Sambungan dari Alam Dewasa Bhg 1
2 Kerohanian
2.1 Penghayatan Jatidiri.
Jati diri yang paling ampuh ialah ketahanan jiwa yang berpaksikan kekuatan iman dan takwa. Firman Allah Taala dalam surah At-Talaaq ayat 2 : Maksudnya : "Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya)".
Firman Allah Taala dalam surah Al-Hijurat ayat 13 : ...
Sambungan dari Alam Dewasa Bhg 1
2 Kerohanian
2.1 Penghayatan Jatidiri.
Jati diri yang paling ampuh ialah ketahanan jiwa yang berpaksikan kekuatan iman dan takwa. Firman Allah Taala dalam surah At-Talaaq ayat 2 : Maksudnya : "Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya)".
Firman Allah Taala dalam surah Al-Hijurat ayat 13 : Maksudnya : "Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya)".
2.2 Pengukuhan Akidah.
Dalam usia meningkat dewasa pengukuhan aqidah amatlah penting kerana ianya menjadi benteng yang teguh bagi diri, keluarga, masyarakat, bangsa dan negara dalam menghadapi segala pengaruh negatif dan fahaman yang menyeleweng.
Firman Allah s.w.t. dalam surah Al-Hijr ayat 99: Maksudnya : "Dan sembahlah Tuhanmu, sehingga datang kepadamu (perkara yang tetap) yakin".
2.3 Memantapkan Ibadah Fardu 'Ain.
Bagi seorang muslim mukmin, hendaklah beriltizam dan menunaikan ibadah-ibadah fardu yang telah disyariatkan oleh Allah. Ia merupakan hasil iman yang kukuh kepada Allah dan dapat melahirkan nasa takut untuk melanggar larangan-larangan yang telah dijelaskan oleh Allah.
2.4 Menghayati Amalan Fardhu Kifayah.
Mengamalkan amalan fardu kifayah dalam kehidupan bagi seorang muslim adalah merupakan suatu kewajipan yang membawa kepada kebahagian dan keberkatan hidup dan mendapat ganjaran pahala di hari akhirat.
2.5 Amalan Amalan Sunat.
Melazimkan diri dengan amalan-amalan sunat adalah cara bagi menghampirkan diri kepada Allah Taala. Amalan-amalan wajib yang dilakukan hendaklah disokong dengan amalan-amalan sunat yang disarankan oleh Rasulullah s.a.w.
Sabda Rasulullah s.a.w. di dalam sebuah hadis Qudsi : Maksudnya : "Dan seorang hamba akan sentiasa mendekatkan dirinya kepadaKu dengan amalan-amalan sunat sehingga Aku mencintainya." Riwayat Bukhari
2.6 Membaca Al-Quran Dan Tafsirannya.
Al-Quran merupakan petunjuk bagi manusia. Oleh itu hendaklah kita melazimkan diri membaca Al-Quran dan menghayati isi kandungannya supaya hidup subur di dalam jiwa dan mewujudkan cahaya dalam hati sanubari seterusnya keharmonian dan kebahagiaan dalam keluarga, masyarakat dan negara.
Firman Allah Taala dalam surah Al-Kahfi ayat 27 : Maksudnya : "Dan baca serta turutlah apa yang diwahyukan kepadamu dari kitab Tuhanmu tiada sesiapa yang dapat mengubah kalimah-kalimahNya dan engkau tidak sekali-kali akan mendapat tempat perlindungan selain daripadaNya".
2.7 Khatam Al-Quran Sekurang-Kurangnya Setahun Sekali.
Bagi mendapatkan berkat dan rahmat hendaklah memperuntukkan masa membaca Al-Quran setiap hari dan dikhatamkan sekurangÂkurangnya sekali dalam setahun.
Firman Allah dalam surah AlÂMuzzammil ayat 20 : Maksudnya : "Maka bacalah mana-mana yang sudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran".
2.8 Restu Ibubapa.
Memohon restu ibubapa adalah satu perkara yang sangat dituntut dalam Islam sebagai satu tanda ketaatan seorang anak terhadap ibubapanya sebab keredhan Allah tetakluk kepada keredhaan ibu bapa, dan sebaiknya ialah dengan mencium tangan kedua ibubapanya ketika bersalam.
2.9 Halaqah Muhasabah.
Halaqah muhasabah adalah satu tuntutan agama bagi meningkatkan kesedaran terhadap tanggungjawab seorang hamba ke atas Rabbul Jalil sesuai dengan firman Allah dalam surah Al-Hasyr ayat 18-19 : Maksudnya : "Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya) dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dan amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan. Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang telah melupakan (perintah-perintah) Allah, lalu Allah menjadikan mereka melupakan (amal-amal yang baik untuk menyelamatkan) diri mereka. Mereka itulah orang-orang yang fasik-derhaka".
2.10 Wirid Dan Doa.
Wirid dan doa merupakan wasilah untuk menghampirkan diri kepada Allah dan bagi menyucikan jiwa dan sebagai tanda seorang hamba Allah yang sentiasa bersyukur dan mengharapkan keredhaan dan keampunan Allah Taala.
Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 186 : Maksudnya : "Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenal Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka) Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul".
Bersambung..
Artikel ini dipetik dari Ruangan Keluarga Sakinah, Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Takzim. http://www.ypkdt.org.my/ypk/
TiDaK DiNaMaKaN HiDuP JiKa TiDaK aDa KeKuSuTaN. TiDaK DiNaMaKaN KeMaTaNgaN JiKa TiDaK aDa KeKaLuTaN.
dewasakah kita..
dimana dewasanya...
pada akal... pada usia.. pada cara kita memikirkannya.....atau pada gaya yang elegen yang kita pamerkan.... yang boleh di kategorikan dewasa.......
Kita dewasa bersama waktu, bersama cerita , bersama segala sesuatu yang terjadi di keliling kita,
kita jadi dewasa hanya dengan cara2 kita menerima segala , memberi segala dan mengumpul segala......
Hanya satu yang perlu kita tahu....bila mengumpul sesuatu.... kita perlu pilih yang baik dan bagus...
pilihan tepat .. kekadang jugak tidak menepati ciri2 kehendak hati....namun ada persesuaian......
"Boleh jd kamu membenci sesuatu pdhal ia amat baik bgmu dan boleh
jadi pula kamu menyukai sesuatu pdhal ia amat buruk bg kamu.