Tuhan tidak mencipta sesuatu itu dengan sia sia. Semua ada sebabnya, semua ada gunanya, semua ada hikmahnya. Terpulang kepada manusia untuk mencari sebabnya, gunanya dan hikmahnya itu.
Tuhan hamparkan bumi ini dan mencipta segala sesuatu didalamnya bukan semata mata untuk manusia hidup dan berkembang biak diatas serta menggunakan segala khazanah kekayaan-Nya. Yang lebih penting ia bertujuan supaya manusia dapat melihat secara zahir akan alam ciptaan Tuhan ini. Ia adalah bukti besar kepad...
Tuhan tidak mencipta sesuatu itu dengan sia sia. Semua ada sebabnya, semua ada gunanya, semua ada hikmahnya. Terpulang kepada manusia untuk mencari sebabnya, gunanya dan hikmahnya itu.
Tuhan hamparkan bumi ini dan mencipta segala sesuatu didalamnya bukan semata mata untuk manusia hidup dan berkembang biak diatas serta menggunakan segala khazanah kekayaan-Nya. Yang lebih penting ia bertujuan supaya manusia dapat melihat secara zahir akan alam ciptaan Tuhan ini. Ia adalah bukti besar kepada manusia tentang wujudnya Tuhan. Ia sebenarnya adalah dalil bagi manusia tentang adanya Tuhan.
Demikian juga di antara sebab Tuhan mencipta sekeliling alam. Bukan sahaja alam syahadah atau alam nyata ini yang boleh dilihat oleh manusia tetapi juga alam alam yang lain. Alam itu adalah alamat atau tanda akan wujudnya Tuhan. Segala apa yang Tuhan cipta itu ialah alam. Alam itu ialah apa sahaja selain Tuhan. Hakikat kewujudan ini hanya ada dua. Satu Tuhan dan satu alam. Alam adalah makhluk yang dicipta. Ada alam maka sudah tentu ada Tuhan yang menciptakan.
Namun kebanyakkan manusia hanya melihat tetapi mereka tidak nampak apa apa. Kalau pun mereka nampak, mereka tidak dapat kaitkan alam ini dengan Tuhan. Penglihatan mereka hanya selapis sahaja. Manusia tidak dapat melihat apa yang disebalik ciptaan Tuhan itu. Penglihatan mereka seolah olah terlindung dan terhijab.
Sama sahaja seperti mereka melihat lukisan yang cantik. Mereka terpegun dan memuji kecantikan lukisan itu dan mahu memilikinya. Tidak terbayang difikiran mereka siapa pelukisnya. Sama juga seperti orang yang memakan hidangan yang sedap dan lazat. Dia mahu memakannya sehingga habis. Tetapi tidak terlintas difikirannya siap gerangan yang memasaknya.
Manusia sebenarnya boleh melihat dengan berbagai cara. Pertama, dengan mata kepala. Kedua, dengan mata akal. Ketiga dengan mata hati. Tetapi jarang sesaorang itu dapat melihat dengan ketiga tiga mata ini.
Kalau sesaorang itu melihat hutan belantara dengan mata kepala, maka itulah yang dia nampak iaitu hutan yang tebal dan menghijau. Kalau dia melihat dengan mata akal, maka dia akan nampak balak dan kayu kayan yang boleh dijadikan bahan kekayaan. Kalau dia melihat dengan mata hati, dia akan nampak keagungan dan kehebatan Tuhan dan hikmah yang terkandung didalam ciptaan hutan tersebut. Terasa dihatinya betapa hebatnya Tuhan.
Kalau sesaorang itu melihat laut dengan mata kepala, maka itulah yang dia nampak iaitu air yang luas dan membiru serta ombak yang tidak henti henti memukul pantai. Orang yang melihat dengan mata akal akan nampak ikan didalamnya yang boleh ditangkap dan dijual. Orang yang melihat dengan mata hati pula akan nampak kehebatan Tuhan dan hikmah dalam ciptaan laut yang begitu luas dan dalam, yang siapa siapa pun tidak tahu apa rahsia yang tersimpan didasarnya. Terasa betapa kerdilnya diri dihadapan Tuhan.
