Sesaper nak bagi sumbangan?
Contact person:Mohamad Pauzi bin Saidin
emel: pauzi@crestm.com
ac number: 557166000185
Kalau nak tahu perkara sebenar bolehlah contact , contact person yer?Sebelum tu leh lah baca kisah nya sedikit sebanyak.......
Assalamualaikum Malaysia,
Muka depan Utusan Malaysia 10 Okt: Bacaan Hujan yg turun di utara (sampai jadi banjir besar), dari segi bacaannya adalah yg tertinggi dlm jangkamasa 100 tahun.
Tu dia eh - yg tertinggi dlm masa seratus tahun,
...
Sesaper nak bagi sumbangan?
Contact person:Mohamad Pauzi bin Saidin
emel: pauzi@crestm.com
ac number: 557166000185
Kalau nak tahu perkara sebenar bolehlah contact , contact person yer?Sebelum tu leh lah baca kisah nya sedikit sebanyak.......
Assalamualaikum Malaysia,
Muka depan Utusan Malaysia 10 Okt: Bacaan Hujan yg turun di utara (sampai jadi banjir besar), dari segi bacaannya adalah yg tertinggi dlm jangkamasa 100 tahun.
Tu dia eh - yg tertinggi dlm masa seratus tahun,
patutlah sampai jadi Bah Besaq. Maka betoilah
kata-kata sorang Pakcik Tua yg saya temui tak jauh
dari tebing Sungai Sidam (area banjir) hari tu. Dia
kata, dah 60 tahun lebih dah dia tinggal di situ, tak
pernah la lagi dia tengok Banjir besar macam tu.
Masa dok ikut kawan-kawan pi distribute bekalan/bantuan untuk mangsa banjir tu pulak, sorang lagi Pakcik, kerja bendang - habis rumah dia tenggelam - dia kata, banjir kali ini 2 kali ganda banjir yg melanda kawasan yg sama pada tahun 1998/99 dulu.
Dok ikut memba-memba pi distribute bantuan kat mangsa banjir ini banyak cerita kalau nak dikongsi di sini; macam-macam story dok ada, kadang2 lawak dan kadang2 sedih dan naik kesian.
Saya nak tergelak masa kami tengah dok bagi sumbangan kat satu tempat tu, sorang abang tu dia dok merungut pasal YB depa, kata dia:
"Apa raa....bagi gula 3 kilo untuk 5 kem sekali gus
(satu kem ~ 5 keluarga), baik tak payah bagi
langsung!!"
Saya pun tak berapa tau hujung pangkal, bila saya
siasat siasat tengok, rupa2nya YB tu (YB UMNO) singgah kat kem berkenaan, dia pi bagi 3 kilo gula, 3 kampit beras 5kg dan sejumlah ikan tamban masin.
Jumlah banyak tu bila dibahagi kpd 5 kem, maka setiap satu kem dapatla lebih kurang segenggam gula, sedikit beras dan 8 ekoq ikan tamban masin.
8 ekor ikan tamban masin bagi 5 keluarga satu
kem...kira buat lekat celah gigi saja la. Sorang mamat tu tak puas hati, dia bungkus balik gula & beras segenggam tu campur 8 ekoq ikan masin, dia pederas pi rumah Tok Penghulu - pi bagi balik kat wakil kerajaan!!
Tak kata kat dia la kot, kita pun nak tergelak - kalau RM200 JUTA "depa" boleh bagi kat orang buat Istana di Putrajaya, takkan kot tak boleh bagi RM20 ringgit untuk depa beli sedikit ikan tamban masin!!
Di belah Kedah nie, walau pun ada penempatan rasmi seperti di sekolah/masjid dsgnya; tapi majoritinya saya dok nampak depa lebih prefer pindah ramai2 dok rumah org kampung depa di kawasan tinggi. Mungkin sebab tu kot, banyak bantuan tak sampai kepada mereka.
Sekali tu, saya naik motor sorang memba; dgn dua buah motor kami masuk ke satu kawasan kg thru ladang estate. Sampai-sampai sana, kesiannya saya bila tengok depa tengah makan tengahari....11 keluarga tumpang satu rumah ... makan nasi putih dgn ikan tamban masin satu talam dan kacang panjang mentah. Pakat makan la depa dgn lauk tamban masin dan kacang panjang mentah tu.
Selepas bagi sumbangan, sorang kakak tu bagitau tak tau pasal apa, sejak semalam lagi, boleh dikatakan semua orang dok sakit perut. Saya nampak sorang budak lebih kurang 11 tahun tengah terbaring berselimut sakit perut dari semalam lagi.
