ilham
ilham
21 years
1502 views

"Apa nak jadi...?" - PM ... Kasihan dia.

9 comments
Share this post

Comments (9)
sunie
byk sgt jenayah.....laksana je hudud sebat sekor2 sapo yg ngaku buat keje dose. pikir2 byk..jadi darah tinggi jer

"malam itu panjang,jangan dipendekkan dengar tidur...Siang itu terang, jangan digelapkan dengan dosa"
21 years
Zana.
tanggungjawab dan jujur dengan diri tu penting pada semua manusia...



"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."
21 years
yleadh
haaa cam tu le betul..

baru senang nak baca mesejnya tu..

hermmm la ni kisah diesel pun PM kena pikir gak.. sian semua pihak kecuali mereka mereka yg mengambil kesempatan tu...

"Udep Sare Mati Syahid"
21 years
yleadh
alhamdulillah zana..

sihat sokmo..

amacam kak ros..?

dengor ada acar mangga..? ada dapat bontrot ari tu..?

kitaorg kat sini dapat jilat tapak tangan je...

"Udep Sare Mati Syahid"
21 years
Zana.
nie ceritanya...

GEORGETOWN: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (gambar) kecewa dan kesal dengan kejadian jenayah yang berlaku kebelakangan ini sehingga mendorong pihak berkuasa memperkenal dan menguatkuasakan undang-undang yang lebih berat bagi menghukum mereka.

Perdana Menteri berkata: "Saya nampak kes jenayah semakin menjadi-jadi sekarang... semua nak undang-undang yang lebih keras, nak hukuman yang berat. Apa nak jadi pada negara kita. Ini menunjukkan penjenayah seolah-olah `tidak takut' kepada undang-undang sedia ada.

"Banyak sangat kes kegiatan jenayah sehingga kita akan menjadi sebuah negara yang dikenali sebagai negara yang ada hukuman yang cukup berat. Tapi apa boleh buat. Kalau tak ada hukuman berat, mereka masih lakukan dan tidak ada sesuatu yang boleh menghalang mereka," katanya.

· Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata, kerajaan tetap mengambil kira pandangan rakyat untuk menentukan sama ada cadangan mewujudkan undang-undang yang berat itu sesuai atau tidak.

"Tengok macam mana. Kena tengok apa reaksi orang ramai. Wartawan kena tanya pendapat orang ramai. Pasal kemalangan pun nak hukum berat, pasal rotan pelajar pun nak hukum berat. Semua nak hukum berat."Kita sudah beri nasihat, tapi mereka tak peduli. Apa yang mereka buat ikut kehendak dan suka hati mereka," katanya lagi.

Beliau yang juga Menteri Keselamatan Dalam Negeri berkata, kerajaan mempunyai banyak pendekatan, selain langkah meningkatkan penguatkuasaan undang-undang.Katanya, langkah mengenakan hukuman berat adalah bertujuan supaya golongan yang sering melakukan kesalahan itu tidak mengulanginya.

"Dengan itu sesiapa yang merancang melakukan sesuatu akan dapat memahami dan dengan itu dia akan rasa tidak boleh lakukan kerana tak berbaloi sebab hukuman berat tetapi dapat sikit (hasil)," katanya.Berikut di antara kes jenayah yang menyebabkan Perdana Menteri kecewa dan kesal:

· Rompakan bersenjata:28 Januari 2005: Empat lelaki bersenjatakan dua pistol dan kapak mengambil kesempatan merompak sebuah kedai emas di Taman Orkid, Bukit Sentosa ketika umat Islam menunaikan solat Jumaat kira-kira jam 1.30 petang.

Ketika kejadian pemilik kedai berserta lima ahli keluarga sedang menikmati makan tengah hari sebelum dihampiri empat lelaki yang kemudian mengacu pistol ke arah mukanya.Perompak mengambil masa kira-kira 10 minit untuk melarikan pelbagai barang kemas bernilai RM300,000.

