Kalamullah
``Dan apabila sampai ke pengetahuannya sesuatu daripada ayat-ayat penerangan Kami, ia menjadikannya ejek-ejekan; mereka yang demikian keadaannya akan beroleh azab yang menghina. Di hadapan mereka (di akhirat kelak) ada neraka jahanam (yang disediakan untuk mereka), dan apa jua yang mereka usahakan tidak dapat menyelamatkan mereka sedikitpun, demikian juga yang mereka sembah atau puja selain Allah, tidak dapat memberikan sebarang perlindungan dan (kesudahannya) mereka akan beroleh ...
Kalamullah
``Dan apabila sampai ke pengetahuannya sesuatu daripada ayat-ayat penerangan Kami, ia menjadikannya ejek-ejekan; mereka yang demikian keadaannya akan beroleh azab yang menghina. Di hadapan mereka (di akhirat kelak) ada neraka jahanam (yang disediakan untuk mereka), dan apa jua yang mereka usahakan tidak dapat menyelamatkan mereka sedikitpun, demikian juga yang mereka sembah atau puja selain Allah, tidak dapat memberikan sebarang perlindungan dan (kesudahannya) mereka akan beroleh azab seksa yang besar.'' (Al-Jaathiyah : 9-10)
Huraian:
Terdapat di kalangan manusia yang memandang sinis dan mengejek-ejek tentang kebenaran isi kandungan al-Quran. Mereka tidak sedar bahawa segala kenikmatan dan kelebihan yang menjadi milik mereka di dunia ini adalah bersikap sementara dan merupakan amanah Allah semata-mata.
Kedegilan mereka menerima petunjuk dan hidayah Allah dengan bersikap sombong, ingkar dan menyekutukan Allah pasti akan mengundang kemurkaan dan bala bencana daripada-Nya. Semua tuhan yang mereka sembah, harta kekayaan, rakan taulan, bala tentera dan kaum kerabatnya tidak memiliki kuasa penyelamat di akhirat nanti.
Untuk mereka ialah azab yang begitu pedih daripada Allah s.w.t. Begitulah hakikatnya manusia yang sering lupa kepada Penciptanya dan hakikat diri mereka yang sebenarnya.
Akhirnya mereka akan rasa tertipu apabila tuhan-tuhan sembahan mereka dan segala apa yang mereka kejar semasa di dunia tidak dapat memberi sebarang bantuan dan perlindungan. Penyesalan mereka menjadi sia-sia sekalipun mereka mula mengakui akan kebenaran ajaran al-Quran, bak kata pepatah `Nasi sudah menjadi bubur'.
Kesimpulan:
Tiada satu pun kekuasaan yang dapat mengatasi Allah s.w.t. Mereka yang menyekutukan Allah dan mengejar habuan dunia sehingga mengenepikan syariat, pasti akan kecewa di akhirat kelak kerana semuanya tidak dapat melindunginya daripada ditimpa azab seksa Allah. Sesungguhnya perlindungan di akhirat adalah hak mutlak Allah.
- Disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Ya Allah,adakah aku ini hamba-MU yang layak untuk merindui syurgaMu.Tak t'daya rasanya menuju ke situ lantaran godaan syaitan & hawa nafsu.
yg ejek2 pun ada....yg suka amik separuh2 oun ada...
Sesungguhnya dengan hanya mengingati Allah hati akan menjadi tenang....