Peliknya umat hari ini....
Bola punya hal,pukul 3 pagi boleh bersengkang mata. Bola punya hal, ringan aje tubuh untuk bangun diwaktu ayam pun tak bangun lagi. Tapi, pukul 3 pagi akan jadi terlalu berat utk bangun jika disuruh tahajjud 2 rakaat diwaktu sahur cukup menyeksakan baginya.
Peliknya umat hari ini....
menangis teresak-esak sbb penyanyi pujaan terkeluar dari Akademi Fantasia air mata sungguh murah melimpah pabila artis pujaan turut menangis namun, berapa sgt umatku yg sudi melina...
Peliknya umat hari ini....
Bola punya hal,pukul 3 pagi boleh bersengkang mata. Bola punya hal, ringan aje tubuh untuk bangun diwaktu ayam pun tak bangun lagi. Tapi, pukul 3 pagi akan jadi terlalu berat utk bangun jika disuruh tahajjud 2 rakaat diwaktu sahur cukup menyeksakan baginya.
Peliknya umat hari ini....
menangis teresak-esak sbb penyanyi pujaan terkeluar dari Akademi Fantasia air mata sungguh murah melimpah pabila artis pujaan turut menangis namun, berapa sgt umatku yg sudi melinangkan air matanya sbg taubat kpd yg Esa?
berapa sgt umatku yg menangisi kerana kematian seseorang ulama dan solehin?
Peliknya umat hari ini...
sms berpuluh ringgit dgn senang hati dihantar, janji penyanyi pujaan terpilih. jari-jemari begitu ringan menaip nama penyanyi pilihan dan nombor undian. tapi, jari jemari begitu berat utk mengambil seringgit utk dimasukkan kedalam tabung masjid tangan begitu kaku utk menghulurkan seringgit dua ke jalan Allah.
Peliknya umat hari ini...
gembira dia sbb anak pandai menyanyi dan pandai main piano sedih sekali dia pabila anaknya tak dpt masuk Akademi Fantasia. Malaysian Idol, namun, tak ramai umatku yg sedih jika zuriatnya buta al-Quran tak ramai umatku yg resah jika anaknya tidak tahu sujud kpd yg Esa.
Peliknya umat hari ini....
sanggup bersesak-sesak,berhimpit-himpit dipadang konsert hiburan.. sanggup memberi komitmen memenuhi dan memeriahkan konsert hiburan sedihnya..program Allah 5 kali sehari di Masjid tidak dapat sambutanmeriah dari umatku mereka
tidak sanggup untuk berdiri dlm saf walaupun 5 minit cuma.
Peliknya umat hari ini....
setiap tahun adanya pertandingan tilawah al-Quran tak cukup peringkat kebangsaan..dibuat peringkat antarabangsa tapi,dengan al-Quran masih lagi bersikap ikut selera mana rasa elok, amalkan...mana rasa tak elok untuk nafsu, baca aje dah le.
Peliknya umat hari ini....
setiap tahun mereka sanggup menjadi penunggu setia kepada jam 12 mlm pd hari merdeka, pada hari tahun baru jam 12 mereka akan bersorak ramai-ramai..tak kira jantan betina detik saat jam 12, saat yg ditunggu-tunggu tanpa berkedip mata melihat jam besar. sedihnya..tak ramai yg mampu dan mahu menunggu waktu solat lebih awal di masjid
Peliknya umat hari ini....
setiap kali aku menulis fakta yang benar dan kenyataan tentang bangsaku, kaumku dan umatku, pasti ada suara2 sumbang dan lantang yang cuba
mempertikaikannya umpama menegakkan benang yang basah.
Tak salah rasanya kalau kita sedar dan menyedarkan...
Peringatan buat diriku yang juga alpa.....
-copy n paste-
Bacalah...Bacalah dgn nama Tuhanmu..
Begitulah peliknya makhluk bernama manusia melihat Nabi-Nabi serta Rasul-Rasul Allah dari awal dunia hingga akhirat nanti...
Islam itu datangnya dagang/ganjil/pelik dan akhirnya nanti akan dagang/ganjil/pelik juga....
begitulah akhir-akhir ini....
tiada lagi kemanisan beragama..
tiada lagi kekhusyukan beribadat.
tiada lagi sujud kepada Allah...
tiada lagi akur kepada Rasul...
yang ada hanya nafsi-nafsi..
wasalam