Sesungguhnya dengan mengingati Allah jiwa menjadi tenang. Untuk merehatkan minda cuba sesekali kita hayati tafsiran ayat2 Allah SWT, insyaAllah di situ kita akan temui satu ketenangan yg hakiki, di samping dpt menambahkan ilmu pengetahuan kita ttg Allah. suka shafiah nak kongsi bersama tafsir ayat ni yg shafiah dpt dari salah satu egroup...sama2 kita hayatinya.
Surah 11(Hud), ayat 61::
Maksudnya::
61: “Dan kepada kaum Tsamud, Kami utuskan saudara mereka: Nabi Shaleh. Ia b...
Sesungguhnya dengan mengingati Allah jiwa menjadi tenang. Untuk merehatkan minda cuba sesekali kita hayati tafsiran ayat2 Allah SWT, insyaAllah di situ kita akan temui satu ketenangan yg hakiki, di samping dpt menambahkan ilmu pengetahuan kita ttg Allah. suka shafiah nak kongsi bersama tafsir ayat ni yg shafiah dpt dari salah satu egroup...sama2 kita hayatinya.
Surah 11(Hud), ayat 61::
Maksudnya::
61: “Dan kepada kaum Tsamud, Kami utuskan saudara mereka: Nabi Shaleh. Ia berkata: “Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah! Sebenarnya tiada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Dialah yang telah menjadikan kamu daripada (bahan-bahan) bumi, serta mengkehendaki kamu memakmurkannya, oleh itu mintalah ampun kepada Allah daripada perbuatan syirik, kemudian kembalilah kepadaNya dengan taat dan tauhid. Sesungguhnya Tuhanku sentiasa dekat, lagi sentiasa memperkenankan permohonan hambaNya.â€
-
Ayat 61 hingga ayat 68 Surah Hud ini menerangkan kisah Nabi Shaleh a.s yang diutuskan kepada kaum Tsamud. Nabi Shaleh as adalah Rasul yang kedua daripada bangsa Arab. Rasul yang pertama daripada bangsa Arab ialah Nabi Hud a.s yang diutuskan kepada kaum ‘Ad (yang dikatakan berada di sekitar Hadhramaut sekarang ini). Kisah Nabi Hud a.s dan kaum Ad ada diterangkan di dalam Al-Quran Surah yang sama iaitu Surah Hud, ayat 50-60.
-
Berdasarkan kajian sejarah keturunan bangsa Arab dikatakan bahawa kaum ‘Ad dan kaum Tsamud adalah suku-suku daripada bangsa Arab purbakala yang telah musnah. Mereka disebut “Al-Arab al-Baidah†iaitu Arab yang telah habis atau tiada lagi. Disebutkan juga bahawa disamping kaum Ad dan kaum Tsamud itu adalah kaum Jurhum al-Ula (Jurhum yang pertama).
-
Kaum Tsamud juga digelar Kaum ‘Ad yang kedua. Mereka tinggal di sebuah tempat yang bernama Al-Hijr yang terletak di antara negeri Hijaz dengan negeri Syam, iaitu di sebelah utara Madinah. Bekas-bekas peninggalan mereka terdapat di “Wadi Al-Qura†dan “Al-Bitra†di negeri Jordan.
-
Di dalam Al-Quran, selain daripada ayat-ayat 61-68 Surah 11: Hud, kisah Nabi Shaleh a.s dan kaum Tsamud juga diterangkan di dalam ayat-ayat:
a) Surah 15: Al-Hijr – ayat 80 hingga ayat 84 (5 ayat)
b) Surah 26: Asy-Syu’ara’ – ayat 141 hingga ayat 159 (19 ayat)
c) Surah 27: An-Naml – ayat 45 hingga ayat 53 (9 ayat)
d) Surah 51: Adz-Dzariat – ayat 43 hingga 45 (3 ayat)
e) Surah 53: An-Najm – ayat 50 dan ayat 51 (2 ayat)
f) Surah 54: Al-Qamr – ayat 23 hingga 32 (10 ayat)
g) Surah 91: As-Syams – ayat 11 hingga ayat 15 (5 ayat)
Kesemua isinya, baik dalam susunan kata pendek atau panjang, jelas menerangkan satu perkara yang amat pokok iaitu pengajaran dan peringatan kepada manusia.
