Mengaji Sesaat: Umat Rasulullah diberi paling banyak rahmat
oleh Dandarawi S
SAIDINA Abu Said Al-Khudri meriwayatkan, pada zaman Rasulullah saw, kaum Muslimin bertanya: “Wahai Rasulullah, adakah kami dapat melihat Tuhan nanti pada hari kiamat?â€
Jawab Rasulullah: “Ya! Adakah kamu berasa sukar untuk melihat matahari pada siang hari yang cerah, yang tidak ada awan? Adakah kamu berasa sukar untuk melihat bulan pada malam purnama yang cerah tanpa ada awan?â€
Kata...
Mengaji Sesaat: Umat Rasulullah diberi paling banyak rahmat
oleh Dandarawi S
SAIDINA Abu Said Al-Khudri meriwayatkan, pada zaman Rasulullah saw, kaum Muslimin bertanya: “Wahai Rasulullah, adakah kami dapat melihat Tuhan nanti pada hari kiamat?â€
Jawab Rasulullah: “Ya! Adakah kamu berasa sukar untuk melihat matahari pada siang hari yang cerah, yang tidak ada awan? Adakah kamu berasa sukar untuk melihat bulan pada malam purnama yang cerah tanpa ada awan?â€
Kata kaum Muslimin: “Tidak, wahai Rasulullah.â€
Rasulullah bersabda: “Kamu tidak akan mengalami kesukaran melihat Allah pada hari kiamat sebagaimana kamu tidak sukar melihat salah satu daripada matahari dan bulan.â€
Apabila kiamat, malaikat mengumumkan: “Setiap umat hendaklah mengikuti apa yang mereka sembah ketika di dunia. Tidak akan kekal seorang pun daripada mereka yang menyembah, selain Allah iaitu berhala. Mereka dihumban ke dalam neraka sehingga yang tinggal hanyalah orang yang dulunya iaitu ketika di dunia menyembah Allah, orang yang baik, orang jahat dan saki baki ahli kitab.â€
Orang Yahudi dipanggil dan ditanya: “Apakah yang kamu sembah ketika di dunia? Mereka menjawab: “Kami menyembah Uzair Ibnullah.†Lalu dikatakan kepada mereka: “Kamu berdusta. Allah tidak pernah menjadikan walau seorang pun sebagai teman iaitu isteri atau anak.†Lalu mereka ditanya lagi: “Apa yang kamu inginkan?†Mereka menjawab: “Kami haus, wahai Tuhanku! Berilah kami minum.†Lalu diisyaratkan kepada mereka: “Tidakkah kamu inginkan air?â€
Lalu mereka diiringi beramai-ramai ke neraka. Kepada mereka, neraka seolah-olah fatamorgana sebahagiannya menghancurkan sebahagian yang lain. Mereka sama-sama terhumban ke dalam neraka.
Dipanggil pula orang Nasrani, lalu ditanya: “Apakah yang kamu sembah ketika di dunia?†Mereka menjawab: “Kami menyembah Al-Masih anak Allah.†Lalu dikatakan kepada mereka: “Kamu telah berdusta! Allah tidak pernah menjadikan walau seorang pun sebagai teman iaitu isteri atau anak.†Lalu mereka ditanya: “Apakah yang kamu inginkan? Mereka menjawab: “Kami haus wahai Tuhanku, berilah kami minum.†Lalu ditunjukkan kepada mereka: “Tidakkah kamu inginkan air?â€
Lalu mereka diiringi ke neraka jahanam dan sama-sama terhumban ke dalam neraka, sehingga yang tinggal hanya orang yang menyembah Allah, orang baik dan orang jahat.
