MELAKA: “Kenapa anggota polis itu tergamak menumbuk anak saya sehingga patah gigi dan menyebabkan pendarahan dalam mata serta bengkak di kepala,†tanya Surinah Ahmad, 41, ibu kepada kanak-kanak terencat akal, Mohd Ramadan Zulkarnain, 13.
Katanya, kedua-dua tangan dan kaki Mohd Ramadan juga diikat sebelum dibawa ke Hospital Melaka dan ditempatkan di wad pesakit mental.
Ketika melawat Mohd Ramadan di Hospital Melaka, Surinah tidak dapat menahan kesedihannya apabila melihat anaknya...
MELAKA: “Kenapa anggota polis itu tergamak menumbuk anak saya sehingga patah gigi dan menyebabkan pendarahan dalam mata serta bengkak di kepala,†tanya Surinah Ahmad, 41, ibu kepada kanak-kanak terencat akal, Mohd Ramadan Zulkarnain, 13.
Katanya, kedua-dua tangan dan kaki Mohd Ramadan juga diikat sebelum dibawa ke Hospital Melaka dan ditempatkan di wad pesakit mental.
Ketika melawat Mohd Ramadan di Hospital Melaka, Surinah tidak dapat menahan kesedihannya apabila melihat anaknya diikat kedua-dua tangan dan kakinya di katil.
Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 9 pagi kelmarin, apabila Mohd Ramadan berada di bulatan Jalan Seri Pengkalan-Alor Gajah, dekat sini.
Seorang anggota polis berpakaian seragam yang kebetulan lalu di jalan berkenaan mengarah dia supaya tidak bermain di situ kerana berbahaya.
Bagaimanapun, Mohd Ramadan terus berlari ke kawasan kedai runcit berhampiran tanpa menghiraukan kata-kata polis berkenaan dan ini menyebabkan polis itu terus mengejarnya.
Bapa kanak-kanak itu, Zulkarnain Abdul Ghani, 41, ketika ditemui di Hospital Melaka berkata, ketika kejadian dia tiada di rumah kerana menghantar seorang anaknya ke sebuah kilang untuk ditemuduga.
Beliau berkata, beberapa orang yang menyaksikan kejadian itu memberitahunya anggota polis berkenaan menumbuk Mohd Ramadan sehingga gigi bawah patah, selain menyebabkan pendarahan pada mata dan bengkak di kepala.
“Orang ramai termasuk peniaga kedai runcit yang dikenali sebagai Yusof meminta anggota polis itu jangan menumbuk Mohd Ramadan tetapi dia tidak menghiraukannya.
“Anggota polis itu kemudian menghubungi rakannya untuk membawa Mohd Ramadan ke hospital,†katanya.
Mohd Ramadan, pelajar tahun dua Sekolah Pendidikan Khas Seri Pengkalan, adalah anak kelima daripada lapan beradik.
Menurut Zulkarnain, Mohd Ramadan tidak pernah bertindak agresif dan kejadian itu kemungkinan berpunca daripada anggota polis itu dipercayai memarahi dengan kata-kata kasar.
Ini mungkin menyebabkan Mohd Ramadan bertambah berang dan polis itu dipercayai menumbuknya.
Menurutnya, Mohd Ramadan mengalami sakit mental selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di hadapan sekolah tadikanya ketika berumur lima tahun.
“Mohd Ramadan pernah koma selama seminggu dan dimasukkan ke hospital selama enam bulan akibat kecederaan parah yang dialami di kepala dalam kemalangan itu,†katanya.
Zulkarnian membuat laporan mengenai kejadian itu di Unit Perhubungan Polis di Hospital Melaka.
Beliau berharap pihak atasan dapat bertindak ke atas anggota polis itu dan tidak sewenang-wenang menumbuk atau memukul seseorang tanpa menyiasat terlebih dahulu.
“Saya yakin anak saya mengalami trauma yang mengerikan apabila ditumbuk menyebabkan dia mengamuk tidak tentu pasal terhadap ibu dan ayahnya,†katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Melaka, Datuk Christopher Wan Soo Kee, berkata pihaknya akan mengambil tindakan terhadap mana-mana anggota polis yang didapati menyalahgunakan kuasa ketika menjalankan tugas.
Bagaimanapun, siasatan akan dilakukan terhadap laporan polis yang dibuat bapa kanak-kanak terencat akal itu sebelum sebarang tindakan susulan dilakukan terhadap anggota polis terbabit.
“Kita akan siasat mengikut prosedur yang ditetapkan dan tindakan akan diambil selepas siasatan selesai.
“Sekiranya anggota terbabit didapati bertindak tanpa mematuhi peraturan tugas, tindakan tata tertib boleh diambil terhadapnya,†katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Christopher berkata, beliau akan mendapatkan laporan itu dan meminta pegawainya menyiasat semua aspek terhadap kes itu sebelum menyerahkan kepada lembaga disiplin jabatan untuk tindakan selanjutnya.
tak hairan sangat...
takkan berbuah manis pokok itu jika akar akarnya tidak dibaja dan dijaga dgn betul...
'sesungguhnya orang orang Islam itu bersaudara, maka damaikanlah diantara saudaramu yang bersengketa'