Apabila Islam berkembang pesat, maka golongan ahli kitab yang terdiri daripada Yahudi dan Kristian turut menganut Islam. Mereka ini membawa masuk bersama mereka pengetahuan lama mereka yang mereka ambil daripada daripada Taurat dan Injil. Apabila mereka mendengar al-Quran menceritakan sesuatu peristiwa umat zaman dahulu, mereka pun menyebut apa yang mereka tahu daripada kitab mereka. Sedangkan sebahagian isi kandungan kitab-kitab mereka telah diubah dan dicemari oleh kisah-kisah karut yang men...
Apabila Islam berkembang pesat, maka golongan ahli kitab yang terdiri daripada Yahudi dan Kristian turut menganut Islam. Mereka ini membawa masuk bersama mereka pengetahuan lama mereka yang mereka ambil daripada daripada Taurat dan Injil. Apabila mereka mendengar al-Quran menceritakan sesuatu peristiwa umat zaman dahulu, mereka pun menyebut apa yang mereka tahu daripada kitab mereka. Sedangkan sebahagian isi kandungan kitab-kitab mereka telah diubah dan dicemari oleh kisah-kisah karut yang mencemarkan ketulenannya. Ini seperti yang disebut oleh Allah di dalam al-Quran:
(maksudnya): Sesungguhnya segolongan mereka (Yahudi) mendengar firmanAllah, lalu mereka mengubahnya setelah mereka memahaminya, sedangkan mereka mengetahui" (Surah al-Baqarah, ayat 75).
Firman Allah juga:
(maksudnya): "Mereka menulis kitab dengan tangan mereka, lalu mereka menyatakan, ini daripada Allah (surah al-Baqarah, ayat 79).
Sebagai satu perbandingan, hal yang sama dapat kita lihat apabila sebahagian orang melayu yang dahulunya beragama hindu, apabila Islam datang lalu mereka menganut Islam. Namun dalam masa yang sama mereka membawa masuk ke dalam Islam adat-istiadat yang bersumberkan ajaran hindu seperti bersanding, tepung tawar, beras kunyit yang akhirnya mencemarkan tauhid Islam yang bersih. Demikianlah sebahagian riwayat Israiliyyat mencemarkan tafsir.
Tidak dinafikan kemungkinan ada riwayat Israiliyyat yang betul. Namun oleh kerana pembohongan terhadap fakta agama adalah tabiat kaum Yahudi terdahulu, juga Kristian, maka kita hendaklah berhati-hati dalam mengambil daripada mereka. Para sahabah juga mengambil daripada mereka cerita-cerita tersebut, tetapi bukan untuk dijadikan pegangan. Kata al-Syeikh Manna'al-Qattan : Para sahabah tidak mengambil daripada ahli kitab cerita-cerita terperinci di dalam menafsirkan al-Quran melainkan terlalu sedikit. Apabila datang zaman tabiin, maka bertambah ramai ahli kitab yang menganut Islam,bertambah ramai juga tabiin yang mengambil daripada mereka. Kemudianbertambah pula kegemaran para penafsir yang datang selepas itu terhadap Israiliyyat. (rujukan: Manna' al-Qattan, Mabahith fi Ulum al-Quran, m.s.355, cetakan: Maktabah al-Maarif, Riyadh)
Pembahagian Israiliyyat
Secara umumnya cerita-cerita Israiliyyat ini boleh dibahagikan kepada tiga bahagian:
Pertama: Cerita-cerita Israiliyyat yang kebenarannya disokong oleh dalil-dalil daripada hadith yang sabit. Ini seperti kisah Khidir dengan Nabi Musa a.s. yang diceritakan oleh surah al-Kahf. Al-Quran tidak menyebut nama Khidir secara jelas melain menyatakan:
(maksudnya) "hamba dari kalangan hamba-hamba kami (Allah) yang kami berikannya rahmah dan kami ajarkannya ilmu di sisi kami" (Surah al-Kahf,ayat 65). Riwayat Israiliyyat menyatakan namanya ialah Khidir. Ini disokong pula oleh hadith yang sahih, antara yang diriwayatkan oleh al-Imamal-Bukhari di dalam kitab al-Tafsir di dalam Sahihnya. Riwayat seperti ini kita akui kebenaran kerana ianya dibukti oleh hadith yang sabit.