-
Dan kepada kaum Tsamud, Kami utuskan saudara mereka: Nabi Shaleh. Dengan keratan ayat ini diterangkan kepada kita bahawa Nabi Shaleh a.s diutus oleh Allah Taala sebagai Rasul kepada kaum Tsamud. Nabi Shaleh a.s itu pula bukanlah dari orang luar tetapi saudara ataupun putera kepada kabilah Tsamud itu sendiri. Jika kita amati dengan teliti, maka jelaslah kepada kita bahawa ayat ini juga menjelaskan atau memberitahu kepada kita bahawa kesemua Rasul yang diutus Tuhan itu membawa atau menyampaikan seruan yang sama. Nabi Shaleh as yang diutuskan kepada kaum Tsamud itu juga menyampaikan seruan yang sama sebagaimana yang disampaikan oleh para Rasul sekeliannya.
-
Ia berkata: “Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah! Sebenarnya tiada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. “Ia†yang dimaksudkan di dalam terjemahan di atas ialah merujuk kepada Nabi Shaleh yang berkata kepada kaumnya. Seruan yang disampaikan oleh Nabi Shaleh a.s itu ialah seruan mentauhidkan Allah Taala, iaitu hanya Allah sahajalah yang patut disembah kerana tidak ada Tuhan selain daripadaNya. Itulah isi terpenting Islam yang disampaikan oleh Nabi Shaleh kepada kaumnya. Bahkan itulah juga pokok seruan dan ajaran semua Rasul yang telah diutuskan oleh Allah Taala sebelum Nabi Shaleh a.s dan juga para Rasul selepasnya. (Kemuncak kepada Islam itu ialah ajaran Tauhid yang disampaikan dan dilengkapkan atau disempurnakan oleh Nabi yang terakhir iaitu Nabi kita Muhammad s.a.w; yang mana dengan seruan yang disampaikan oleh Rasulullah saw, Allah Taala telah redha dengan Islam sebagai agama untuk kita.)
-
Dialah yang telah menjadikan kamu daripada (bahan-bahan) bumi (,). Sebabnya Allah Taala sahaja yang sepatutnya disembah dan tiada Tuhan selain dia itu ialah kerana Allah Taala lah yang menjadikan kamu daripada bumi. Permulaan kejadian kamu adalah daripada bumi kerana tanah adalah bahan yang mana Nabi Adam a.s itu diciptakan. Seterusnya kamu, sebagai keturunan Nabi Adam a.s., juga jika dikaji dengan teliti dijadikan daripada tanah sebagai bahan-bahannya. Sebabnya, hakikat kejadian jasad zahir manusia itu adalah daripada air mani lelaki dan mani perempuan yang bercampur jadi satu lalu disimpan di dalam rahim perempuan. Selama 40 hari bernama Nuthfah, 40 hari lagi bernama ‘Alaqah, dan 40 hari lagi bernama Mudhgah. Seterusnya beransur-ansur membentuk lembaga bertubuh dan lengkap dengan daging, tulang dan darah.
-
Jika kita amati dengan penyelidikan dan pengetahuan manusia pada hari ini, tidaklah dapat dinafikan bahawa hakikat kejadian zahir manusia itu bermula daripada cantuman air mani yang berubah menjadi segumpal darah yang mana kemudiannya menjadi seketul daging. Seterusnya daripada daging itu menjadi menjadi rangka yang bertulang dan berbalut dengan daging yang pada asalnya adalah daripada darah sedangkan darah pula asalnya daripada bahan-bahan makanan yang dimakan. Makanan pula berasal daripada tumbuh-tumbuhan bumi ataupun daripada daging haiwan yang memakan tumbuh-tumbuhan bumi. Oleh itu, jelaslah bahawa manusia itu dicipta daripada bumi juga.
