Di saat dunia semakin canggih dan moden. Kepercayaan sebahagian manusia terhadap kebanyakan agama semakin tercemar disebabkan karut-marut yang telah membaluti kebanyakan kepercayaan. Hanyalah Islam, agama yang menolak khurafat, tahyul dan karut-marut yang tiada asasnya. Ini membuktikan hanya Islam sahaja, yang dapat menghadapi perkembangan tamadun kebendaan.
Tamadun yang bersedia mempertikaikan apa sahaja termasuklah ketuhanan. Islam yang tulin tetap utuh, kerana mesej dan tujuannya jelas...
Di saat dunia semakin canggih dan moden. Kepercayaan sebahagian manusia terhadap kebanyakan agama semakin tercemar disebabkan karut-marut yang telah membaluti kebanyakan kepercayaan. Hanyalah Islam, agama yang menolak khurafat, tahyul dan karut-marut yang tiada asasnya. Ini membuktikan hanya Islam sahaja, yang dapat menghadapi perkembangan tamadun kebendaan.
Tamadun yang bersedia mempertikaikan apa sahaja termasuklah ketuhanan. Islam yang tulin tetap utuh, kerana mesej dan tujuannya jelas tidak dicemari oleh kekarutan. Inilah mesej al-Quran dan Sunnah yang sahih. Malangnya ada dikalangan umat, terutama para pendakwah dan penceramah yang kurang berhati-hati mencemarkan al-Quran dengan kisah-kisah israiliyyat dan rekaan yang mencemarkan agama. Kedangkalan mereka mengenali disiplin ilmu telah merosakkan agama dari dalam. Kata Dr. Yusuf al-Qaradawi: "Sesungguhnya antara yang mencemarkan warisan ilmu kita, terutamanya di medan tafsir ialah meresapnya israiliyyat kepadanya, dan sukar pula untuk dibersihkan"katanya juga: "Seakan-akan Yahudi ketika tentera mereka tewas di hadapab dakwah Islam di Madinah, Khaibar dan selainnya, maka mereka ingin menghadapi Islam dengan senjata yang lain, sebagai ganti kepada kekalahan mereka. Demikian itu ialah senjata peperangan pemikiran. Lalu mereka memasukkan riwayat israiliyyat yang pelik-pelik. Dalam kecuaian, maka tidak sampai sekejap, lalu israiliyyat telah mencekik kitab-kitab kaum muslimin.(Dr. Yusuf al-Qaradawi, Thaqafah al-Da`iyyah m.s. 41, cetakan: Muassasahal-Risalah, Beirut).
Di kesempatan ini, saya menyeru kepada diri saya dan semua para penceramah dan pendakwah di masjid, radio dan TV, jauhilah kisah-kisah yang mencemarkan Islam. Tatkala dunia sedang memerangi Islam, dan menuduh Islam dengan berbagai tuduhan, termasuk jumud dan ketinggalan zaman, janganlah kita tambahkan lagi derita agama ini disebabkan kejahilan kita terhadap disiplin ilmu Islam. Islam yang tulin bersih dari kisah-kisah yang bersifat kekartunan dan melucukan. Jangan menconteng wajah al-Quran ini dengan kisah-kisah tempelan yang tiada asas kebenarannya. Hendaklah kita sedar, kekarutan yang dilakukan golongan agama, kesannya ditanggung oleh Islam. Dalam kata lain tangan kita yang menyincang, malangnya bahu Islam yang menanggung.
ada masa kita bergurau ada masa kita perlu serius..