Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“ Tiga perkara yang menyelamatkan, tiga perkara yang membawa kecelakaan, tiga perkara yang membawa darjat di hari akhirat dan tiga perkara yang mendapat keampunan...“
Perkara yang menyelamatkan itu ialah:
• Takutkan Allah ketika keseorangan dan ketika ramai.
• Sederhana pada kefakiran dan kekayaan.
• Adil ketika reda dan marah.
Perkara yang membawa kecelakaan:
• Bersangatan bakhil
• Mengikut hawa nafsu
...
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“ Tiga perkara yang menyelamatkan, tiga perkara yang membawa kecelakaan, tiga perkara yang membawa darjat di hari akhirat dan tiga perkara yang mendapat keampunan...“
Perkara yang menyelamatkan itu ialah:
• Takutkan Allah ketika keseorangan dan ketika ramai.
• Sederhana pada kefakiran dan kekayaan.
• Adil ketika reda dan marah.
Perkara yang membawa kecelakaan:
• Bersangatan bakhil
• Mengikut hawa nafsu
• Ujud (kagum dengan diri sendiri)
Perkara yang mendapat darjat :
• Menyebarkan salam
• Memberi sedekah (makanan)
• Sembahyang malam ketika manusia sedang tidur.
Perkara yang mendapat keampunan :
• Menyempurnakan wuduk di waktu malam yang terlampau sejuk.
• Berjalan untuk solat berjamaah
• Menunggu-nunggu waktu sembahyang.
Sesungguhnya Allah menghidupkan hati dengan 5 perkara:
• Membaca Al-Qur’an dengan dihayati maknanya.
• Sedikit makan
• Merintih dihadapan Allah waktu akhir malam
• Qiyamulail
• Bergaul dengan orang soleh
Dikatakan pula 7 perkara yang memberi cahaya pada hati :
• Ikhlas dalam beribadat
• Berbuat baik terhadap ibu bapa
• Menjalinkan silaturrahim
• Tidak menghabiskan umur dengan maksiat
• Tidak menurut hawa nafsu
• Bersungguh-sungguh dalam berbuat taat
• Memperbanyakkan zikrullah
Haniskan sisa-sisa hidup ini dengan penuh ketaatan pada Allah dan RasulNya. Seimbangkan perkara-perkara yang dituntut oleh Allah SWT. Jaga solat dan perkara-perkara yang dikira nilainya di sisi Allah SWT sebagai ibadah.
Ibnu Abbas pernah berkata:
• Tiada kebaikan pada solat yang tidak khusyuk
• Tiada kebaikan pada puasa yang tidak dapat mencegah daripada melakukan perkara sia-sia
• Tiada kebaikan pada pembacaan Al-qur’an yang tidak dihayati ayatnya
• Tiada kebaikan pada ilmu yang tidak ada warak padanya
• Tiada kebaikan pada harta yang tidak didermakan pada orang lain
• Tiada kebaikan pada persaudaraan yang tidak kekal
• Tiada kebaikan pada nikmat yang tidak kekal
• Tiada kebaikan pada doa yang tidak ikhlas
Contohilah sebagaimana Nabi Adam kerana Nabi Adam ada 5 kelebihan iaitu:
• Sentiasa berasa berdosa
• Menyesal atas dosa
• Sentiasa merasa diri hina
• Segera bertaubat
• Tidak putus asa terhadap rahmat Allah SWT. Dan jauhi diri kit dariapada sifat angkuh an sombong seperti iblis dan syaitan yang dilaknat Allah SWT.
Muhasabahlah Diri ..... Di mana kita ?
Gersang Bumi Tanpa Hujan, Gersang Minda Tanpa Ilmu,
Gersang Jiwa Tanpa Amal, Gersang Hati Tanpa Iman.
ujud ertinya ada....
wallahualam....
MaNuSia aKaN BeRJaYa SeLaGiMaNa Dia LeTaKKan DiRiNYe DaLaM aGaMa.