Allah, Tuhan sekalian alam datang kepada mereka dalam bentuk yang lebih rendah daripada bentuk yang mereka ketahui, lalu berfirman: “Apakah yang kamu tunggu? Setiap umat mengikuti apa yang dahulunya mereka sembah.†Mereka berkata: “Wahai Tuhan kami! Di dunia, kami memisahkan diri daripada orang yang menyusahkan kami iaitu untuk membantu penghidupan di dunia dan kami tidak mahu berkawan dengan mereka iaitu kerana mereka menyimpang daripada jalan yang digariskan oleh agama.â€
Allah berfirman lagi kepada mereka: “Akulah Tuhan kamu! Mereka berkata: “Kami mohon perlindungan dengan Allah, kami tidak akan menyekutukan Allah dengan sesuatu pun untuk kali kedua atau ketiga, sehingga sebahagian mereka hampir-hampir berubah iaitu kembali kepada kebenaran.â€
Allah berfirman: “Apakah di antara kamu dan Allah ada tanda yang membuatkan kamu dapat mengenali-Nya?†Mereka menjawab: “Ya!â€
Lalu berlaku keadaan yang ajaib lagi menakutkan.
Setiap seorang yang hendak sujud kepada Allah dengan keinginan mereka sendiri yakni dengan penuh keikhlasan diizinkan oleh Allah.
Mereka yang bersujud kerana takut atau semata-mata dengan niat menunjukkannya kepada orang lain, akan diluruskan Allah belakang mereka sehingga tidak boleh bersujud. Setiap kali hendak sujud, dia hanya dapat membongkokkan pada tengkuknya. Kemudian apabila mereka mengangkat kepala, Allah telah pun berupa sebagaimana gambaran yang mereka lihat pertama kali tadi.
Lalu Allah berfirman: “Akulah Tuhan kamu.†Mereka menyahut: “Engkau Tuhan Kami!â€
Kemudian dibentangkan sebuah jambatan di atas neraka Jahanam dan yang dibenarkan ketika itu hanyalah syafaat daripada rasul, di mana mereka mengucapkan: Ya Allah, selamatkanlah, selamatkanlah.â€
Kemudian ada yang bertanya kepada Rasulullah: “Wahai Rasulullah, apakah jambatan itu?â€
Jawab Rasulullah: “Ia adalah lumpur yang licin. Padanya juga ada besi berkait dan besi berduri. Di Najd ada tumbuhan berduri yang disebut Saadan, dan seperti itulah besi-besi berkait itu.
“Kepantasan orang mukmin melintasi jambatan, ada yang seperti kerlipan mata, seperti kilat, seperti angin, burung dan kuda atau unta yang berlari kencang.
“Mereka terbahagi kepada tiga kumpulan, iaitu kumpulan yang selamat dan tidak mengalami apa-apa rintangan; kumpulan selamat tetapi terpaksa menempuh banyak rintangan dan terkoyak; dan kumpulan yang terus terjerumus ke dalam neraka jahanam.
“Pada saat orang mukmin bebas daripada azab neraka, maka demi zat yang menguasai diriku (Rasulullah), nescaya tidak ada orang yang begitu mengambil berat dalam mencari kebenaran, melebihi orang mukmin yang mencari kebenaran daripada Allah demi kepentingan saudara mereka yang masih berada di neraka.â€
Mereka berkata: “Wahai Tuhan kami, sesungguhnya dulu mereka berpuasa bersama kami, mendirikan sembahyang dan mengerjakan haji.â€
Lalu Allah berfirman kepada mereka: “Keluarkanlah orang yang kamu kenal kerana wajah mereka diharamkan ke atas api neraka.†Maka ramai yang dapat dikeluarkan dari neraka. Ada yang sudah terbakar hingga separuh betis dan lututnya.â€
Orang mukmin itu berkata: “Wahai Tuhan kami, tidakkah ada lagi yang tertinggal dalam neraka selepas Engkau perintahkan untuk dikeluarkan.†Allah berfirman: “Kembalilah, siapa saja yang kamu temui di hatinya ada kebaikan, meskipun hanya seberat satu dinar, maka keluarkanlah. Jadi mereka dapat mengeluarkan ramai manusia.â€
Kemudian mereka berkata lagi: “Wahai Tuhan kami, Kami tidak tahu apakah masih ada di neraka seseorang yang Engkau perintah untuk dikeluarkan.†Allah berfirman: “Kembalilah, sesiapa saja yang kamu temui di hatinya ada kebaikan meskipun hanya seberat setengah dinar, maka keluarkanlah. Mereka dapat mengeluarkan ramai lagi manusia.â€
