Kita banyak ditipu oleh Riwayat sejarah. Ada riwayat sejarah yg diragui dan diriwayatkan oleh golongan² syiah. Tapi masalah yg berlaku ialah banyak riwayat sejarah dr golongan² ini sehingga kita bersangka buruk terhadap Khalifah Usman dan sahabat² radiallahu anhum ajmain..
Berhati²lah dengan riwayat sejarah dan cuba kaji sanadnya dan riwayat yg lebih dipercayai.
Khalifah Uthman r.a Menjawab Tuduhan
Al-Tabari juga telah merakamkan riwayat daripada Sayf ibn Umar ya...
Kita banyak ditipu oleh Riwayat sejarah. Ada riwayat sejarah yg diragui dan diriwayatkan oleh golongan² syiah. Tapi masalah yg berlaku ialah banyak riwayat sejarah dr golongan² ini sehingga kita bersangka buruk terhadap Khalifah Usman dan sahabat² radiallahu anhum ajmain..
Berhati²lah dengan riwayat sejarah dan cuba kaji sanadnya dan riwayat yg lebih dipercayai.
Khalifah Uthman r.a Menjawab Tuduhan
Al-Tabari juga telah merakamkan riwayat daripada Sayf ibn Umar yang menceritakan tentang pengikut Abdullah ibn Saba’ telah datang ke Madinah. Uthman telah memanggil mereka hadir ke Masjid di hadapan khayalak para sahabat untuk beliau menjawab segala pertuduhan yang telah dibuat terhadapnya. Sebelum Uthman menjawab segala tudhan tersebut, para sahabat yang mengetahui bahawa kebenaran adalah berpihak kepada Uthman telah mencadangkan agar diambil tindakan hukuman bunuh ke atas pemberontak.
Namun dgn sikap lemah lembut, bertolak ansur dan warak, beliau telah mengatakan: “ Bahkan kita memaafkan mereka dan kita akan melihat kesungguhan mereka. Kita tidak akan melaksanakan hudud melainkan sesiapa yang telah melanggar kesalahan yang boleh dikenakan hukum hudud atau sesiapa yang jelas daripadanya kekufuran.†Kemudian Uthman menjawab satu persatu tuduhan yang telah dibuat terhadapnya seperti berikut:
- “Mereka menyatakan aku telah tidak mengqasarkan sembahyang sedangkan pada waktu itu aku bermusafir.
Jawapanku; aku mendatangi sebuah negeri (Makkah) yang kaum keluargaku tinggal didalamnya, maka dgn itu, aku tidak menganggap diriku bermusafir, tidakkah begitu?â€(1)
Para sahabat menjawab: “Ya betul!â€
- Mereka telah mengatakan bahwa aku telah membuat al-Hima. (2) Aku telah menyusahkan org Islam dan telah mengambil tanah yang luas semata-mata utk menjaga unta. Al-Hima telah ada sebelumku utk unta-unta zakat dan jihad. Ia telah dilakukan oleh Rasulullah sallallahu alaihi wasallam, Abu Bakr dan Umar. Aku menambahnya berdasarkan unta zakat dan jihad. Aku tidak menghalang golongan fakir di kalangan org Islam utk menggembala di dalamnya. Aku tidak membuat semua itu utk kepentingan ternakanku. Ketahuilah ketika aku dilantik menjadi khalifah, aku adalah org Arab yang paling banyak mempunyai unta dan kambing. Namnun sekarang, tidak ada bagiku melainkan dua ekor yang aku gunakan utk menunaikan haji. Tidakkah begitu?â€
Jawapan para sahabat: “Ya benar!â€
- “Mereka mengatakan Al-Quran dahulunya mempunyai banyak mushafnya. Aku telah jadikannya ia satu. Ketahuilah al-Quran itu satu, datang pula dari Yang Satu. Aku hanya mengikut yang dibuat oleh Abu Bakr dan para sahabat yang bersama-sama dengannya. Tidakkah begitu?â€
Para sahabat menjawab: “Ya benar! Wahai Uthman!Bunuhlah mereka!â€
Kemudian Uthman meneruskan penjelasannya.
