Pengalaman dan Perubahan
Oleh: Nazatul `Izzati bt. Hj. Zainal Abidin
Kehidupan yang kita lalui kini semakin hari makin mencabar. Oleh itu, banyak perkara yang tak terduga akan kita lalui. Tidak kira siapa jua kita. Kanak-kanak, remaja, orang dewasa, warga emas, orang bawahan mahupun pemerintah, tentu sahaja pernah, sedang dan akan menghadapi pelbagai dugaan hidup. Dugaan melahirkan perbezaan dan perbezaan melahirkan perubahan. Maka, tercetuslah yang dinamakan evolusi atau revolusi.
Perjuang...

Perjuangan dalam kehidupan pastinya ada pengorbanan. Jadi, jangan ada yang pernah menyesal dengan kenangan tapi jadikan sebagai pengalaman untuk memajukan diri kita, lalu berikhtiar untuk berjaya. Setiap yang baik pasti ada kebahagian dan kejayaan yang menanti.
Malaysia merupakan Negara pembangunan dan mengamalkan sistem demokrasi, sebagai penghuninya, banyak perkara yang perlu kita hadapi dan terima. Corak pemetintahan dan pimpinan tentu sahaja akan berubah mengikut arus zaman. Walau siapa jua kita dan dimana kita berada, jangan cepat melatah dan melenting dengan setiap perubahan. Jangan terus berada di takok lama. Paling penting, ialah objektif perubahan yang tidak melanggar batas-batas semua agama dan sosial masyarakat.
Setiap perubahan pasti ada pujian dan kritikan dari mereka yang berfikiran matang, rasional, sempit dan kolot. Walauapapun yang dilemparkan, pastikan apa yang dirancang terlaksana. Bak kata pepatah, campak ke lautan menjadi pulau; campak ke darat menjadi gunung. Pasti ada gunanya.
Ada mentari selepas hujan, ada kejayaan selepas kegagalan, dan ada kebahagian selepas penderitaan. Biarpun payah, biarpun jauh, apa yang penting adalah tetapkan pendirian, tenangkan hati, bersedia dan tingkatkat usaha. Pasti ada sesuatu yang akan dikecapai.
`Izzati
teringat surah Alam Nasyrah.....
AlFakirWalMiskin....LillahiTaala.................
www.baitulummah.com