Wan Kasmah Daud
Wan Kasmah Daud
22 years
1285 views

Kisah Cinta Adam dan Hawa

Syurga yang serba nikmat

S...egala kesenangan ada di dalamnya. Semua tersedia apa saja yang diinginkan, tanpa bersusah payah memperolehinya. Sungguh suatu tempat yang amat indah dan permai, menjadi idaman setiap insan. Demikianlah menurut riwayat, tatkala Allah SWT. selesai mencipta alam semesta dan makhluk-makhluk lainnya, maka dicipta-Nya pula Adam ‘alaihissalam sebagai manusia pertama. Hamba yang dimuliakan itu ditempatkan Allah SWT di dalam Syurga (Jannah).

Adam a.s hidup send...

2 comments
Share this post

Comments (2)
Sharifah Norhashimah
wahhh cayalahhhh...

shi22_luv@yahoo.com
22 years
yleadh
Satu ketika Adam dijadikan

Iblis sengaja membuat bantahan

Tidak sujud bila diperintahkan

Tegal nur dia dijadikan

Yang lain sujud belaka

Malaikat semuanya taat menurutnya

Sekalipun jadinya lebih mulia

Kekallah mereka dalam syurga

Adam amatlah bersusah hati

Tegal keseorangan kian ke mari

Tiba-tiba tertidur tak sedar diri

Bila terjaga Hawa dah di sisi

Di sana Adam menjunjung perintah

Duduklah bersenang dalam Jannah

Bersuka bergembira tanpa bersusah

Sebatang pokok dilarang mencecah

Iblis yang sedia menaruh dendam

Terus menipu Hawa dan Adam

Buah terlarang keduanya mengidam

Saling memakannya tanpa waham

Keduanya menyesal yang amat sangat

Setelah berlakunya yang diperbuat

Tubuh pun telah berubah sifat

Tuhan mengetahuinya amat cepat

Adam, Hawa iblis ketiganya

Diperintah segera turun ke dunia

Merek atertuduh telah derhaka

Adam dan Hawa amat berduka

Tuhan Penyayang lagi Pemurah

Penyessalan keduanya memohon menyembah

Setelah keduanya memohon menyembah

Kekallah di dunia sebagai khalifah

Manusia sejak mula dijadikan

Sempurna mulia tanpa kecelakaan

Tegal iblis yang sengaja menyesatkan

Manusia yang lalai ke lembah kehinaan

Tuhan selamanya sedia menunjuk

Ke jalan yang lurus tanpa bengkok

Quran dan Hadis saja dipeluk

Tipuan iblis takkan masuk

Di dunia ini adalah persediaan

Di antara kita ingat-mengingatkan

Beramal beribadat membuat bekalan

Melakukan maksiat hendaklah elakkan

Perintah Tuhan pasti dipatuh

Dua jalannya orang 'kan rempuh

Jalan kebaikan amat disuruh

Ke jalan asi iblis mengasuh

Pilih sendiri hai saudara

Ke syurga atau mahu ke neraka

Di syurga tempatnya amat mulia

Dalan neraka kekal sengsara



esok takkan sama dengan hari ini, seperti mana hari ini tak sama dengan semalam....
22 years
Post a Comment
Add photos or video
Be respectful and constructive.