- “Mereka mengatakan bahawa Rasulullah sallallahu alaihi wasallam telah menghukum buang daerah terhadap al-Hakam(3) tetapi aku telah mengembalikannya. Jawapanku, al-Hakam adalah org Makkah, Rasulullah sallallahu alaihi wasallam telah membuangnya dari Makkah ke Taif. Kemudian Rasulullah juga yang mengembalikannya. Oleh itu, Rasulullah sallallahu alaihi wasallam yang mengeluarkannya dan Baginda juga yang telah mengembalikannya. Tidakkah demikian?â€.’
Jawab para sahabat: “Ya!â€
- “Mereka mengatakan bahawa aku melantik pegawai yang masih berusia muda. Jawapanku: Aku tidak melantik melainkan mereka yang berkemampuan dan disukai. Mereka adalah ahli dlm bidang tugas mereka, kamu semua tanyalah mereka. Mereka yang memerintah sebelumku pernah melantik org yang lebih muda dprd itu. Rasulullah sallallahu alaihi wasallam sendiri ketika melantik Usamah pernah dipertikai lebih daripada apa yang berlaku terhadap diriku. Tidakkah begitu ?â€
Jawab para sahabat: “Ya! Benar. Mereka itu memburukkannya di hadapan orang ramai tanpa sebarang alasan.â€
- “Mereka mengatakan aku telah memberikan kepada Ibn Abi Sarh(4) harta fai’. Jawapanku: Aku telah memberikan kepadanya saguhati kerana jasanya membuka Afrika sebanyak satu perlima daripada harta fai’ yang Allah berikan kepadanya. Jumlahnya sebanyak seratus ribu. Sebelum ini pun, Abu Bakr dan Umar pernah berbuat demikian. Namun begitu, para tentera tidak setuju, maka aku ambil kembali dan berikan kpd tentera. Tidakkah begitu?â€
Jawab para sahabat: “Ya benar!â€
-
“Mereka mengatakan bahawa aku sayangkan kaum keluargaku dan memberikan mereka harta. Sebenarnya, perasaan sayangku kepada kaum keluargaku tidak menyebabkan aku bertindak melakukan kezaliman terhadap rakyat. Apa yang aku berikan kepada mereka adalah daripada hartaku sendiri. Aku tidak pernah menghalalkan harta benda orang Islam untuk diriku, tidak juga untuk sesiapa. Demi Allah! Aku tidak pernah mengambil sedikit pun harta atau cukai dari mana-mana wilayah. Sesungguhnya aku telah kembalikan kepada wilayah-wilayah tersebut segala harta yang datang kepadaku kecuali al-khumus (satu perlima daripada harta rampasan perang). Aku tidak pernah memperuntukkannya sedikit pun untukku. Aku telah melantik orang Islam untuk menguruskan pembahagian harta al-Khumus tersebut kepada mereka yang berhak. Demi Allah! Aku tidak pernah mengambil daripada harta Allah sedikit pun. Aku tidak pernah memakan melainkan daripada hartaku sendiri.â€
-
“Mereka juga mengatakan bahawa aku telah memberikan tanah kepada orang tertentu. Jawapanku: Golongan Muhajirin, Ansar dan selain mereka telah terlibat dalam pembentukan tanah tersebut. Apabila tanah itu dibuka oleh Mujahidin yang berjihad, di kalangan Mujahidin ada yang menetap di situ dan ada pula yang pulang ke tempat mereka. Bagi sesiapa yang pulang, aku jualkan tanah-tanah tersebut dengan persetujuan mereka, lalu aku berikan kepada mereka bahagian masing-masing. Oleh itu, bahagian tersebut berada di tangan mereka dan bukan di tanganku.â€
Hujah yang begitu jelas dikemukakan ini menyebabkan mereka yang sengaja mencari kesalahan Uthman terdiam di hadapan khayalak ramai. Para sahabat dan orang ramai meminta agar Uthman mengambil tindakan membunuh mereka. Namun seperti yang menjadi kelaziman Uthman, beliau tidak akan menerima pandangan yang sedemikian, bahkan terus sahaja memaafkan mereka ( Al-Tabari, Tarikh al-Tabari, jil. 4, hlm. 348 ). Munir al-Ghadhban mengatakan:
Penjelasan yang dikemukakan oleh Uthman ini kalau ingin dicatatkan dengan tinta emas sekalipun masih lagi tidak memadai. Ia lahir daripada hati seorang Amir al-Mukminin yang dibuat dalam keadaan terpaksa. Bagi Uthman, dia inginkan agar semua perkara ini tersimpan antara dirinya dan dengan Allah sahaja. Beliau seorang yang pemalu untuk mengeluarkan kata pujian terhadap dirinya, bahkan malaikat juga malu kepadanya.â€
(Munir al-Ghadhban, Muawiyah ibn Abi Sufyan, hlm.141)
Namun lihatlah kejelikan golongan Syiah yang sebenarnya mereka itu pengikut Abdullah ibn Saba’. Sehingga hari ini, penulisan mereka terus memfitnah Khalifah Uthman dengan fitnah yang sama, sekalipun ia telah dijawab sejak 1400 tahun yang lalu.
