Bayar cukai jalan dalam masa 2 minit
KOTA BHARU 5 Mei - Cukup mudah.Orang ramai hanya perlu mengambil masa kira-kira dua minit dan pada bila-bila masa untuk membayar cukai jalan.
Perkara ini akan menjadi kenyataan apabila Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memperkenalkan kios bagi pembayaran cukai jalan yang berfungsi seperti mesin juruwang automatik (ATM) dan akan beroperasi 24 jam di semua pejabatnya di seluruh negara penghujung tahun ini.
Buat permulaan, JPJ merancang memulakan projek ...
Bayar cukai jalan dalam masa 2 minit
KOTA BHARU 5 Mei - Cukup mudah.Orang ramai hanya perlu mengambil masa kira-kira dua minit dan pada bila-bila masa untuk membayar cukai jalan.
Perkara ini akan menjadi kenyataan apabila Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memperkenalkan kios bagi pembayaran cukai jalan yang berfungsi seperti mesin juruwang automatik (ATM) dan akan beroperasi 24 jam di semua pejabatnya di seluruh negara penghujung tahun ini.
Buat permulaan, JPJ merancang memulakan projek perintis dengan meletakkan 15 kios di pejabat jabatan itu sekitar Lembah Klang.
Ketua Pengarah JPJ, Datuk Emran Kadir mengumumkan berita baik itu kepada pemberita selepas menyampaikan Anugerah Khidmat Cemerlang Zon Timur di sini hari ini.
http://villailhami.blogspot.com