· VCD cetak rompak:27 Januari 2005: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menumpaskan satu sindiket mencetak video cakera padat (VCD) secara haram yang beroperasi dalam satu bilik menyerupai pencawang Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Bukit Cherakah, Shah Alam.

Ketua Pengarah Penguat kuasa KPDNHEP, Datuk Abdullah Nawawi Mohamed, berkata sindiket yang dipercayai beroperasi sejak kira-kira dua tahun lalu itu, dikatakan membina bilik berkenaan di sebuah kilang kosong untuk mengaburi mata pihak berkuasa.

· Samseng jalan raya:25 Januari 2005: Seorang ahli jawatankuasa Pemuda Umno Cawangan Jalan Kenanga, Cheras, meninggal dunia selepas kira-kira 17 jam bertarung nyawa kerana cedera, dipercayai dipukul samseng jalan raya di Persiaran Kewajipan, Subang Jaya.

Muhammad Nazri Ismail, 28, juruteknik komputer di sebuah syarikat di Shah Alam, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada jam 1.30 pagi. Kejadian berlaku kira-kira 8.20 pagi kelmarin ketika beliau dalam perjalanan ke tempat kerja selepas menghantar isterinya.

· Pengedaran dadah:23 Januari 2005: Polis Selangor menumpaskan satu sindiket dadah terbesar selepas menyerbu sebuah makmal di Balakong dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM13 juta serta menahan 11 orang dalam beberapa serbuan di sekitar daerah Kajang.

Sindiket itu dipercayai menjadi pembekal utama dadah untuk pasaran Lembah Klang, Johor dan Sarawak. Semua suspek yang ditahan berusia 25 hingga 37 tahun termasuk dua wanita.

Dalam kejayaan itu, polis turut merampas empat senjata api iaitu sepucuk pistol jenis Colt, Astra Revolver dan dua jenis Browning serta menyita lima kenderaan yang dipercayai digunakan untuk kegiatan pengedaran dadah.

· Rogol dan bunuh:22 Disember 2004: Seorang kanak-kanak, Siti Syazwani Ahmad Dusuki, menjadi mangsa rogol dan bunuh, ketika dalam perjalanan pulang ke rumah di Taman Rhu Fasa 3, Sungai Petani selepas menghadiri kelas al-Quran.

Mayat Siti Syazwani dijumpai kira-kira jam 9.15 pagi di dalam parit di ladang kelapa sawit dekat rumahnya pada 22 Disember lalu, dipercayai dirogol dan dibunuh.17 Januari 2004: Seorang kanak-kanak, Nurulhuda Abdul Ghani, menjadi mangsa seksual apabila dirogol hingga mati di pondok pengawal TNB di Tanjung Kupang, Johor, pada 17 Januari lalu.

Ketika kejadian mangsa dikatakan ke kedai runcit untuk membeli barang keperluan harian, tapi tidak pulang ke rumah.

Berita Minggu 30 Jan 2005 - Muka hadapan

http://villailhami.blogspot.com



"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."
21 years
Zana.
yleadh.. Mami..

apa khabar???



"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."
21 years
yleadh
kak ros, masaalahnya saya tak tahu le ape ceritanya ni..

ni jengok curi curi je bukak window kecik.. kot ashik nak ke page sana page sini.. takut je boss muncul kat belakang...

"Udep Sare Mati Syahid"
21 years
Mami Ros
hmm...

yleadh....dah tugas PM...

kita kena langsaikan tugas kita sebagai satu keluarga.....

Bersatu kita berkasihsayang, bercerai kita benci membenci.....

Adakah....macam tu?....

Payah sungguh nak buat org lain paham maksud kita...
21 years
yleadh
pebendenya ni..?

tak sempat le nak ke page tu..

tak leh ke pastekan ke sini..

"Udep Sare Mati Syahid"
21 years
Post a Comment
Add photos or video
Be respectful and constructive.