-
Jika kita boleh perhalusi lagi dengan pengetahuan moden kita, maka lebih yakin lagilah kebenaran firman Allah Taala yang disebut di atas. Kita tahu bahawa di dalam tumbuh-tumbuhan bumi itu tersimpan calori dan zat makanan, pelbagai vitamin, mineral, hormon dan sebagainya yang mana kesemuanya adalah untuk pembentukan, tumbesaran dan kegunaan tubuh manusia. Oleh yang demikian, dapatlah kita simpulkan bahawa bukan sahaja Nabi Adam a.s dijadikan (secara langsung) daripada tanah, bahkan kita semua anak cucu Nabi Adam a.s tidaklah akan lahir menjadi manusia sekiranya bahan-bahannya bukan berasal daripada bumi juga.
-
serta mengkehendaki kamu memakmurkannya(,). Kaum Tsamud itu dikatakan terdiri daripada golongan petani, kerja-kerja pertukangan, dan ahli dalam pembinaan rumah. Maka nyatalah di sini bahawa kamu yang berasal dari bumi itu, di muka bumi jugalah kamu tinggal menjadi penghuninya, mencari kehidupan dan memakmurkanya. Di dalam Tafsir Pimpinan Ar-Rahman dikatakan maksud kalimah ini adalah berusaha supaya ramai penduduknya, banyak hasil mahsulnya, dan sejahtera hidup padanya. Sesetengah ahli tafsir pula menterjemahkan kalimat ayat di dalam (10) di atas sebagai “Dan (Dia) meramaikan kamu di dalamnya.†Ini dibuat berdasarkan kalimah “وَاسْتَعْمَرَكُمْ†yang dimaknakan sebagai “dan meramaikan kamuâ€. Seterusnya dari kata ““اسْتَعْمَرَكُمْ†berpecah menjadi makmur. Apabila bumi subur dan makanan mencukupi, maka manusia pun akan dapat hidup dengan sentosa mencari rezeki dan berketurunan.
-
Sebagaimana yang kita sebutkan pada awal tadi, kaum Tsamud hidup dengan makmur di tanah tempat tinggal mereka iaitu di negeri Al-Hijr yang terletak di antara Syam dan Hijaz. Penemuan-penemuan arkeologi telah mendapati bahawa terdapat kemakmuran zaman lampau di kawasan tandus dan pada padang pasir tersebut. Jelaslah kepada kita bahawa inilah yang diperingatkan oleh Nabi Shaleh a.s kepada kaumnya itu iaitu baginda telah menyeru dan memperingatkan kaumnya agar mentauhidkan iaitu mengesakan Allah Taala sebagai Tuhan yang menciptakan mereka, bukannya berhala-berhala, patung-patung mahupun sebarang makhluk yang lain (nota: maaf saya belum dapat maklumat yang sharih apakah yang disembah oleh kaum Tsamud tersebut di dalam kejahilan mereka melakukan kerja syiri’ atau menyengutukan Allah Taala). Baginda juga mengingatkan agar mereka mensyukuri nikmat kemakmuran yang telah dianugerahkan oleh Allah Taala kepada mereka.
-
"oleh itu mintalah ampun kepada Allah daripada perbuatan syirik,". Oleh itu, Nabi Shaleh as menyeru kaumnya supaya meminta ampun kepada Allah Taala daripada perbuatan syirik yang mereka lakukan. Pintu syukur yang pertama itu ialah kesedaran bahawa menyengutukan atau mensyirikkan Allah Taala itu adalah satu dosa yang paling besar. Sesudah menyedari kesesatan sedemikian, iaitu Allah Taala yang menganugerahkan kemakmuran tetapi yang lain pula yang mereka agung-agungkan dan disembah.
