hambaallah
hambaallah
22 years
1861 views

Minta Pertolongan Tuan-Tuan & Puan-Puan

Assalamualaikum..

saya ada masalah peribadi yg ingin dikongsi bersama..saya harap ada pihak yg sudi membantu dan memberikan pendapat.saya baru pulang dr luar negara.sebelum ini,saya ada menjalinkan hubungan dgn seorang wanita yg kini bekerja. perkenalan kami hampir 3 tahun & diketahui oleh kedua belah pihak yg sudahpun merancang utk majlis pertunangan selepas aidilfitri dan seterusnya pernikahan awal tahun hadapan.ketika di luar negara,teman saya ini tiba2 bual 'hal'..kejadian ini berlaku d...

4 comments
Share this post

Comments (4)
Encik Keladi
Sabar itu sebahagian daripada iman, jika tidak dapat bersama mungkin itu bererti tiada jodoh diantara kamu berdua. Mungkin juga tiada kebaikan buat kamu berdua jika diteruskan juga. Allah itu lebih mengerti dan mengetahui. Kdg2 redha dengan takdirnya memberikan ketenangan didlm hidup. Pun begitu jgnlah berputus harap dan sentiasa berdoa. Doa dan solat itu adalah berat kecuali bagi orang2 yang khusyu'
22 years
Sal
Bangunlah sepertiga malam, kerjakan sunat istikharah dua rakaat, dalam sujud yang terakhir munajat dengan Allah bersungguh-sungguh. Amalkan hingga mendapat keputusannya, insyaAllah.

"Ya Allah, Engkaulah yang mengetahui segala yang ghaib, aku memohon keputusan mu yang benar. Sekiranya si pulan itu jodoh yang baik buatku, buat urusan agamaku, dunia dan akhiratku, aku mohon kau takdirkan dia buat jodohku, tetapi jika sebaliknya aku mohon kau jauhkan dirinya dariku seperti langit dan bumi. Aku mohon agar kau gantikan orang yang lebih baik daripadanya dan tabahkan hatiku untuk redha dengan takdirmu."

Kepada ALLAH diri berserah, serta mengharap rahmat melimpah. Qada dan qadar diterima mudah. Serta diucap Alhamdulillah.
22 years
osama_laden
masalah sedara lebih kurang dengan ana jugak...

penyelesaian ialah,perbanyakkan solat tahjud dan bacaan surah yasin....pada ayat salaamun qoulam mir robbirrohiim diulangi 21 kali sambil berniat...

seandainya tidak berhasil,ingatlah firman ALLAH TAALA yg maksudnya lebih kurang macam ni...lelaki yang baik adalah utk wanita yang baik dan begitulah sebaliknya...

tak semua yg kita rancang itu akan menjadi,kerana yang menentukannya adalah ALLAH TAALA

Ya Allah,adakah aku ini hamba-MU yang layak untuk merindui syurgaMu.Tak t'daya rasanya menuju ke situ lantaran godaan syaitan & hawa nafsu.
22 years
zas
sy paham sgt aper yg anda rasakan..mgkn sy tak dpt pn nak membantu dgn memberikan aper yg dikehendaki oleh anda...doa ini mgkin bukanlah didpti dr ayat2 alquran atau hadith..tp boleh diamalkan...

"Ya Allah, Ya Tuhanku...Jika telah Kau catatkan dia milikku, tercipta buatku...dekatkan lah dia padaku..satukan hatinya dgn hatiku..titipkan kemesraan kembali antara kami agar kebahagiaan nanti abadi...amin..Ya Rabbal A'llamin..."

serahkan seglnyer kepd Allah swt...jika ader jodoh antara anda berdua..maka bersamalah anda..tetapi jika sebaliknya..tabahkan hati...akan ader insan lain yang sedang menanti anda...selamat berjaya...

tak jumper biler dicari....entahlah....
22 years
Post a Comment
Add photos or video
Be respectful and constructive.