Hasil daripada penjelasan yang dapat menghapus memadamkan segala keraguan ini, menyebabkan wakil para pemberontak tidak dapat menjawab dan diam membisu. Uthman pula memaafkan mereka dan mengizinkan mereka pulang kepada kaum mereka dalam keadaan berputus asa. Mereka tidak mendapat sebarang faedah yang diharapkan daripada fitnah yang dilontarkan itu
(Ibn Kathir, Al-Bidayah wa al-Nihayah, jil. 4, hlm.179).
(1) Apa yang dimaksudkan ialah dakwaan kononnya Uthman telah mengubah sunnah Rasulullah s.a.w kerana beliau telah bersembahyang empat rakaat di Mina, sedangkan Rasulullah s.a.w sentiasa mengqasarkan solat empat rakaat ketika bermusafir. Perkara ini telah dibantah oleh sebahagian para sahabat. Jawapan terhadap masalah ini ialah, Uthman ketika itu tidak menganggap dirinya bermusafir kerana beliau telah berkahwin di Makkah dan mendiami sebuah rumah di sana (Al-Dahlawi, Mukhtasar al-Tuhfah al-Ithna Asyariyyah, hlm. 265). Uthman sendiri menyebut : “Aku telah menjadikan diriku sebagai penduduk Makkahâ€(Muhibb al-Din al-Khatib, Ta’liqat al-Awasim min al-Qawasim, hlm. 90).
(2) Al-Hima bermaksud tanah mati yang dijadikan kawasan larangan oleh pemerintah kpd org ramai drpd menggembala binatang di dalamnya. Kawasan khas ini dibuat utk ternakan demi kepentingan rakyat (Wahbah al-Zuhayli, Al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh, jil. 5, hlm. 571).
(3) Al-Hakam ibn al-‘As, bapa saudara Uthman ibn Affan ( Ibn Hajar, Al-Isabah fi Tamyiz al-Sahabah, jil.2, hlm. 28 ). Al-Hakam dikatakan telah dibuang daerah oleh Rasulullah s.a.w tetapi telah dikembalikan semula oleh Uthman. Menurut Wali Allah al-dahlawi: Rasulullah s.a.w mengeluarkan al-Hakam kerana sikapnya yang sukakan golongan Munafiqin. Beliau juga gemar menghidupkan fitnah dikalangan org Islam dan bekerjasama dgn golongan Kuffar. Selepas wafatnya Rasulullah s.a.w sikap nifaq dan kufur telah hilang dlm dirinya dan Islamnya pula bertambah kuat pd zaman pemerintahan abu Bakr dan Umar, maka tidak ada sebarang larangan utk megembalikannya. (Al-Dahlawi, Mukhtasar al-Tuhfah al-Ithna ‘Asyriyyah, hlm.261)
(4) ‘Abdullah ibn Sarh adalah salah seorang sahabat Nabi s.a.w. Beliau juga adalah salah seorang drpd ketua tentera pada zaman Uthman. Abdullah juga adalah saudara susuan Uthman. Dia termasuk di kalangan tokoh ahli bijak pandai pada zamannya (Al-Humsa, Tahzhib Siyar A’lamal-Nubala’, jil.1, hlm. 83).
wallahua'lam..
copy and paste...
Ke arah memantapkan 'Aqeedah Tauhid...
http://www30.brinkster.com/meowhidayah/
p/s: kalo takleh bukak, refresh byk kali...
sedangkan musuh yang nyata (yahudi & nasrani) senantiasa bersedia meranapkan seluruh muslim di mana sahaja mereka berada...
wasalam