Selepas memberi salam, beristighfar dan berselawat, dia mengangkat kedua-dua belah tangannya tinggi-tinggi melebihi tinggi kepalanya dengan kedua telapak tangannya tertadah kelangit lantas berdoa :-
Abid : Ya Allah, Ya tuhanku, dengan kuasa-Mu, tolong temukan aku dengan Iblis. ( sedang dia kusyuk berdoa itu, muncul seorang lelaki ).
Sahabat : Hai sahabatku, janganlah engkau berdoa seperti itu, buruk padahnya nanti. Lebih baik engkau berdoa agar dikurniakan keselamatan dan keafiatan. (Na...
Selepas memberi salam, beristighfar dan berselawat, dia mengangkat kedua-dua belah tangannya tinggi-tinggi melebihi tinggi kepalanya dengan kedua telapak tangannya tertadah kelangit lantas berdoa :-
Abid : Ya Allah, Ya tuhanku, dengan kuasa-Mu, tolong temukan aku dengan Iblis. ( sedang dia kusyuk berdoa itu, muncul seorang lelaki ).
Sahabat : Hai sahabatku, janganlah engkau berdoa seperti itu, buruk padahnya nanti. Lebih baik engkau berdoa agar dikurniakan keselamatan dan keafiatan. (Namun kehadiran dan nasihat sahabat itu tidak dipedulikannya). Dia meneruskan doanya. Sahabat itu berlalu dari situ. Kedengaran guruh dan guntur dari langit, muncul iblis tersenyum-senyum sinis didepan Abid.
Abid : Siapa engkau?? Engkaukah iblis?! engkaukah iblis dalam keadaan rupa yang hodoh ini..??
Iblis : Ya, akulah Iblis. Apakah tujuanmu hendak menemui aku..?
Abid : ( Dengan geram marah, segera bangun dan meluru kearah iblis dan hendak dipukulnya iblis itu.) hai laknatullah!! engkau musuhku! musuh manusia! aku nak ajar kau selayaknya!
Iblis : Hai Abid! jika aku tidak dapat pastikan hidupmu seratus tahun lagi, nescaya aku menyeksamu, bahkan dari tadi lagi aku akan membunuhmu..(Dengan menipu si Abid tersebut).
Abid : (Tunduk berfikir. Lagak marahnya kepada iblis itu tiba2 tidak ketara lagi.) Aku akan hidup seratus tahun lagi..
Iblis : Ya, begitulah. Banyak peluang untukmu melakukan apa sahaja (lalu segera menghilangkan dirinya).
Abid : Umurku seratus tahun lagi..cukup panjang!! (tersenyum bangga). Aku berpeluang melakukan maksiat, memuaskan nafsuku sepuas-puasnya. Ah! tak jadi hal..!! bila hampir seratus tahun nanti, aku boleh bertaubat. Aku tahu tuhan kasih kepada orang yang bertaubat.
Cahaya suluhan dari langit tiba-tiba padam. Zilmat yang padat kembali menakluki sepenuhnya alam sekitar. Seiring dengan itu kedengaran epilog dari langit. Sejak itu mulalah Abid melakukan maksiat sehinggakan lupakan diri langsung meninggalkan solat, zikir dan segala ibadat. Didalam fasiq dia MATI sebelum bertaubat...! hanya Allah yang maha mengetahui rahsia hakikat...
Wallahu a'lam...
Wahai diriku, jadikanlah hari ini lebih baik dari semalam...
Wahai diriku, jadikanlah hari ini lebih baik dari semalam...