Soalan yang sering ditanya oleh non-muslim adalah seperti berikut:
- mengapa Allah menciptakan syaitan sedangkan adalah diyakini bahawa Allah itu baik dan suka kepada kebaikan. Padahal syaitan itu adalah makluk jahat dan sejahat-jahat kejahatan adalah penciptaan sesuatu yang jahat dan merosakkan.
Jawapan::
Kebaikan di sisi Allah adalah lain ukurannya berbanding di sisi manusia. Sekalipun istilahnya sama namun perlaksanaannya adalah berbeza.
Kebaikan di sisi Allah ialah manusia dibe...
Soalan yang sering ditanya oleh non-muslim adalah seperti berikut:
- mengapa Allah menciptakan syaitan sedangkan adalah diyakini bahawa Allah itu baik dan suka kepada kebaikan. Padahal syaitan itu adalah makluk jahat dan sejahat-jahat kejahatan adalah penciptaan sesuatu yang jahat dan merosakkan.
Jawapan::
Kebaikan di sisi Allah adalah lain ukurannya berbanding di sisi manusia. Sekalipun istilahnya sama namun perlaksanaannya adalah berbeza.
Kebaikan di sisi Allah ialah manusia diberi ujian demi ujian agar dengan itu dapat dibezakan antara hamba yang baik dan yang terlebih baik dan begitulah sebaliknya. Penciptaan Syaitan adalah salah satu bentuk ujian Allah kepada manusia.
Justeru penciptaan syaitan termasuk di dalam kebaikan Allah dan bukan sebaliknya. Di mana dengan syaitan manusia dapat mencapai kedudukan yang tinggi, sebahagiannya lebih tinggi daripada sebahagian yang lain.
Tanpa ujian kehidupan manusia akan menjadi mendatar sehingga tidak ada kehendak, azam, usaha, disiplin dan sebagainya. Semua ini akan menjadi satu kezaliman sehingga manusia akan bertanya pula - Buat apa aku diciptakan dengan kehidupan yang serba kekosongan ini?
Maka hidup dengan ujian adalah jauh lebih baik tanpa ujian dan ini termasuk salah satu tanda kebaikan Allah yang sukar difahami oleh neraca manusia.
- Mengapa dijadikan syurga dan neraka. Sekiranya Allah suka kepada kebaikan kenapa tidak dijadikan manusia semuanya menjadi baik dan dimasukkan ke syurga sedangkan Allah maha berkuasa untuk menjadikan semua itu. Dan kenapa dijadikan nafsu untuk manusia.
Jawapan:
Penciptaan Syurga dan Neraka termasuk kebaikan Allah di mana orang yang lulus ujian diberi balasan syurga dan orang yang gagal ujian diberi balasan neraka.
Merupakan satu kezaliman seandainya Allah memasukkan semua orang, tak kira lulus atau gagal, ke dalam syurga semuanya.
Sememangnya Allah berkuasa untuk melakukan apa yang dikehendaki-Nya, namun Allah berkehendak agar manusia memilih sama ada untuk lulus atau gagal ujian-Nya.
Berkenaan nafsu, setiap ciptaan Allah ada manfaat dan mudaratnya bergantung kepada diri manusia yang bertindak sebagai pemimpinnya. Ambil sahaja apa-apa ciptaan Allah: mata, mulut, akal, kemaluan, dan
seterusnya, setiapnya mampu menghasilkan kebaikan atau keburukan bergantung kpd diri manusia yang empunya. Maka nafsu juga memiliki manfaat dan mudarat. Hanya manusia yang lazim suka menggunakannya untuk tujuan mudarat.
- Mengapa Allah jadikan syaitan engkar kepadanya, bukan itu merupakan satu penganiyaan kepada Azazil sedangkan Allah maha berkuasa untuk menjadikan setiap hambanya tunduk kepada perintahnya.
Jawapan:
Allah tidak menjadikan Iblis ingkar kepadanya tetapi iblis yang memilih untuk ingkar kepada Allah.
Benar, Allah berkuasa menjadikan setiap hamba-Nya tunduk kepada-Nya. Namun Allah memilih memberi pilihan kepada hamba-Nya sama ada untuk tunduk atau ingkar atau bercampur antara kedua-duanya.
Azazil ialah nama iblis di sisi Ahli Kitab. Ia tidak wujud di dalam al-Qur'an atau Sunnah yang sahih. Maka mencukupilah kita dengan nama iblis sahaja.
Sekian jawapan ringkas saya.
Yang pentingnya tidak boleh menafsir sifat dan perbuatan Allah seperti tafsiran manusia. Kebaikan, Keadilan, Pengasih, Kuasa dan sebagainya adalah sifat Allah yang memiliki kesamaan dengan manusia dari sudut istilah tetapi memiliki perbezaan dengan manusia dari sudut perlaksanaan.
wassalam.
-copy&paste-
"Ntah laaaaa......"
Ke arah memantapkan 'Aqeedah Tauhid...
http://www30.brinkster.com/meowhidayah/