Akhirnya, gempa bumi di Selatan Asia adalah merupakan amaran daripada Allah SWT, bukan sahaja kepada mereka yang berada di kawasan tersebut, tetapi juga kepada seluruh umat manusia dan terutamanya kepada mereka yang mengaku Islam, bahawa mereka haruslah kembali kepada Tuhannya dan Ad-Deennya iaitu Islam. Ramai dari kalangan umat Islam pada hari ini telah melakukan begitu banyak dosa dan ada diantara dosanya termasuk dosa-dosa besar, yang boleh membawa mereka terkeluar dari lingkungan Islam, mana...
Akhirnya, gempa bumi di Selatan Asia adalah merupakan amaran daripada Allah SWT, bukan sahaja kepada mereka yang berada di kawasan tersebut, tetapi juga kepada seluruh umat manusia dan terutamanya kepada mereka yang mengaku Islam, bahawa mereka haruslah kembali kepada Tuhannya dan Ad-Deennya iaitu Islam. Ramai dari kalangan umat Islam pada hari ini telah melakukan begitu banyak dosa dan ada diantara dosanya termasuk dosa-dosa besar, yang boleh membawa mereka terkeluar dari lingkungan Islam, manakala ada yang secara tidak sedar menjadi kufur. Kita melihat mereka yang melengah-lengahkan dan ada yang meninggalkan solat, memakan makanan dan meminum minuman yang haram, mengamalkan riba, tidak menunaikan amanah, melakukan kerja-kerja mungkar dan mencegah yang ma'aruf, memerintah dengan menggunakan undang-undang kufur, menyokong dan membuat alasan bagi pemerintah mereka yang murtad dan kerajaan mereka di bumi umat Islam, menyekutu sesuatu dengan Allah SWT samada dari nama-Nya, sifatnyanya dan perbuatannya, pergaulan bebas, mendedahkan aurat mereka, mendengar musik dan lagu atau mennton filem yang melalaikan dan maksiat, meninggalkan al-Quran dan Sunnah. Kesemua ini telah lama wujud dalam masyarakat kita.
Marilah kita bertakwa kepada Allah SWT dan menjadikan peristiwa yang berlaku ini sebagai amaran daripada Allah SWT. Allah SWT memberi kita peluang dan janganlah kita lalai mengenainya. Apa yang telah berlaku mungkin akan berlaku lagi jika sekiranya kita mengikuti jejak langkah syaitan dan menjauhkan diri dari Allah yang Maha Pengasih.
"Patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Tuhan yang pusat pemerintahanNya di langit itu: Menunggang-balikkan bumi menimbus kamu, lalu bergegarlah bumi itu dengan serta-merta (melenyapkan kamu di bawahnya)? Atau patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Allah yang pusat pemerintahanNya di langit itu: Menghantarkan kepada kamu angin ribut yang menghujani kamu dengan batu; maka dengan itu, kamu akan mengetahui kelak bagaimana buruknya kesan amaranKu?" [Surah al-Mulk 67:16-17]
Marilah kita merenung seketika dan menyoal diri sendiri apakah kesannya ke atas kita setelah kita melihat dan mendengar begitu banyak kejadian gempa bumi ini. Berbahagialah mereka mengambil pengajaran daripada kejadian tersebut. Dan amat malanglah mereka yang tidak mendapat pengajarannya dan menganggap bahawa kejadian ini hanyalah merupakan satu bencana alam yang biasa.
"Dan tiada yang menghalang Kami dari menghantar turun mukjizat yang mereka minta itu melainkan kerana jenis mukjizat itu telah didustakan oleh kaum-kaum yang telah lalu dan di antaranya Kami telahpun memberikan kepada kaum Thamud unta betina sebagai mukjizat yang menjadi keterangan yang nyata, lalu mereka berlaku zalim kepadanya dan biasanya Kami tidak menghantar turun mukjizat-mukjizat itu melainkan untuk menjadi amaran (bagi kebinasaan orang-orang yang memintanya kalau mereka tidak beriman)." [Surah al-Isra:59]
Dipetik dari:
null http://www.ladang.net.my/modules.php?name=Content&pa=showpage&pid=12
Keredhaan Allah sebahagiannya terletak pada izin dan restu ibubapa.
"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."