Masjid Quba’
Masjid Quba’ terletak di perkampungan Quba’, kira-kira 3 km dari arah selatan bandar Madinah. Nama Quba’ diambil daripada nama sebuah telaga yang berada di tempat itu. Masjid ini berbentuk empat persegi dan luas kawasannya kira-kira 5035 m persegi pada masa sekarang. Masjid Quba’ ini merupakan masjid pertama yang dibina dalam sejarah Islam yang diasaskan atas dasar taqwa dan iman yang padu.
Pada hari Isnin 8 Rabiul Awal bersamaan 23 Septemb...
Masjid Quba’
Masjid Quba’ terletak di perkampungan Quba’, kira-kira 3 km dari arah selatan bandar Madinah. Nama Quba’ diambil daripada nama sebuah telaga yang berada di tempat itu. Masjid ini berbentuk empat persegi dan luas kawasannya kira-kira 5035 m persegi pada masa sekarang. Masjid Quba’ ini merupakan masjid pertama yang dibina dalam sejarah Islam yang diasaskan atas dasar taqwa dan iman yang padu.
Pada hari Isnin 8 Rabiul Awal bersamaan 23 September 622 Masihi Rasulullah telah tiba di perkampungan Quba’ dalam perjalanan hijrah dari Makkah. Baginda tinggal di sana selama empat hari bersama Bani ‘Amru bin Auf di rumah Klthum bin Al-Hadm.
Pada hari pertama tersebut Rasulullah terus membina Masjid Quba’, iaitu masjid yang pertama dibina dalam sejarah umat ini. Rasulullah sendiri turut mengangkut b-bata dan pasir-pasir bersama para sahabat.
Asy-Syimus binti An-Nu’man menceritakan : “Aku melihat Rasulullah ketika membina masjid ini. Baginda memikul batu-bata di atas belakangnya sehingga bongkok tubuhnya. Debu-debu dan pasir penuh di tubuh dan bajunya. Apabila salah seorang sahabat meminta untuk mengambil bebanan itu daripadanya, Baginda tidak membenarkannya, sebaliknya menyuruh mereka membawa bebanan lain sepertinyaâ€.
Setelah itu Rasulullah mengimami solat berjemaah secara terbuka bersama para sahabat di Masjid Quba’, berkiblatkan Masjd Al-Aqsa pada waktu itu.
Masjid Qiblatain
Masjid Qiblatain terletak di tengah-tengah perkampungan Bani Salamah, iaitu di sebelah barat daya Madinah. Ia dikelilingi oleh kebun-kebun. Manakala Wadi Al-Aqiq pula terhampar di sebelahnya.
Sewaktu Rasulullah tiba di Madinah, Baginda diarahkan supaya menghadap ke arah Baitul Maqdis(kiblat solat) dan ramai di antara penduduk Madinah waktu itu daripada kalangan Yahudi dan memang kiblat mereka ialah Baitul Maqdis. Oleh itu, orang Yahudi sangat gembira dengan perbuatan Rasulullah ini, sedangkan Rasulullah sebenarnya lebih suka jika kiblat solat ditukar ke arah Baitullah. Rasulullah pun berdoa dan memandang ke langit mengharapkan turunnya wahyu mengizinkannya dan para sahabat berpaling ke Baitullah.
Ada riwayat mengatakan bahawa orang-orang Yahudi sentiasa mengejek Rasululllah dengan berkata: “Muhammad menentang ajaran kita tetapi solatnya mengikut kiblat kita†. Akhirnya, selepas 16 atau 17 bulan Rasulullah menghadap ke Baitul Maqdis, barulah Baginda mendapat perintah untuk berkiblatkan Kaabah.
Terdapat beberapa pendapat tentang turunnya ayat penukaran qiblat ini. Antaranya, Ibnu Saad meriwayatkan bahawa Rasulullah sedang melawat Ummu Bishr bin Al-Bara’ di kawasan Bani Salamah. Apabila tiba waktu solat zuhur, Baginda bersolat di masjid perkampungan itu. Sedang Baginda berada di rakaat kedua solatnya, turun wahyu dari Allah memerintahkannya agar menukar arah kiblat dari Masjidil Aqsa ke arah kaabah di Masjidil Haram. Baginda terus berpaling menghadap ke arah kaabah, ke sudut yang bertentangan dengan saluran emas dengan pusingan 180 darjah dan menyambung baki solatnya. Begitulah masjid yang bersejarah ini mendapat namanya.
"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."
Sirah Islam yang unggul...
"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."