Bacalah Dengan Nama Tuhan mu dengan hati yang tenang dan terbuka
Artikel ini ditaip pada tahun 2002
Disini saya ingin menyiarkan sebuah artikel dari seorang wanita yang saya temui sempena seminar Kementerian Sumber Manusia di PWTC Kuala Lumpur baru-baru ini . Ada beberapa perkara yang menyebabkan saya menyiarkan sepenuhnya isi kandungan beliau.
Pertama dilema yang dihadapi oleh kebanyakkan wanita pada akhir zaman ini.Lelaki kurang, wanita ramai.Dan selepas ini kita akan menghadapi Pera...
Bacalah Dengan Nama Tuhan mu dengan hati yang tenang dan terbuka
Artikel ini ditaip pada tahun 2002
Disini saya ingin menyiarkan sebuah artikel dari seorang wanita yang saya temui sempena seminar Kementerian Sumber Manusia di PWTC Kuala Lumpur baru-baru ini . Ada beberapa perkara yang menyebabkan saya menyiarkan sepenuhnya isi kandungan beliau.
Pertama dilema yang dihadapi oleh kebanyakkan wanita pada akhir zaman ini.Lelaki kurang, wanita ramai.Dan selepas ini kita akan menghadapi Perang Akhir Zaman.Ramai lagi lelaki yang akan terkorban,dan ramai wanita yang akan mencapai status janda.
Kedua keberanian beliau meluahkan apa yang tersirat dalam fitrah manusia.jarang ada wanita yang berani berbuat demikian, mungkin kerana sifat malu. Dan yang ketiga , apa yang telah Allah syariatkan, ada hikmah disebaliknya, Maha Suci Allah tidak Ia berbuat demikian untuk menganiaya hamba-hambaNya.
Ok . Bacalah Dengan Nama Tuhan mu dengan hati yang tenang dan terbuka.Barulah digelar ilmu itu cahaya , jahil itu merbahaya. Tapi kalau dah berilmu masih lagi tidak dapat menerima syariat Illahi dalam apa jua perkara, bukan setakat poligami jer, tunggulah cahaya jugak..bukan cahaya kebenaran tapi cahaya api neraka...nauzubilah.
SELAMAT MEMBACA
Seorang lelaki diikat hatinya dengan empat hati atau tiga hati atau dua hati perempuan. Itulah poligami. Sayidina Hussin bin Ali berkahwin dengan ramai orang isteri. Syeikh Abdul Kadir Jailani berkahwin empat sekaligus. Ini berlaku di zaman para sahabat dan salafussoleh. Dan contoh yang paling baik ialah Rasulullah saw. Baginda mempunyai ramai isteri. Poligami bukan mainan orang-orang mutakhirin yang dikatakan untuk memuaskan hawa nafsu semata-mata. Tetapi inilah jejak-jejak para sahabat dan salafussoleh antara beribu-ribu jejak yang ditinggalkan oleh mereka. Mereka tinggalkan iman dan Islam untuk kita. Dengan bermodalkan iman dan islamlah ulama-ulama atau orang-orang yang cintakan Islam hari ini boleh berjuang, berjihad, berkorban dan boleh mengamalkan sunnah.
Poligami adalah sunnah yang sunat. Sunnah pun ada lima hukum. Jadi kalau untuk tegakkan sunnah Rasulullah saw sebagai bukti kecintaan pada Rasulullah, maka ikutilah ke semua sekali cara hidup (sunnah) Rasulullah dari mula bangkit tidur hinggalah dalam berjuang dan berjihad serta berkorban. Disinilah titik mulanya kebahagiaan poligami.
Poligami tanpa pengamalan syariat akan pincanglah ia. Poligami memerlukan kekuatan iman. Ia menuntut pengorbanan sehinggalah hati ditekan sampai ke taraf: "Tidak apalah aku tidak dapat apa-apa di dunia. Aku inginkan ganjaran di akhirat kelak."
Bukan calang-calang hati yang boleh memikul bebanan begitu. Kalau mahu kenal diri, berpoligamilah. Baik isteri mahupun suami. Di situlah tempat keluarnya segala mazmumah hati. Salah-salah didik boleh menarik kita ke neraka Allah swt. Hikmat-hikmah berpoligami itu terlalu banyak:
- Rasulullah berbangga dengan umat yang ramai. Ini sesuai dengan hadis Rasulullah yang bermaksud:
"Hendaklah kamu bernikah kahwin, hendaklah kamu berketurunan. Saya berbangga dengan pengikut yang ramai."
Rasulullah berbangga dengan pengikut yang ramai. Kalau berkahwin satu mungkin menghasilkan anak yang tidak ramai tetapi jika isteri ramai, ramailah pula anak dan sekaligus bertambahlah umat Rasulullah saw. Itulah sebabnya Rasulullah menggalakkan seorang lelaki berkahwin dengan perempuan yang berketurunan ramai anak. Hadis yang berbunyi:
"hendaklah kamu berkahwin dengan perempuan yang ramai anak dan berkasih sayang."
