Dewan Rakyat catat sejarah: Sidang ditangguhkan kerana siling bocor
KUALA LUMPUR, 28 April - Persidangan Dewan Rakyat ditangguhkan awal berikutan gangguan elektrik dan terdapat kebocoran siling yang menyebabkan air masuk mencurah ke dalam dewan berikutan hujan lebat.
Menurut laporan Bernama, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Lim Si Cheng menangguhkan persidangan setelah secara tiba-tiba pembesar suara di dalam dewan tidak berfungsi ketika Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan Dat...
Dewan Rakyat catat sejarah: Sidang ditangguhkan kerana siling bocor
KUALA LUMPUR, 28 April - Persidangan Dewan Rakyat ditangguhkan awal berikutan gangguan elektrik dan terdapat kebocoran siling yang menyebabkan air masuk mencurah ke dalam dewan berikutan hujan lebat.
Menurut laporan Bernama, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Lim Si Cheng menangguhkan persidangan setelah secara tiba-tiba pembesar suara di dalam dewan tidak berfungsi ketika Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan Datuk Dr Hilmi Yahya sedang menggulung Rang Undang-Undang Eksais (Pindaan) 2005.
Kebocoran siling juga berlaku semalam tetapi keadaannya lebih buruk hari ini menyebabkan tempat duduk para menteri juga dipenuhi air.
Disebabkan keadaan itu, persidangan dewan, yang merupakan hari terakhir bagi sesi ini, ditangguhkan pada pukul 4 petang sehingga ke satu tarikh yang akan ditetapkan kelak. Mengikut jadual, persidangan itu sepatutnya ditangguhkan pada 5.30 petang.
Inilah kejadian pertama seumpamanya sejak Dewan Rakyat diubahsuai pada 2003 dengan kos RM80 juta bagi memberi ruang yang lebih selesa kepada anggota Parlimen bersidang.
maklumat selanjutnya, sila klik di sini:
http://villailhami.blogspot.com