Catatan awal kembali ke tanahair selepas 12 tahun merantau
Oleh BEKAS PELAJAR LIVERPOOL
Dari jauh saya mendengar gegak gempita permasalahan sosial di tanahair tercinta. Walaupun internet merupakan sumber terpenting untuk mendapat pelbagai maklumat, hati kecil ini tidak dapat mempercayai permasalahan ini sudah merebak menjadi isu serius.
Apatah lagi negara Malaysia dan penduduknya sangat terkenal dengan adat ketimurannya, apatah lagi pengaruh kuat agama Islam yang merupakan anutan majorit...
Catatan awal kembali ke tanahair selepas 12 tahun merantau
Oleh BEKAS PELAJAR LIVERPOOL
Dari jauh saya mendengar gegak gempita permasalahan sosial di tanahair tercinta. Walaupun internet merupakan sumber terpenting untuk mendapat pelbagai maklumat, hati kecil ini tidak dapat mempercayai permasalahan ini sudah merebak menjadi isu serius.
Apatah lagi negara Malaysia dan penduduknya sangat terkenal dengan adat ketimurannya, apatah lagi pengaruh kuat agama Islam yang merupakan anutan majoriti penduduknya.
Dua belas tahun dahulu sebelum merantau ke negara orang, diri ini tidak dapat membayangkan suasana yang akan ditempuh. Dilepaskan dari pangkuan keluarga untuk mencari sebuah kehidupan yang diimpikan.
Jarak yang beribu batu itu terasa begitu jauh sekali dengan bekalan pengalaman hidup selama tujuh belas tahun yang tidak seberapa untuk berada di tempat orang.
Kemelut kehidupan
Namun ketentuan Allah jua, dunia menyaksikan betapa terbaliknya tanggapan itu. Digambarkan kehidupan di negara Barat yang teruk dengan budaya kuningnya, namun di celah-celah kemelut kehidupan itu lahir suara-suara dan tangan-tangan yang boleh menggegar dunia, terutamanya dunia umat Islam yang penuh kelekaan.
Sekarang ini kesedaran Islam bukan lagi lahir dengan percikan api dari pedang-pedang sahabat Rasulullah, tetapi ia lahir dengan kerakusan musuh untuk menerkam Islam.
Semakin ditekan dada-dada yang cintakan kebaikan itu, semakin membuak kepanasan dan semakin terasalah kehebatan dan kebenaran Islam itu.
Pulang bercuti ke negara tercinta Malaysia untuk seketika dalam usaha menidakkan tanggapan yang dirasakan keterlaluan kepada remaja dan muda-mudi Islam, juga anak bangsa kita merupakan satu perjalanan yang ditunggu-tunggu. Ia satu ekspedisi yang dirasa akan memberi jawapan kepada persoalan yang bertenggek di minda ini.
Tidak keterlaluan untuk mengatakan ia bukan sekadar perjalanan tetapi pemerhatian yang mendalam. Buku catatan yang paling tebal disediakan.
Kepulangan kali ini disambut dengan deraian hujan yang meredakan kepanasan. Berminggu sebelum itu, bahang kepanasan diperkatakan di serata tempat.
Begitu juga gegaran demi gegaran pasca Tsunami, dari pantai barat ke pantai timur. Semua yang berbentuk di luar kawalan manusia secara tiba-tiba menjadi bahan perbualan.
Akhbar arus perdana hanya memuatkan berita-berita politik dan sensasi, hal artis dan selebriti. Terasa surat khabar di England yang lebih banyak berita-berita (broad sheet) adalah lebih bertanggungjawab dalam menjadikan penduduk Britain masyarakat yang bermaklumat, bukan setakat untuk melariskan jualan.
Pemerhatian dari mula menjejakkan kaki di KLIA hingga sampai ke destinasi pertama tertumpu kepada masyarakat Malaysia yang majmuk. Terasa betul dikotomi yang terbentuk hasil peninggalan silam.
klik untuk lanjut http://villailhami.blogspot.com