Nor Azizah
Nor Azizah
21 years
1039 views

patutkah aku...

Aku merupakan insan yang sederhana.aku tidak dapat lari dari hakikat bahawa aku tidak dicintai oleh insan bergelar lelaki.Itu aku redha....tapi,hati ini sering diuji...kawan-kawan mempunyai teman untuk diceritakan,tapi aku...ahhh..kadang-kadang aku merasakan takdirku adalah malang...Aku cemburu pada kawanku yang memiliki cinta...Bagaimanakah untuk aku tidak mempunyai sifat cemburu di hati ini?Aku selalu cuba mengikis perasaan tersebut...tapi aku gagal...apa yang perlu aku lakukan...bantulah aku ...

7 comments
Share this post

Comments (7)
Nor Azizah
Tima kasih la diatas nasihat korang semua.Rasa lega sedikit hati ini.Inila gunanya nasihat yang diterima.Terima kasih smua ya...
21 years
Hamzah
Ok kita berkongsi pengalaman

Yang pertama,

Ambil contoh kes pemain bolatu, selang beberapa jam sebelum DISATUKAN sebagai SUAMI ISTERI bukan kawan baik beb, sekarang ni sedang berjuang di MAHKAMAH. Ini semua di tangan Tuhan.

Yang Kedua,

kekasih tidak menjamin jadi calon isteri/suami

kawan saya 2 Hawa nak kat dia, kerana tidak mahu mengecewakan, dia sapu dua-dua (buat calonla) sebab dia tahu, semua di tangan mak dia. Kedua-dua dibawa berjumpa ngan makdia, last2 mak dia pilih sorang lagi pasrahlah. Ingat.... kekasih tidak menjamin jadi calon

Yang Ketiga

Ni Dr Fadzilah Kamsah dalam ruangan Hidayah hari Sabtu 6.30 pagi, ada perempuan berjumpa dgn beliau, menangis-nangis kerana ditinggal tunang, dia cakap kat gadis tu, kenapa menangis! awak patut bersyukur kerana Allah nak berikan yang lebih baik dari tu.

Renung-renungkan.....



Keredhaan Allah sebahagiannya terletak pada izin dan restu ibubapa.
21 years
osama_laden
emmm,kak ita still single ek..

leh laa masuk nih....



Ya Allah Ya Tuhanku..aku redha akan ujian dari-MU..pintaku,berikanlah aku kekuatan dan ketabahan untuk mengharungi semua ini...uhuksss...uhuksss...
21 years
Itaarissa
Nor Azizah...

waktu saya tgk biodata td....umur sama...tinggi pun samer..kijer pun lebih kurang samer....

Apa yg kita nak cemburu bila tgk masing2 ada bf atau gf.....tu belum tentu jodoh lagi tuh.....

saya pun masih single lg...still leh senyum dan ceria lagi......disamping beberapa kawan yg masih single.....

Antara nasihat Dr fadzillah Kamsah ialah....

1. Yg first kena timer diri kita seadanya

2. kena rasa atau fikir yg kita ni cantik/comel...baru la ceria hidup nih....kalu kita kata kita buruk..pastu muka kita lak asyik masam jer..bila masa nak nampak comelnya? so ceria2kan hati...pastu senyum2 depan cermin.....cuba tilik2 muka tuh.....mesti takder kurangkan? ada 2 mata..satu hidung dan satu mulut yg boleh berfungsi dgn sempurnakan?

3. Belajar2 la bergaul dan cari kawan...

4. Kalu kita ni mmg jenis pemalu... mintak tolong kawan...atau saudara mara tolong perkenalkan......(saya buat cara nih)..kita tak boleh berharap jer..kena ada usaha....

5. Pastu kena doa dan baiki diri kita juga......

6. Usaha untuk buang sifat2 buruk dan ganti dgn sifat2 baik dan positif...

7. Yg ptg bukan bercinta tp kita leh hidup ngan pasangan hidup yg halalkan?

Cam saya saya tak kisah takder pakwe....sbb pakwe bukan prerequisite utk mendptkan jodoh...jodoh pertemuan tetap di tgn Allah kan?

8. Sentiasa bersangka baik dgn Allah dan banyak bersabar.....setiap ujian Allah ada hikmahnya.

9. Andai kata menpunyai kekasih atau pasangan hidup hanya menjauhkan diri kita dr Allah apa gunanya? Lebih baik menjadi rabiatual Adawiyahkan?

9. Fikir semula naper kita perlukan pasangan hidup...sbb org dah bising? Sbb malu atau takut org kata kita andalusia? Terasa sunyi? Tp jika kita rasa dah bersedia untuk memenuhi sunnah rasul...elok la cari calon yg sesaui sorang dan terus kawen.....cara tu adalah lebih baik dr bercouple.....kerana hubungan kasih antara lelaki dan pompuan yg halal adalah melalui perkahwinan.

10. Penuhi waktu dgn aktiviti berfaedah dan jgn fikirkan sgt semua tu..kerana ia akan semakin merunsingkan fikiran.....

11. Tapi dalam masa sama kena ada usaha..baik secara fizikal mahupun secara doa dan solat hajat......serta jgn putus asa

12.. Burulah cinta Allah..semoga ditemukan dgn pemburu cinta Allah jua....insyaAllah....

p/s; Mmg kita tak mampu menafikan fitrah kehidupan insan yg perlu berpasangan tp kena fikir juga jalan yg kita tempuh utk menemui pasangan kita tuh..kalau boleh biarlah dia jd teman perjalanan hidup dunia sampai akhirat...so kena banyak sabar erk......
21 years
osama_laden
cinta,satu makhlus yang unik...



Ya Allah Ya Tuhanku..aku redha akan ujian dari-MU..pintaku,berikanlah aku kekuatan dan ketabahan untuk mengharungi semua ini...uhuksss...uhuksss...
21 years
@rsenal cyber
hati dan perasaan orang tak boleh dipaksa... tapi insyaallah satu hari akan tiba juga..

"belakang parang kalau di asah tajam juga"
21 years
ahba
Ada tu nanti................sabar ler..............nanti datanglah tuuuuuuu!

mmmmmm

.

ku sedari siapa diri ku ini...insan yg serba kekurangan...!
21 years
Post a Comment
Add photos or video
Be respectful and constructive.