- Membetulkan misai. Lelaki yang menyimpan
misai harus memastikannya
dalam keadaan terurus dan digunting apabila
perlu agar ia sentiasa
kelihatan kemas dan bersih. Jika perempuan
tumbuh misai, maka
wajiblah dibuang.
- Menjaga janggut. Menyimpan janggut adalah
salah satu daripada
sunnah Rasulullah s.a.w. Bagaimana pun, dalam
masa yang sama ia mesti
dijaga rapi.
- Memendekkan kuku. Segala kotoran tidak
melekat serta memudahkan
air sembahyang sampai ke celah-celah kuku ji...
- Membetulkan misai. Lelaki yang menyimpan
misai harus memastikannya
dalam keadaan terurus dan digunting apabila
perlu agar ia sentiasa
kelihatan kemas dan bersih. Jika perempuan
tumbuh misai, maka
wajiblah dibuang.
- Menjaga janggut. Menyimpan janggut adalah
salah satu daripada
sunnah Rasulullah s.a.w. Bagaimana pun, dalam
masa yang sama ia mesti
dijaga rapi.
- Memendekkan kuku. Segala kotoran tidak
melekat serta memudahkan
air sembahyang sampai ke celah-celah kuku jika
ia dipendekkan.
- Membersihkan sendi tangan. Memastikan
celah-celah jari serta
tangan sentiasa digosok dan dibersihkan
sebagaimana yang dianjurkan
semasa mengambil wuduk.
- Membersihkan sendi kaki. ia boleh dilakukan
semasa mengambil wuduk
atau semasa mandi.
- Kebersihan hidung. Dengan beristinsyaq atau
menyedut air ke dalam
hidung dan menghembuskannya. Selain
membersih, ia juga mengelakkan
sebarang penyakit yang berkaitan dengan hidung.
- Mencabut dan membersihkan bulu ketiak. Islam
tidak menggalakkannya
dicukur kerana ia akan menyebabkan bulu ketiak
cepat tumbuh dan lebih
kasar.
- Kebersihan mulut. Dengan menggosok gigi
atau bersiwak ketika
berwuduk, sebelum solat, ketika mulut berbau,
ketika masuk rumah,
bangun tidur dan ketika hendak belajar.
- Mencukur bulu ari-ari. Islam tidak
menggalakkan dicabut kerana
akan mengendurkan otot-otot di sekitarnya.
- Mencebuk air. (mandi dan membasuh
bahagian sulit). Wanita
diwajibkan berdehem semasa membuang air
kecil agar ia tidak bersisa.
"Ilmu umpama air yang mengalir dari lembah ke muara, tadahlah ia dengan hati yang merendah pada Allah S.W.T"
"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."