Siapa yang melihat dataran bumi dengan mata kepala, dengan itulah sahaja yang dia nampak iaitu tanah dan batu batan. Siapa yang melihat dengan mata akal akan nampak minyak, emas, intan berlian dan segala macam logam yang terkandung didalam perutnya. Siapa yang melihat dengan mata hati pula, akan nampak hebatnya perbuatan Tuhan yang telah menghamparkan bumi ini untuk dihuni oleh manusia dimana manusia boleh hidup dan mengabdi diri kepada Tuhan. Terasa dihatinya betapa pemurah dan pengasihnya Tuhan.
Namun demikian, kebanyakan manusia buta mata hatinya. Mereka hanya nampak apa yang menguntungkan dan yang boleh memuaskan kehendak nafsu mereka sahaja. Mereka hanya terangsang dengan nilai dunia yang ada pada suatu ciptaan itu. Mereka tidak nampak Tuhan disebalik ciptaan-Nya. Alam tidak membawa mereka kepada Tuhan.
Hati mereka buta kerana jiwa mereka mati. Jiwa mereka sudah tidak boleh berfungsi lagi. Mereka sudah tidak mempunyai rasa. Mereka tidak terangsang langsung dengan Akhirat. Mereka tidak ingin kepada Syurga. Mereka tidak takut kepada Neraka. Mereka tidak merasakan peranan Tuhan dalam hidup mereka. Mereka tidak rasa bahawa Tuhan itu wujud. Kalau pun mereka tahu yang Tuhan itu wujud, tetapi setakat tahu sahaja. Ia belum menjadi sesuatu keyakinan atau suatu pegangan. Justeru itu, soal Tuhan di ambil rengan. Tidak ada rasa bertuhan. Apabila rasa bertuhan tidak ada, mereka pun tidak dapat merasakan bahawa mereka itu adalah hamba.
Selagi jiwa mereka ini tidak dihidupkan, selagi itu mereka akan hanyut di alam dunia mengikut arus yang akan membawa mereka kepada kelalaian, kesesatan dan kebatilan.
Berdoalah banyak banyak dan buatlah kebajikan sebanyak mungkin agar Tuhan berkenan mencampakan hidayah. Tanpa hidayah manusia tidak akan dapat menjadi insan yang tulin yang layak menjadi hamba dan khalifah Tuhan. Selepas hidayah barulah datang ilmu. Selepas ilmu baru boleh yakin dan faham. setelah faham barulah boleh beramal.
Setelah jiwa hidup, mata hati akan celik. Ketika itu kita akan nampak apa apa yang tersembunyi selama ini. Tuhan akan angkat hijab bagi kita. Akan terbongkar segala rahsia yang tidak pernah kita tahu selama ini. Hati akan mudah dengan kebenaran dan jinak dengan kebaikan. Keyakinan datang tanpa perlu difikir dan diakal akalkan. Segala galanya akan mudah faham.
Tuhan ada berfirman didalam Al-Quran maksudnya: " Sesungguhnya Kami jadikan untuk Neraka Jahanam, banyak dari kalangan jin dan manusia yang mempunyai hati tetapi tidak mahu memahami. Yang mempunyai mata tetapi tidak mahu melihat. Yang mempunyai telinga tetapi tidak mahu mendengar. Mereka itu seperti binatang ternak bahkan lebih sesat lagi. Mereka itu orang orang yang lalai".
sabar dalam melepaskan sesuatu yang disukai.. lebih berat daripada sabar menahan sesuatu yang dibenci...
"manusia ni kerna di bekalkan AKAL,maka gunakanlah sebaik mungkin..."
kekadang tapi....manusia hanyut dengan akal mereka demi kerana sesuatu kepentingan idup........
...
wassalam
dulu kini dan selamanyer....wadah, indah tidak berubah....