"Wahai yang empunya diri ,sudahkan selesai mendirikan solat"
"Sudah ,alhamdulillah."
"Apakah kamu telah berniat dan mengangkat takbir ketika memulakan solatmu?"
"Ya".
"Apakah ketika kamu memasang niat dan mengangkat takbir itu,kamu
rasakan ia mungkin solatmu yang terakhir,kerana mati boleh
menjemputmu bila-bila masa?"
"Tidak"
"Adakah ketika lidahmu menyebut Allahuakbar,hatimu turut membesarkan Allah?"
"Tidak.......
"Wahai yang empunya diri ,sudahkan selesai mendirikan solat"
"Sudah ,alhamdulillah."
"Apakah kamu telah berniat dan mengangkat takbir ketika memulakan solatmu?"
"Ya".
"Apakah ketika kamu memasang niat dan mengangkat takbir itu,kamu
rasakan ia mungkin solatmu yang terakhir,kerana mati boleh
menjemputmu bila-bila masa?"
"Tidak"
"Adakah ketika lidahmu menyebut Allahuakbar,hatimu turut membesarkan Allah?"
"Tidak...."
"Kalau begitu ,kamu tidak benar-benar berniat dan mengangkat takbir."
"..."
"Ketika lidahmu melafazkan doa iftitah, adakah hatimu mengiakan bahawa hidup dan matimu hanya untuk Allah yang Esa?"
"Tidak"
"Ketika surah al-fatihah kamu baca ,adakah hatimu bersyukur kepada
Allah,Tuhan yg kamu sembah dan tempat kamu minta pertolongan,lantas
kamu memohon di beri petunjuk ke jalan yang diredhai -Nya dan dijauhkan dari jalan yang sesaat lagi di murkaiNya?"
"Tidak.. "
"Kalau begitu,kamu sebenarnya tidak membaca apa-apaa dalam solatmu."
"..."
"Adakah kamu menyempurnakan rukuk dan sujud serta menjaga pergerakanmu agar tidak mendahului imam?"
"Ya"
"Dan ketika rukuk dan sujud itu adakah hatimu tunduk dengan penuh rasa hina diri ke hadrat Allah dan benar-benar merasakan kebesaran-Nya dan kamu merasakan Allah itu melihatmu dan menilai solatmu yg sedang kamu kerjakan?"
"Tidak"
"Kalau begitu,kamu sebenarnya tidak rukuk dan sujud ."
"..."
"Dalam solatmu,adakah kamu berniat mendekatkan diri kepada Allah
dengan mengerjakan suatu amal juga kebajikan yg paling utama?"
"Tidak"
"Dan ketika kamu akhiri solatmu dengan ucapan salam,adakah hatimu
merasa takut kalau-kalau solatmu yang baru kamu kerjakan itu tidak
diterima oleh Allah lalu amalan itu di lemparkan kembali ke mukamu ,
di samping berharap agar Dia mahu menilai solatmu sebagai pengabdian
darimu?"
"Tidak.."
"Kalau begitu,kamu sebenarnya tidak mendirikan solat tidak
mengingati dan mendekatkan dirimu dengan Allah melalui solatmu.
Berwaspadalah kerana Allah telah berfirman:
'Neraka wail bagi orang yang solat,yang mereka lalai dalam solatnya'
(surah Al-Maun:4-5)
"Astaghfirullahal azim... Ya Allah,berikan aku kekuatan utk
memperbaiki solatku dan menjadikannya wadah utk bertambah dekat dan
hampir dengan-Mu."
P/s Rasulullah saw bersabda yang bermaksud,
"Berapa ramai orang yang mendirikan solat, tetapi yang diperolehinya hanya penat dan letih,kerana mereka itu lalai dalam sembahyangnya'
Hadis tersebut menerangkan betapa banyak sembahyang yang didirikan
Oleh seseorang itu tapi malangnya ia tidak memperolehi pahala melalui
sembahyangnya itu. Sebaliknya oleh kerana lalai ketika sembahyang
maka Allah swt menjanjikan balasan api neraka pula kepadanya.
Firman Allah yang bermaksud "Maka kecelakaanlah bagi orang -orang
solat, iaitu orang-orang yang lalai dari solatnya"
wallahualam.
tadi post x dapat...
Thanks atas info..
amat bermanfaat...
"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."