Kedua: apa yang diketahui ianya bertentangan dengan syariat kita, ataupun ianya bertentangan dengan akal yang waras dan memahami ruh Islam yangsebenar. Riwayat yang seperti ini ditolak sama sekali. Ini seperti riwayat dusta ketika menafsir surah Qaf yang menyebut bahawa Qaf adalah bukit yang mengeliling langit dan bumi. Ini adalah dusta dan khurafat yang bertentangan dengan akal yang waras. Memalukan agama dihadapan para pengkaji alam yang terdiri dari kalangan orang kuffar. Al-Syeikh Muhammadbin Muhammad Abu Syahbah di dalam Al-Israiliyyat wa al-Mauduat fi Kutubal- Tafasir menyatakan ianya adalah khurafat dan dusta Bani Israil, tidak harus meriwayatkannya. (m.s. 302, certakan:Maktabah al-Sunnah, Kaherah).Demikian juga cerita bahawa kapal Nabi Nuh a.s. tawaf ka'bah dan bersolat di makam Ibrahim dua rakaat. Ini semua adalah dusta. Tidak masuk akal. Nuh a.s. wujud sebelum Ibrahim a.s.. Di mana kaabah dan makamnya ketika itu?.Para pembaca akan melihat bantahan para ulama hadith terhadap riwayat ini dalam kebanyakan kitabulum al-hadith di bawah tajuk al-Hadith al-Maudu'.Termasuk yang menempelak riwayat al-Imam al-Syafii seperti yang disebut oleh Ibn Hajr al-Asqalani di dalam al-Tahzib. Malang sekali masih ramai golongan yang berceramah menjadi pembaca cerita dusta dan haram ini.
Ketiga: Riwayat yang tidak ada dalil yang menyokongnya, juga tidak ada dalil yang meyanggahnya dari segi nas ataupun akal. Bagi riwayat bahagian ketiga ini kita tidak menyatakan ianya betul atau salah. Selagi ianya tidak mencemar agama kita boleh meriwayatkannya, namun kita tidak menyatakansecara putus kebenarannya. Ini seperti nama-nama ashab al-Kahf.Kisah lembu dalam surah al-Baqarah yang diperincikan oleh riwayat Israiliyyat melebihi apa yang disebut oleh al-Quran.
Sekalipunpun bahagian ketiga ini boleh diriwayatkan tetapi hendaklah dengan berhati-hati, dengan tidak menyatakan ianya benar ataupun dusta, sekadar menyebutnya dengan menyatakan ianya israiliyyat. Di samping itu hendaklah kita sedar bahawa apa yang diceritakan oleh Allah di dalam al-Quran adalah memadai. Al-Quran adalah kitab petunjuk yang terbaik daripada Allah yangpasti ketulenan semua faktanya. Adapun riwayat-riwayat itu dipenuhi dengankeraguan.
Israiliyyat Dalam Kitab-Kitab Tafsir
Adalah mendukacitakan apabila sebahagian kitab-kitab tafsir dipenuhi dengan israiliyyat yang kebanyakannya mencemarkan keindahan agama. Walaupun begitu para penulis dahulu dimaafkan, kerana kebanyakan mereka menyebut daripada siapa kisah-kisah tersebut diriwayatkan atau kita katakan mereka meriwayatkan secara menyatakan sanad iaitu rangkaian nama para perawi yangmembawa kisah. Para pembaca yang mempunyai pengetahuan tentang sanad dan ilm al-Jarh wa al-Ta'dil (menilai kedudukan perawi) akan dapat membeza dan menilai sesuatu riwayat samada ianya datang dari orang yang boleh dipercayai atau tidak, samada sanad bersambung atau tidak.
Malangnya apabila kitab-kitab ini dibaca mereka yang dangkal dalam menilai rawi, atau golongan yang hanya memetik kisah dari buku-buku jalanan atau daripenceramah-penceramah yang kurang teliti, maka mereka pun menerima semua kisah-kisah tersebut tanpa dapat membuat apa-apa kritikan maklumat lagi.Oleh itu as-Syeikh Muhammad Husain az-Zahabi ketika membahaskan kesan pemalsuan terhadap tafsir menyebut di dalam At-Tafsir wa al-Mufassirun:"Sepertimana berlakunya percampuran riwayat-riwayat yang sahih dengan yang tidak sahih ( di dalam kitab-kitab tafsir) menjadikan sebahagian mereka yang tidak berkemampuan membezakannya terus menerimanya. Mereka menerima dengan sebelah mata (tanpa meneliti) dan menghukum kesemuanya sebagai sahih." [m.s. 159-160.