Copyn Paste
Assalaamu 'alaikum wa rahmatuLLaahi wa barakaatuh,
Adakah pernah terfikir oleh kita bahawa semua kasih sayang yang
telah diberikan dari ayah, Ibu dan mereka yang terdekat itu adalah
merupakan anugerah dari yang Maha Kuasa iaitu Allah subhaanahu
wata'alaa ?
Bahawa ayah dan Ibu kita itu hanyalah kesinambungan dari
sebahagian kasih sayangNya yang dicurahkan ke muka bumi ini, tanpa
kita harus mengurangi rasa sayang, cinta kasih, hormat dan rasa
terima kasih yang ha...

terima kasih yang harus kita berikan kepada orang tua kita
sebagaimana juga Dia yang ArRahman & ArRahiim memerintahkan
kepada kita untuk melakukan yang terbaik kepada kedua orang tua
kita?
Terfikir jugakah oleh kita bahawa kasih sayang yang Dia (Allah)
berikan meliputi apa yang ada di tubuh kita ?
Seperti contohnya; adalah adanya rambut di kepala kita, adanya gigi
dimulut kita, adanya bulu hidung dan banyak lagi yang lainnya yang
harus kita perhatikan kalau kita mahu dikatakan sebagai seorang yang
mempunyai akal?
Bagaimana kalau tiba-tiba salah satu kenikmatan kenikmatan yang
diberikan, seperti : mendengar, bernafas melihat dllnya dicabut oleh
yang empunya?
Setelah kita memperhatikan ini semua, dan jika kita masih ada iman
dihati kita, maka kita akan tertunduk malu dan merasa banyak dosa
yang telah kita lakukan selama hidup kita ini tanpa memperhatikan
nikmat-nikmat yang telah kita pakai secara percuma.
Oleh kerana itu marilah kita mengubah dasar hidup kita yang buruk
yang tidak sesuai dengan perintahNYa, secara drastik atau sedikit-
demi sedikit tapi pasti dan disesuaikan dengan kamampuan masing-
masing.
Semoga kita dikumpulkan dan terrmasuk dalam golongan orang-rang
yang beriman. InsyaAllah.
Wassalaam
Nota:
Dan syukran zaq ucapakan kepada "Yang Tertentu" kerana telah membantu saudara se Islam kita melepaskan belenggu yang merantainya. Semuga jasa baik "Yang Tertentu" diberi balasan dan ganjaran dariNYA. InsyaAllah.
Zaafarani Zahirul Haq
When you look back on your life
wondering why you chose
not to cross the bridge,
Will you also wonder
what would happen
If you did?
tintabiru.....tintamerah.....tintahijau
Sesungguhnya dengan hanya mengingati Allah hati akan menjadi tenang....