mendokong kehidupan kita yang kita sangat-sangat perlukan dimana meninggalkan isteri tanpa suami dan anak-anak tanpa ibubapa?
Sudah tentu tidak samasekali!! Tidak,.. jika menurut Al Quran yang berlandaskan sistem keadilan dan kebahagian.
Mari kita lihat bersama-sama dan memeriksa perkara ini mudah-mudahan kita mendapat inspirasi dari Allah melalui Al Quran.
PERATURAN 1-BAB PENCERAIAN (Tempoh menunggu 4 Bulan):
"Sesiapa yang bersumpah tidak mahukan isteri-isteri mereka, HENDAKLAH menunggu selama 4 bulan; dan jika mereka kembali semula, maka
sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Mengasihani"
(Surah Al Baqarah Ayat 226)
Al Quran menjelaskan bahawa satu waktu masa "MENUNGGU" atau "Cooling
Off" yang diukur selama 4 bulan jika suami bercadang atau memang berniat untuk menceraikan isteri mereka. Waktu itu digunakan sebagai satu 'TEMBOK PENGASINGAN" dimana pihak suami/isteri dapat menyelesaikan segala masalah dan berfikir semula tentang tindakan yang akan mereka ambil yang akan mengubah cara
kehidupan mereka dan ank-anak mereka selama-lamanya.
PERATURAN KE-2(Hasrat nak bercerai mungkin boleh ditarik semula dalam masa tempoh menunggu selama 4 bulan):
.....HENDAKLAH menunggu selama 4 bulan; dan jika mereka kembali semula, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Mengasihani"
(Surah Al Baqarah Ayat 226)
Pada bila-bila masa didalam jangkamsa 4 bulan itu, hasrat untuk bercerai boleh dibatalkan dan ditarik semula dan pasangan itu bolehlah menyelesaikan segala macam jenis masalah.Jadi kembalilah sinar rumah tangga itu ke tempat asalnya. Tak jadilah
nak bercerai..
Kan Allah itu Maha Pengampun dan Pengasih..
*SILA RUJUK AL QURAN JIKA KURANG JELAS
oleh HUSAINI
PJ/25 SEPT. 2003
copy n paste....dr RJ
tintabiru.....tintamerah.....tintahijau
orang yang paling gagah ialah orang yang dapat menahan marahnya ketika ia marah..
selalunya bila marah kita akan hilang pertimbangan.. dan selalunya perceraian berlaku kerana mengikut kata hati yang sedang marah..
Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.