Bismillahirrahmanirrahim..
Acapkali kita akui..bahawa dia adalah sahabatku..dia adalah sahabat karibku..dia adalah best friendku..dia adalah sahabatku dari kecil..dia adalah sahabat seperjuanganku..dia adalah sahabatku dunia akhirat...dan aku adalah sahabatnya.
Pendek kata..memang mudah untuk kita berkata-kata..tetapi terlalu sukar untuk mengotakan kata-kata kita..Kita sebagai sahabatnya atau dia adalah sahabat kita..terlalu sukar untuk kita mencari sahabat yang benar-benar membawa kita ke j...
Bismillahirrahmanirrahim..
Acapkali kita akui..bahawa dia adalah sahabatku..dia adalah sahabat karibku..dia adalah best friendku..dia adalah sahabatku dari kecil..dia adalah sahabat seperjuanganku..dia adalah sahabatku dunia akhirat...dan aku adalah sahabatnya.
Pendek kata..memang mudah untuk kita berkata-kata..tetapi terlalu sukar untuk mengotakan kata-kata kita..Kita sebagai sahabatnya atau dia adalah sahabat kita..terlalu sukar untuk kita mencari sahabat yang benar-benar membawa kita ke jalan Allah..Renungan bersama..benarkah aku sahabatnya...atau dia sahabatku..
SIFAT SAHABAT
JIKA ENGKAU BERBUAT BAKTI KEPADANYA…..
IA AKAN MELINDUNGIMU
JIKA ENGKAU RAPATKAN PERSAHABATAN DENGANNYA..
IA AKAN MEMBALAS BAIK PERSAHABATANMU ITU..
JIKA ENGKAU MEMERLUKAN PERTOLONGAN DARIPADANYA..
IA AKAN MEMBANTUMU
JIKA ENGKAU MENGHULURKAN SESUATU KEBAIKAN KEPADANYA..
IA AKAN MENERIMA DENGAN BAIK
JIKA IA MENDAPAT SESUATU KEBAJIKAN DARIPADAMU..
IA AKAN MENGHARGAI ATAU MENYEBUT KEBAIKAN MU ITU
JIKA IA MELIHAT SESUATU YANG TIDAK BAIK DARIPADAMU..
IA AKAN MENUTUPNYA
JIKA ENGKAU MEMINTA SESUATU BANTUAN DARIPADANYA..
IA AKAN MENGUSAHAKANNYA
JIKA ENGKAU BERDIAM DIRI KERANA MALU HENDAK MEMINTA..
IA AKAN MENANYAKAN KESUSAHANMU
JIKA DATANG SESUATU BENCANA MENIMPA DIRIMU..
IA AKAN MERINGANKAN KESUSAHANMU
JIKA ENGKAU BERKATA KEPADANYA..
NESCAYA IA MEMBENARKANMU
JIKA ENGKAU MERANCANG SESUATU..
NESCAYA..
IA AKAN MEMBANTUMU
JIKA KAMU BERDUA BERSELISIH FAHAM..
NESCAYA IA LEBIH SENANG MENGALAH UNTUK MENJAGA KEPENTINGAN PERSAHABATAN
-AL-QAMAH-
"Ilmu umpama air yang mengalir dari lembah ke muara, tadahlah ia dengan hati yang merendah pada Allah S.W.T"
seorang sahabat mampu memahami isi hati sahabatnya ....walaupun sahabat itu mempunyai keluarga yang bagus...dan memahami diri.
seorang sahabat akan cuba mempertahankan sahabatnya dari di hina, di cerca atau difitnah......
walaupun mengetahui akan kebenaran sesuatu hal.
senyum seorang sahabat melambangkan keikhlasan seorang sahabat yang lain.......
" Berusahalah mengosongkan hatimu dari keprihatinan memikirkan dunia, semampunya. "....