BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam hari ini berkenan berangkat ke Perhimpunan Agung Sambutan Hari Kebangsaan yang ke-21.
SEGAK BERGAYA...Baginda Sultan lengkap berpakaian ketua tentera berkenan membalas Tabik Hormat dalam upacara perbarisan lalu di Taman Haji Sir Muda Omar Ali Saifuddien.
PENUH HARMONI... Masjid Omar 'Ali Saifuddien menjadi latar ...
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam hari ini berkenan berangkat ke Perhimpunan Agung Sambutan Hari Kebangsaan yang ke-21.
SEGAK BERGAYA...Baginda Sultan lengkap berpakaian ketua tentera berkenan membalas Tabik Hormat dalam upacara perbarisan lalu di Taman Haji Sir Muda Omar Ali Saifuddien.
PENUH HARMONI... Masjid Omar 'Ali Saifuddien menjadi latar belakang paling sempurna dalam acara padang.
Keberangkatan Baginda ke Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien di ibu negara tempat acara berlangsung dijunjung oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Pehin Dato Haji Awang Hussien Awang Haji Mohd Yusof.
Turut berangkat ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah.
maklumat lanjut di http://villailhami.blogspot.com