APABILA SI JAHIL BERBICARA TENTANG AGAMA
Sebaik sahaja Mahkamah Tinggi Syariah di Kuantan menjatuhkan hukuman
sebat
>6 kali dan denda RM5000 tiap-tiap seorang ke atas 2 orang peminum arak
yang
>didapati bersalah, seluruh akhbar media perdana sebagaimana biasa
>mensasikan keputusan tersebut.
>
>Ada yang mempertikaikannya dan tidak kurang juga yang menyokong. Blog
Jeff
>Ooi umpamanya secara berseloroh mengulas dengan tajuk:
>
>No it neednt be in Kelanta...
APABILA SI JAHIL BERBICARA TENTANG AGAMA
Sebaik sahaja Mahkamah Tinggi Syariah di Kuantan menjatuhkan hukuman
sebat
>6 kali dan denda RM5000 tiap-tiap seorang ke atas 2 orang peminum arak
yang
>didapati bersalah, seluruh akhbar media perdana sebagaimana biasa
>mensasikan keputusan tersebut.
>
>Ada yang mempertikaikannya dan tidak kurang juga yang menyokong. Blog
Jeff
>Ooi umpamanya secara berseloroh mengulas dengan tajuk:
>
>No it neednt be in Kelantan/ Ia tidak semestinya berlaku di Kelantan
>
>Menurut Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan Dr Ismail Ibrahim pihak
akhbar
>tidak sepatutnya mensasikan hukuman ini kerana ianya seolah-olah
memberikan
>gambaran bahawa perundangan Islam itu zalim.
>
>Yang paling menarik adalah ulasan Sisters in Islam. Menurut pengurus
>programnya Masjaliza Hamzah sebagaimana yang dilaporkan di dalam THE
STAR:
>
>The Quran did not spell out a punishment for the consumption of
intoxicants
>either in private or in public. By making public consumption of
alcohol an
>offence under the Syariah Criminal Offences Act, the government has
>criminalized what is deemed a personal sin.
>
>Quran tidak menjelaskan darihal hukuman ke atas peminum arak samada
dalam
>majlis tertutup ataupun terbuka. Dengan meletakkan perbuatan meminum
arak
>di khalayak sebagai satu kesalahan di bawah Akta Kesalahan Jenayah
Syariah
>kerajaan sebenarnya telah meletakkan sebagai jenayah satu yang
sebenarnya
>sekadar kesalahan (dosa) peribadi.
>
>Apabila mereka yang jahil darihal Islam turut mahu berbahas dan
>memperkatakan darihal Islam, ketika itulah sebenarnya Islam akan
dihina dan
>dipandang rendah Islam tidak pernah melarang kebebasan bersuara dan
>mengeluarkan pendapat namun apabila yang mahu kita ulas itu adalah
soal
>hukum dan perundangan kita seharusnya memiliki atapun menguasai ilmu
>berkenaannya.
>
>Dalam ilmu dan bidang apa sekalipun demikianlah baisanya disiplinnya.
>
>Sumber hukum di dalam Islam adalah berpandukan al Quran, Hadis, Qias
dan
>Ijmak. Memahami hukum dan perundangan Islam menuntut penguasaan
terhadap
>kempat-empat sumber ini, itullah disiplinnya.
>
>Apabila Masjaliza berhujah yang Quran tidak menjelaskan darihal
hukuman
>yang sepatutnya dikenakan terhadap peminum arak, beliau seolah-olah
menolak
>sumber hukum Islam yang lain. Disinilah bukti kurangnya penguasaan
ilmu
>Masjaliza sedangkan beliau mewakili NGO yang acapkali mahu sahaja
>mengeluarkan ulasan berkenaan Islam.
>
>Khalifah Umar bin Abdul Aziz pernah berkata:
>
>Barangsiapa melakukan suatu pekerjaan tanpa ilmu pengetahuan tentang
itu
>maka apa yang dia rusak lebih banyak daripada apa yang dia perbaiki.
>
>Manakala Khalifah Abu Bakar ra pula pernah berkata:
>
>Langit mana yang melindungi diriku dan bumi mana yang akan menjadi
tempat
>pijakkanku, kalau aku mengatakan sesuatu yang tidak kuketahui.
>
>Saya sendiri bukanlah pakar tentang hukum dan perundangan Islam namun
tahu
>bahawa ayat-ayat yang mengharamkan arak memang jelas samada dalam al
Quran
>maupun Hadis. Hukuman ke atas pesalah arak ini walaubagaimanapun tidak
>dihuraikan dalam al Quran kecuali dalam amalan Rasulullah saw sendiri.
>
>Diriwayatkan daripada Husain bin al-Munzir bahawa ketika Saidina Ali
>ditugaskan oleh Saidina Uthman untuk menghukum sebat ke atas al-Walid
bin
>Uqbah, beliau berkata yang maksudnya :
>Rasulullah s.a.w. telah menghukum sebanyak 40 kali sebatan begitu juga
>Saidina Abu Bakar tetapi Saidina Umar menghukum sebanyak lapan puluh
kali
>semuanya aalah sunnah yang ini aku lebih sukai.
>
>Janganlah kita menyalahgunakan platform yang ada untuk memperlekeh dan
>menghina Islam yang dianuti oleh jutaan insan dalam dunia ini.
Rujuklah
>pada yang pakar dan berhujahlah berdasarkan fakta, kalau perundangan
dan
>hukum Islam yang mahu diulas maka kembalilah kepada sumbernya, jangan
ikut
>akal dan emosi sendiri.
>
>Kesimpulannya eloklah direnungi tulisan Dr Yusuf Qardawi yang
berbunyi:
>
>Sesungguhnya ilmu pengetahuan mesti didahulukan atas amal perbuatan,
karena
>ilmu pengetahuanlah yang mampu membedakan antara yang haq dan yang
bathil
>dalam keyakinan umat manusia, antara yang benar dan yang salah di
dalam
>perkataan mereka, antara perbuatan-perbuatan yang disunatkan dan yang
bid
>ah dalam ibadah, antara yang benar dan yang tidak benar di dalam
melakukan
>muamalah, antara tindakan yang halal dan tindakan yang haram, antara
yang
>terpuji dan yang hina di dalam akhlak
>manusia; antara ukuran yang diterima dan ukuran yang ditolak; antara
>perbuatan dan perkataan yang bisa diterima dan yang tidak dapat
diterima.
>
>BLOG ROSLAN SMS ; http://n32.blogpsot.com/
>
Apa komen anda tentang SISTERS IN ISLAM yg kononnya arif ttg Islam ni?Lihat sajalah ahli2 mereka ni..
ramai orang cari hukum kat quran melalui terjemahan.. tidak melalui tafsiran.. itu yang buat huru hara
"Tiap-tiap yang bernyawa pasti merasai mati..." - Ali 'Imran:185