Sudah genap 4 minggu ayah pergi meninggalkan kami buat selamanya.Dalam tempoh itu juga aku hadapi hari-hari yang menyedihkan.Takkan aku lupakan tanggal 3/7/2005, setelah 5 hari ayah terlantar di hospital, ayah pergi tanpa aku dan adik beradik di sisi.Hanya mak yang setia menemani ayah, membisikkan kalimat tayyibah di telinganya.
Masih lagi aku ingat kata-kata ayah," Haji 2008 nanti, Akim ganti tempat ayah ye."Tapi aku memujuk bapaku bahawa dia akan sempat menunaikan haji pada tah...
Sudah genap 4 minggu ayah pergi meninggalkan kami buat selamanya.Dalam tempoh itu juga aku hadapi hari-hari yang menyedihkan.Takkan aku lupakan tanggal 3/7/2005, setelah 5 hari ayah terlantar di hospital, ayah pergi tanpa aku dan adik beradik di sisi.Hanya mak yang setia menemani ayah, membisikkan kalimat tayyibah di telinganya.
Masih lagi aku ingat kata-kata ayah," Haji 2008 nanti, Akim ganti tempat ayah ye."Tapi aku memujuk bapaku bahawa dia akan sempat menunaikan haji pada tahun tersebut, untuk kali kedua.Kerana aku yakin, ayah akan hidup lama lagi.
Namun, ku lihat ayah semakin hari semakin lemah.Ayah, seorang yang suka bergurau telah semakin menjadi pendiam.Aku memujuk hati, mungkin ayah penat agaknya.Hari berlalu, melihat ayah sebegitu membuatkan hatiku gusar.
Ayah, walaupun sakit, tapi dia masih lagi berselera untuk makan.Dia selalu pesan suruh aku beli tosai, apam balik dan susu segar kegemarannya.Aku mengikut saja kehendak bapaku walaupun hari masih awal lagi.Pernah sekali, aku accident (terlanggar divider) semata-mata nak penuhi kehendak bapaku.Perkara ini dirahsiakan daripadanya.Sebab aku tak mahu hampakan bapaku.Aku nak dia nikmati kegemarannya puas-puas.
Setiap kali nenekku datang melawat ayah, pasti akan dibawakannya apam balik.Aku gembira melihat bapaku makan, sungguh comel.Setiap hari, pasti ada kawan ayah yang melawat ayah.Ayah seorang yang ceria.Kawan-kawan ayah terasa sunyi bila ayah cuti sakit.Sebab ayahlah yang selalu menceriakan pejabatnya.
Bila ayah pergi, ramai kawan2,saudara mara yang datang melawat ayah buat kali terakhir.Mereka semua kata ayah seorang yang baik.Mereka kehilangan kawan baik.Aku pula, kehilangan seorang ayah yang baik.Tak puas rasanya aku menjaga, menatap dan membelai ayah.
Ayah terlalu manjakan kami, anak2nya.Sampaikan ayah lebih ambil berat tentang keperluan kami, daripada diri kami sendiri.Pemergian ayah sangat terasa.
Tak sempat ayah merasa duit anak2 dia.Tak sempat ayah tengok anak dia bersanding.Aku betul2 terkilan.Ayah pernah kata, dia takut tak sempat tengok aku kahwin.
Banyak kenangan yang ayah tinggalkan untuk kami.Terlalu banyak kebaikan ayah kepada kami.Ayah selalu berpesan "Belajar rajin-rajin."Pernah ayah menangis, sebab risaukan aku bawa motor pergi kuliah.Ayah risau sebab dah 2 orang kawan aku mati akibat kemalangan.Sungguh tinggi kasih ayah.Jasamu takkan aku lupakan.
Tak mampu lagi aku nak tulis kebaikanmu.Terlalu banyak, sehinggakan aku tak mampu menahan limpahan air mata seorang lelaki.
Ayah, kau tetap di hatiku selamanya.
Al-Fatihah....
Sesungguhnya hidup umpama pelayaran di lautan.Jika dilambung gelora, jangan sampai terdampar di muara.
reda dengan ketentuannya...