Akhirnya kita dapati kisah-kisah al-Quran menjadi sudah tidak indah lagi.Ianya dicemarkan oleh para penceramah atau penulis yang menghiasi kisah-kisah tersebut dengan watak-watak dan adegan-adegan tambahan yang kadang-kalanya memandulkan tujuan kisah-kisah al-Quran. Nabi Sulaiman a.s umpamanya, telah dicemari kisahnya, hilang peranannya sebagai seorang nabi yang berjuang dan berdakwah seperti yang hendak ditonjolkan oleh al-Quran.Tinggallah hanya kisah-kisah ajaibnya semata-mata. Nabi Yusuf ...
Akhirnya kita dapati kisah-kisah al-Quran menjadi sudah tidak indah lagi.Ianya dicemarkan oleh para penceramah atau penulis yang menghiasi kisah-kisah tersebut dengan watak-watak dan adegan-adegan tambahan yang kadang-kalanya memandulkan tujuan kisah-kisah al-Quran. Nabi Sulaiman a.s umpamanya, telah dicemari kisahnya, hilang peranannya sebagai seorang nabi yang berjuang dan berdakwah seperti yang hendak ditonjolkan oleh al-Quran.Tinggallah hanya kisah-kisah ajaibnya semata-mata. Nabi Yusuf a.s. pula umpamanya, yang berdakwah dalam dan luar penjara kepada tauhid, yang menduduki kerusi kewangan negara dan mentadbir dengan keadilan dankebijaksanaan, hilang ditelan kisah kekacakannya sahaja. Lebih malang lagi,ada yang membuat petua-petua untuk kacak atau cantik dan berseri dengan jampi-jampi yang menyebut nama Nabi Yusuf. Seolah-olah kisahnya di dalam al-Quran itu khas untuk mak andam.
Nabi Nuh a.s. pula, telah berdakwah dengan tidak putus asa kepada kepada tauhid dalam tempoh yang panjang, bersama dengan pengorbanan dan kesabaran,ini semua hilang dari pemikiran sebahagian umat. Bahkan ada yang hanyamengenang Nabi Nuh a.s. dengan menyedia bubur asyura, dengan dakwaan palsu bahawa demikianlah bubur Nabi Nuh a.s. ketika di dalam kapal. Seakan-akanNabi Nuh a.s. itu datang hanya sebagai pemberi resipi khayalan tersebut.Maka robohlah keagungan anbiya ditelan kedangkalan kita terhadap tujuan kedatangan dan pengutusan mereka. Ini semua kadang-kala menjadikan generasi moden yang kurang faham terhadap agama bertambah keliru dan akhirnya mungkin menganggap agama sebagai dogengan semata.