Menggembirakan hati Rasulullah adalah satu perkara yang baik dengan terpuji. Kita akan turut rasa bahagia jika Rasulullah gembira. Untuk bersama-sama dengan baginda memanglah kita tidak berpeluang lagi. Cukuplah dengan menggembirakan baginda dengan perkara-perkara yang disukai oleh baginda Rasulullah saw.
- Sebagai tanda kasih sayang kepada suami
Selalunya bila hati sudah cinta, sanggup menyerahkan jiwa dan raga. Berapa ramai anak gadis yang hilang kegadisannya kerana cinta. Mereka korbankan untuk kekasih yang dicintai. Tetapi pengorbanan mereka salah tempat dan mendapat kutukan daripada Allah swt kerana Allah melarang perbuatan zina. Dalam hubungan ikatan kasih sayang suami isteri juga begitu. Bila kita sayangkan suami tentulah kita ingin menggembirakan hatinya. Kita akan turut tersenyum bila suami tersenyum. Itu hati seorang perempuan yang cintakan suaminya. Bila suami gembira (redha) dengan apa yang dilakukannya. Tetapi tidak bagi wanita yang cintakan suami dengan pura-pura, dia akan menghulurkan mulutnya dengan peluru berpandukan yang datangnya dari syaitan atau dengan mulut senapang.
Salah satu untuk menggembirakan hati suami ialah dengan merelakan suami berkahwin lagi. Bukan sahaja suami yang gembira, bahkan isteri juga mendapat kebahagiaan. Kalau selama ini ukuran kasih sayang suami 70%, akan bertambah 90% kerana rasa terhutang budi dan belas kasihan kepada isteri yang sanggup dimadukan dua, tiga dan empat orang untuk kebahagiaan hati seorang suami. Memang ini susah hendak dibuat. Sebab itu perlu kekebalan iman. Barulah segala-galanya mudah. Modalnya hanya iman iaitu kerana Allah dan untuk Allah. Maka, akan lapanglah dada selapang-lapangnya. Sejuk hati sesejuk salji. Tetapi tidak semestinya orang yang kebal iman sahaja yang boleh berpoligami. Adakalanya Allah takdirkan poligami itu untuk kita meningkatkan iman di dada. Oleh itu, kalau suami hendak kahwin jangan kita larang.
- Ujian pada wanita
Kaum lelaki mempunyai gelanggang perjuangan yang luas. Dunia ini dalam genggaman mereka. Wanita hanya terhad. Sebab itu, gelanggang yang besar maka ujian juga besar. Sedangkan wanita gelanggangnya kecil dan ujiannya juga kecil. Tetapi ujian yang dirasakan paling besar bagi wanita adalah poligami. Poligami menyingkap pekung di dada. Mazmumah yang kita bela dalam hati akan terungkai apabila berpoligami. Itu pun kalau kita mahu baiki diri. terpulang pada kita.
Untuk menjadi baik, kita mesti tempuh gelanggang mujahadah. Dan ada juga orang yang jatuh tersungkur kerana kalah melawan hawa nafsu dan syaitan. Kalau mahu mengukur kekuatan nafsu lihatlah melalui tindakan kita terhadap madu dan suami ketika berpoligami. Itulah nafsu kita yang selama ini kita bela. Maka, ujian poligami ini bukan untuk menyiksa wanita tetapi sebagai salah satu tempat pemerosesan hati yang sudah berkarat. Supaya hati itu bersinar semula sebagai penyuluh yang terang dalam mengerjakan perkara-perkara kebaikan untuk mengejar redha Allah swt.
- Kaum wanita melebihi kaum lelaki
Perangkaan telah menunjukkan bahawa wanita lebih dari lelaki. Sesuai dengan hadis Rasulullah yang bermaksud:
"Di akhir zaman nanti bandingan di antara lelaki dan wanita, satu kemampuan lelaki lima puluh wanita."
Jadi apa salahnya kita beri suami kita untuk berkongsi nikmat yang Allah pinjamkan di dunia yang sementara ini. Keperluan naluri manusia tidak boleh ditolak. Tuntutannya perlu dipenuhi. Memang manusia suka hidup berpasangan. Lelaki suka perempuan dan perempuan suka lelaki. Cuma, ia mesti ikut syariat, baru Allah redha. Kalaulah kita berada di tempat orang-orang yang tidak berkahwin lagi di umur lewat 30-an atau 40-an bagaimana? Apa perasaan kita? Oleh itu sama-samalah kita amalkan poligami sebagai belas kasihan kepada kawan-kawan sejenis yang ingin merasa nikmat hidup berkeluarga. Rasulullah bersabda:
"Kasihanilah apa yang ada di bumi nescaya apa-apa yang dilangit akan mengasihani kepada kamu."
Oleh:
Puan Solehah
Kota Bharu,
Kelantan.
demi kebaikan bersama.
Renungkanlah bersama bertapa indahnya
ciptaan illahi........