-
“kemudian kembalilah kepadaNya dengan taat dan tauhid.â€. Nabi Shaleh as telah menyeru kaumnya supaya memohon keampunan daripada Allah atas kesalahan yang dilakukan oleh mereka (yakni kaumnya) itu dahulu iaitu menyengutukan Allah Taala. Taubat bermaksud kembali. Maksudnya ialah kembali kepada jalan ketaatan dan ketauhidan yang sebenar iaitu tiada Tuhan melainkan Allah Taala. Nabi Shaleh telah menyeru mereka supaya kembali kepadaNya dengan bertaubat iaitu tidak akan kembali lagi kepada kesalahan menyengutukan Allah Taala itu, mudah-mudahan mereka akan diampuni oleh Allah Taala.
-
Daripada huraian ke atas kalimah-kalimah di atas, jelaslah kepada kita di sini terdapat dua (2) tahap kesedaran diri akan kesalahan yang dilakukan. Pertamanya adalah mula sedar bahawa perbuatan itu sememangnya salah, lalu memohon ampun. Akan tetapi meminta ampun tersebut adalah untuk kesalahan-kesalahan furu’ atau cabang sahaja, sedangkan memohon ampun atas kesalahan sedemikian tidaklah bererti jika sikap dan jiwa itu sendiri tidak diubah.
Keduanya, hendaklah kita sedar bahawa timbulnya pelbagai jenis kesalahan furu’ sedemikian adalah disebabkan telah melakukan kesalahan dasar atau batang atau pokok utama iaitu mempersekutukan Allah Taala dengan sesuatu yang lain. Inilah kesalahan yang tidak memadai hanya dengan meminta ampun sahaja tetapi hendaklah bertaubat. Sebabnya ialah syirik itu merupakan kemuncak atau akar kepada segala dosa yang dilakukan oleh seseorang.
-
“Sesungguhnya Tuhanku sentiasa dekat, lagi sentiasa memperkenankan permohonan hambaNya.â€. Seterusnya, Nabi Shaleh menyatakan lagi bahawa sesungguhnya Tuhanku itu dekat, iaitu tidak sukar untuk memohon dan berdoa kepadaNya, lagi sentiasa memperkenankan doa, asalkan sahaja mereka beriman dan ikhlas kepadaNya.
-
Demikianlah juga pengajarannya kepada kita, jika telah terlanjur kepada perbuatan syirik, maka segeralah memohon ampun dan bertaubat dengan sebenar-benar taubat, iaitu ikhlas kembali mengesakan Allah Taala berbanding jalan sesat, dan mengambil jalan taat berbanding jalan kejahatan dan maksiat. Sudah dijelaskan kepada kita di dalam ayat ini yang menceritakan perkataan-perkataan dasar tauhid yang diucapkan oleh Nabi Shaleh as kepada kaumnya yang menjadi pengajaran untuk kita. Juga, jelaslah kepada kita bahawa Allah Taala itu sentiasa dekat kepada kita sebagai hamba-hambanya, dan akan didengarNya segala permohonan kita lebih-lebih lagi jika hendak kembali (iaitu taubat) kepadaNya. Segala permohonan yang timbul dari hati tulus ikhlas dan penuh rasa kesedaran (keinsafan) akan kelalaian diri sendiri, niscaya permohonan itu akan diperkenankanNya.
Mengalah dan memberi maaf bukan bererti kalah. Ia bererti mengutamakan kebaikan dan kasih sayang ALLAH.
20. Dan yang demikian itu tidaklah sukar bagi Allah melakukannya.
Surah Ibrahim Ayat 19 & 20
No doubt! Verily, the Auliya' of Allah and love Allah much, no fear shall come upon them nor shall they grieve.