Dari seorang rakan:
Tahukah teman-teman, salah satu syarat sah sembahyang ialah mengambil wudhuk. Berikut adalah cara-cara mengambil wudhuk yang sempurna. Dengan wudhuk yang sempurna insyaallah kita akan mendapat kekhusyukan dalam
sembahyang.
- Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".
- Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, putihkanlah mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muk...
Dari seorang rakan:
Tahukah teman-teman, salah satu syarat sah sembahyang ialah mengambil wudhuk. Berikut adalah cara-cara mengambil wudhuk yang sempurna. Dengan wudhuk yang sempurna insyaallah kita akan mendapat kekhusyukan dalam
sembahyang.
- Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".
- Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, putihkanlah mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
- Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".
- Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".
- Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, lindungilah daku dari terik matahari di padang Mahsyar dengan Arasy Mu".
- Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini".
- Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan.
"Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqim".
- Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat".
Penjelasannya:
-
Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah
-
Ahli syurga mukanya putih berseri-seri
-
Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan
-
Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri
-
Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas
kepala.
-
Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll
-
Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali
-
Qada' dan Qadar kita di tangan Allah
Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmah nya yang tersendiri.
Pernahkah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa ?.
Pernahkah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam ?.
Pernahkah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam?
Bersyukurlah dan bertaubatlah selalu.
"Sampaikanlah pesanku biar pun satu perkataan......"
hidup ini seperti roda... kadang di atas, kadang di bawah... semuanya menguji sejauh mana pergantungan kita padaNya..
lagi banyak air digunakan semakin kurang kekusyukan dalam solat kita....oleh itu marilah kita sama2 guna kan air yg sedikit dlm wudhuk....pasal itulah Rasulullah s.a.w dan para sahabat gunakan satu alat (lupa namanya,bentuknya semacam jug air yg kecik) untuk mengambil wuduk.....
wallahualam..
MaNuSia aKaN BeRJaYa SeLaGiMaNa Dia LeTaKKan DiRiNYe DaLaM aGaMa.