Saya pun pederas la keluar pekan terus pi buat aduan di Klinik Kesihatan. Jumpa boss tempat tu; dia kata:
"Ish, tak leh ka suruh depa hantar mai dengan
kereta??"
Laaa....nasib baik la saya waras lagi, kalau tidak mau saya hayun dia dengan topi keledar!!!
Anyway, petang tu Jeep Kementerian Kesihatan masuk kg tu; alhamdulillah semua selamat, saya dok risau kot2 ada yg kena taun ka kolera ka apa ka.
Satu lagi, org2 kita nie musim banjir nie pun masih
dok kira parti lagi. Saya pi satu tempat tu; makcik
sorang tu komplen:
"Ada orang UMNO mai tadi, dia bagi la sikit sumbangan, tapi saya dengar dia kata 'Sini Bulan nooo'...ish, ish, ada ka patut musim-musim macam nie pun nak kira Bulan Bintang lagi!!"
Saya walaupun dlm p/raya nak mai nie saya dah confirm nak pangkah PAS, tapi mai musim cam ni saya tak kira sapa; sekali tu saya dgn sorang memba singgah kat satu lokasi - tertulis besar "DEWAN UMNO".
Turun-turun saja, saya cakap saya nak jumpa Ketua kat situ; mailah sorang pakcik tu berkopiah hitam, lepas salam, saya habag kata kami mai nak bagi sumbangan sikit; saya perasan org tengok saya atas bawah - mungkin sebab saya ada janggut kot w/pun tak dak lambang bulan. Lepas tu, saya bukak bonet, suruh depa angkat barang2 dlm tu - ada la kot 5 kampit beras 5 kg, bihun, minyak masak, gula dan sebagainya.
Hangpa nak tau, ada kawan (org PAS), bila dpt tau saya bagi kat org UMNO, dia tak puas hati. Dia kata:
"Abang tau tak kata di Dewan UMNO tu makanan depa berjenuh (berlambak)??"
Laa - sekali lagi orang kena tipu; kami sembang dgn orang2 UMNO tu mau dekat sejam, depa pun 2 kali 5 saja dgn orang PAS...tak cukup makan.
Bayangkan di Dewan tu ada 300 orang, sekali masak beras mau 7 gantang (2 kampit setengah lebih kurang); JKM memang ada bagi tapi biasa la....cukup-cukup untuk muat celah gigi.
Yang sayunya, bila saya tanya depa-depa di Dewan UMNO tu, kalau ada kawan-kawan nak bagi sumbangan, apa bentuk bantuan/makanan yg depa perlukan.
Pakcik tu jawab:
"Beli beras dengan ikan tamban masin cukuplah....!!"
Ha - kalau betoi barang depa berlambak, for sure depa tak minta beras dengan ikan tamban masin punya, silap2 nanti depa minta Jem Mentega ka, ayam ka, daging ka apa ka....or paling kurang pun minta Sardin!!
Pengajarannya; mai banjir nie, kita sama-sama kena tolong sama-sama kita la....nak harap kat orang2 atas sana; hmm...kesian la kat depa, duit depa dah habis beli jet Global Express RM200 Juta dan pi lebur buat Keris Bukit Jalil RM9 Juta!!
Ish, panjang pulak aih. Banyak lagi cerita nak tulis
nie. Tat pa lah, kita simpan lain kali.
Last sekali, saya nak cerita kisah sorang Nyonya.
Pagi tu, pagi-pagi lagi Nyonya tu mai kayuh basikal ke satu kem mangsa banjir. Sampai sana dia hulur mai satu bungkusan - ada 20 bungkus Nasik Lemak.
Bila org tanya dia:
"Nya, Nya beli mana ini nasik lemak?"
Dia kata:
"Wa tau lah, wa beli sama itu kedai Melayu....bagi
sama hangpa!!"
Tu dia, Nyonya Tua itu pun ada rasa simpati dengan
mangsa-mangsa banjir ini; so, kalau hangpa yg dok baca email ini or dok tengok berita TV sambil dok terjelepuk atas kusyen empuk tu tak rasa apa-apa bila tengok nasib mangsa banjir nie, aku rasa elok la kot hangpa pi join sama dengan geng-geng depa - pi goyang kaki di Putrajaya sana nu!!
Sekian Kisah Benar Dari Utara:
"Kuniq Bendang Perdang"
P/S: Bersama-samalah kita bertolong-tolongan dlm kebaikan..hari ini hari mereka...lain kali hari kita pula......hulurlah sikit sebagai saham di sana.......kerana kita semua bersaudara......
Ceq pun tak kenal saudara Pauzi ni tp dia inform kat ofismate ni.....kalu duit dah masuk dia akan confirmkan......so terpulanglah nak percaya ke tidak dan ac number tu bukan ita punya......