'Summer Palace' destinasi popular di Beijing
SEBAIK sahaja menghirup kedinginan udara 15 darjah celcius tatkala penulis melangkah keluar daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing (LTAB) kira-kira jam 6.30 pagi, sedikit sebanyak kepenatan dan lenguh-lenguh badan setelah hampir enam jam terperap dalam pesawat MAS 370 beransur hilang.
"Akhirnya sampai juga aku ke tanah besar China," bisik penulis dalam hati.
Orang pertama yang penulis temui di LTAB adalah Maria, gadis cin...
'Summer Palace' destinasi popular di Beijing
SEBAIK sahaja menghirup kedinginan udara 15 darjah celcius tatkala penulis melangkah keluar daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing (LTAB) kira-kira jam 6.30 pagi, sedikit sebanyak kepenatan dan lenguh-lenguh badan setelah hampir enam jam terperap dalam pesawat MAS 370 beransur hilang.
"Akhirnya sampai juga aku ke tanah besar China," bisik penulis dalam hati.
Orang pertama yang penulis temui di LTAB adalah Maria, gadis cinayang akan menjadi 'pemandu pelancong' kepada penulis selama berada di kota Beijing.
Tidak lama kemudian Aisham, wakil daripada Pearl of The Orient (Poto), datang seperti yang dijanjikan dan beliau bersama Maria terus membawa penulis ke sebuah restoran Islam yang berada tidak jauh dari situ.
Untuk pengetahuan pembaca, mencari restoran yang menyediakan makanan halal bukanlah sesuatu yang sukar ketika berada di kota Beijing.
Di sini terdapat berbelas-belas restoran yang dimiliki oleh orang muslim cina dengan harga makanan yang amat murah.
Pagi itu penulis dihidangkan dengan teh cina, nasi goreng cina beserta lauk pauk seperti telur, ayam, daging dan sayur-sayuran sebelum dihidangkan pula 'cakoi' sebagai pencuci mulut.
Setelah selesai menjamu selera penulis dibawa ke sebuah hotel untuk berehat sebelum memulakan tugas kembara sebenar pada tengahari nanti.
Sekitar jam 12 tengahari penulis mula dibawa melawat mengelilingi kota Beijing dan beberapa tempat menarik yang sentiasa menjadi tumpuan pelancong.
Setelah melihat dengan mata sendiri, penulis akui Beijing merupakan sebuah kota besar yang sedang pesat membangun dan sentiasa sibuk dengan kenderaan serta pelbagai aktiviti warganya.
Sepanjang kiri dan kanan jalan yang penulis lalui kelihatan bangunan-bangunan pencakar langit selain bangunan pejabat yang biasa ditemui di Kuala Lumpur.
Namun satu perkara yang amat mengkagumkan penulis sepanjang dibawa mengelilingi kota ini, penulis tidak terperangkap dalam kesesakan lalu lintas yang teruk seperti mana yang sering berlaku di Kuala Lumpur.
Tempat pertama yang penulis kunjungi di Beijing adalah 'Summer Palace' yang terletak lebih kurang 20 kilometer daripada pusat bandar Beijing.
Ketika sampai di situ kelihatan ribuan pengunjung di situ sementara di sepanjang kiri kanan laluan menuju ke puncak istana terdapat deretan gerai-gerai yang menjual pelbagai produk terutamanya barangan cenderamata.
'Summer Palace' merupakan sebuah kawasan istana yang digunakan oleh maharaja-maharaja China dahulu kala ketika tiba musim panas. Dan kini istana tersebut dijadikan sebagai tempat pelancongan popular di Beijing.
Struktur binaannya masih kukuh dan penuh dengan kesenian Cina dan untuk sampai ke istana besar yang terletak di puncak sebuah bukit, penulis terpaksa melalui beberapa pintu gerbang utama dan sebuah jambatan yang menyeberangi sebuah tasik.
Menurut cerita, tasik tersebut merupakan ......
ikuti selanjutnya di dalam http://villailhami.blogspot.com
dulu kini dan selamanyer....wadah, indah tidak berubah....