ilham
ilham
21 years
1259 views

Tsunami: Haiwan tahu lebih awal

Memang di dalam banyak perkara haiwan lebih mendahului manusia.

Bererti kepakaran sains dan teknologi mereka lebih mantap dan teruji berbanding manusia.

Perkara ini terbukti di dalam isu Tsunami ini.

Kelompok binatang lebih awal mengesannya...

Semuanya itu adalah kelebihan pada makhluk yang dikatakan lemah itu..

Bagaimana kehandalan mereka di dalam isu Tsunami ini,

sila klik di sini:-

http://villailhami.blogspot.com

terima kasih daun keladi yang tak gatal...

8 comments
Share this post

Comments (8)
puteri_jingga
tsunami......tanda dunia akan hancur

banyak-banyak kan amalan kita....

semoga hamba-hamba yang pergi, dicucuri rahmat Allah...

kita juga akan turut menyusul..

bila dan dimana hanya Allah yang maha mengetahui..

Allahuaklam
21 years
Wan Kasmah Daud
cik sal .... ceta apa pun takper ler .....

asalkan semuanya bahagia ..... ....
21 years
salopet
eikh....ceta ape yerk nie.....

ceta gatal-gatal keladi ker ceta binatang...

....

dulu kini dan selamanyer....wadah, indah tidak berubah....
21 years
Mami Ros
Kita sebenarnya jugak sehebat binatang binatang tu , ada xtra Allah berikan pada kita....AKAL..

tapi jarang kita gunakan sebaik mungkin termasukjuga mami.....(lebih baik mengaku dari mempertikaikannya)..

kalau kita dah nampak ombak datang kenapa kita taklari menyelamatkan diri, tunggu sehingga ombak sampai ke hujung jari kaki....

bagitu jugak kalau ada kemalangan jalanraya, jalan sesak bagai nak rak.. aleh aleh... kereta yang berlanggar tu tak berguris pun calarnya..

Hobi manusia, suka melihat baru bertindak...sesuai ngan peribahasa lama...

Dah terantuk baru tengadah.....



Payah sungguh nak buat org lain paham maksud kita...
21 years
Zana.
apa ye... agaknya

Manusia yang ada rasa gatal bila dah tersentuh penyakit ni tak???



"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."
21 years
bawangmerah
salopet...apasal selalu org ckp ..miang-miang daun keladi...ekk?
21 years
Zana.
Haiwan lebih awal kesan tsunami

PARIS: Banyak haiwan di pesisir pantai Lautan Hindi melarikan diri daripada tsunami 26 Disember lalu, berkat deria pendengaran yang lebih tajam daripada manusia, kata pakar zoologi Perancis.



Gambar udara Taman Negara Yala di Sri Lanka, yang disiarkan saluran televisyen antarabangsa menunjukkan taman itu dilanda ombak besar.

Namun tiada bangkai gajah, harimau bintang, rusa, anjing liar dan buaya ditemui selepas kejadian.

Siaran itu memperkukuhkan lagi kepercayaan burung akan terbang, anjing menyalak dan binatang lari secara berkumpulan sebelum berlaku gempa bumi dan letupan gunung berapi.

“Dalam apa jua yang membabitkan gegaran termasuk gempa bumi, gelombang bunyi haiwan berupaya mengesannya lebih dulu daripada manusia.

“Gajah, misalnya mempunyai keupayaan komunikasi infrasound dan boleh mengesan bunyi itu pada jarak yang agak jauh,” kata penyelidik tabiat haiwan Perancis, Herve Fritz.

Infrasound ialah istilah bunyi frekuensi rendah, selalunya di bawah 20 Hertz iaitu di bawah keupayaan manusia untuk mendengarnya.

Fritz menyebut dua teori bagaimana gajah mendapat amaran awal tsunami. Haiwan mungkin dapat mengesan gegaran bumi atau mendengar deruman ombak besar jauh sebelum tiba ke pantai.

Mamalia juga mampu mendapat amaran awal melalui gegaran bumi dan kelawar pula menggunakan sonar untuk mengesan bahaya yang bakal menimpa.

Pengarah Zoo Paris, Anne-Claude Gauthier, berkata banyak haiwan lain juga mempunyai sensor bukan berasaskan bunyian.

Ini termasuk burung merbuk yang sensitif terhadap perubahan tekanan udara, burung migrasi dan lebah yang seolah-olah mempunyai kompas kecil ketepatan tinggi yang mampu mengesan perubahan dalam kuasa magnetik bumi.

Katanya, haiwan yang hidup berkelompok seperti gajah, rusa dan burung juga mempunyai kod amaran seperti salakan yang memberi isyarat kepada kelompoknya bahawa bahaya akan menimpa. – AFP

"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."
21 years
salopet
daun keladi memang tak gatal...

yg gatal batang keladi dan buah keladi...

DAN kekadang org2 yg memakannyer...

....

dulu kini dan selamanyer....wadah, indah tidak berubah....
21 years
Post a Comment
Add photos or video
Be respectful and constructive.