Selepas itu mereka berkata: “Wahai Tuhan kami, kami tidak tahu, apakah di sana masih ada seseorang yang Engkau perintahkan untuk dikeluarkan. Allah berfirman: “Kembalilah, sesiapa saja yang kamu temukan dalam hatinya ada kebaikan meskipun hanya seberat zarah, maka keluarkanlah. Bertambah ramai lagi yang dapat dikeluarkan.â€
Kemudian mereka berkata: “Wahai Tuhan kami, kami tidak tahu adakah di sana masih ada pemilik kebaikan. “
Sesungguhnya Abu Said Al-Khudri berkata: “Jika kamu tidak mempercayaiku mengenai hadis ini, maka bacalah firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak menzalimi seseorang walaupun sebesar zarah dan jika ada kebaikan sebesar zarah, nescaya Allah akan melipat gandakannya serta memberikan dari sisi-Nya pahala yang besar.†(Surah an-Nisaa’, ayat 40)
Allah berfirman: “Malaikat telah meminta syafaat, nabi telah meminta syafaat dan orang mukmin juga telah meminta syafaat. Yang tinggal hanyalah Zat Yang Maha Penyayang di antara semua yang penyayang.â€
Lalu Allah merangkumkan dari neraka dan mengeluarkan sekumpulan orang yang sama sekali tidak pernah melakukan kebaikan. Mereka telah insaf.
Kemudian mereka dilempar ke sebuah sungai di pintu syurga, yang disebut Sungai Kehidupan. Seterusnya mereka keluar seperti tumbuhan kecil yang keluar selepas banjir. Bukankah kamu sering melihat tumbuhan kecil di celah batu atau pohon, bahagian yang terkena sinaran matahari akan berwarna sedikit kekuningan dan hijau, sedangkan yang berada di bawah tempat teduh akan menjadi putih?
Sahabat mencelah: “Seolah-olah engkau pernah menggembala di gurun.â€
Rasulullah terus bersabda: “Lalu mereka keluar bagaikan mutiara. Pada leher mereka ada kalung, hingga ahli syurga dapat mengenali mereka: Mereka adalah orang yang dibebaskan oleh Allah, yang dimasukkan oleh Allah ke dalam syurga, tanpa amalan yang mereka kerjakan dan juga tanpa kebaikan yang mereka lakukan.â€
Kemudian Allah berfirman: “Masuklah kamu ke dalam syurga, apa-apa yang kamu lihat, ia untuk kamu.†Mereka berkata: “Wahai Tuhan kami, Engkau telah berikan kepada kami pemberian yang belum pernah Engkau berikan kepada seorang pun antara orang di seluruh alam.â€
Allah berfirman: “Di sisiKu ada pemberian untuk kamu yang lebih baik daripada pemberian ini.†Mereka berkata: “Wahai Tuhan kami, apa lagi yang lebih baik daripada pemberian ini?†Allah berfirman: “Reda-Ku, lalu Aku tidak memurkai kamu selepas ini buat selama-lamanya.†(Hadis riwayat Imam Muslim dalam sahih Muslim).
Inilah kedudukan umat Rasulullah pada hari akhirat, diberi kemuliaan kepada mereka yang mengabdikan diri kepada Allah, berbuat kebaikan dan taatkan perintah Allah. Diberi keampunan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya, dimasukkan ke syurga orang yang tidak pernah melakukan apa juga kebaikan atau amal ibadat, semuanya semata-mata kerana rahmat Allah yang diberikan khusus kepada umat Nabi Muhammad, Rasul Penyudah dan Pemimpin agung. Maka, beruntunglah orang yang memuliakan Rasulullah pada bulan Rasulullah ini iaitu bulan Syaaban yang berkat.
bersambung..........
copy and paste... ..
"Boleh jd kamu membenci sesuatu pdhal ia amat baik bgmu dan boleh
jadi pula kamu menyukai sesuatu pdhal ia amat buruk bg kamu.
Alhamdulillah
Allahhuakbar....
Tiada tuhan selain Allah dan nabi Muhammad pesuruh Allah......
mami.....syukran.....
tintabiru.....tintamerah.....tintahijau